BAB 66

458 10 0
                                    

SEMINGGU berbulan madu di Hotel Aman, seminggu itu juga Ayra terperap di dalam bilik. Ini bukan berbulan madu tapi membina badan yang berbentuk seperti bulan. Asyik makan, tidur, makan, tidur. Tak ada yang namanya bermanis-manis bersama suami. Apa tah lagi nak bercinta-cinta. Itu semua hanya mimpi yang tak akan pernah berlaku. Bosan!

Semenjak peristiwa mengerikan di dalam tandas hari tu, Yusof terus menghilangkan diri. Dibiar saja Ayra sendirian di dalam bilik hotel. Nak dicari tapi tak tahu dimana. Nak ditelefon nanti dikata rindu. Dikata terhegeh-hegeh. No way! Ego tahap langit bersarang dihati Ayra. Akhirnya Ayra ambil tidak kisah apa yang lelaki itu buat. Hidupnya masih lagi seperti perempuan yang belum berkahwin. Kalau dia tahu hidupnya hanya berstatus isteri diatas kertas sudah pasti dia menolak perkahwinan ini. Tapi semuanya dah terlambat dah Ayra sudah sah menjadi isteri kepada Yusof Amsyar. Musuh ketat sendatnya. Bila ijab Qabul sudah dilafaz, Ayra mengambil keputusan untuk mencuba menyayangi dan mencintai suaminya itu walaupun sebenarnya perasaan itu sudah wujud lebih awal lagi. Cuma dia saja menidakkan perasaan itu. Akan terbalaskah perasaannya? Adakah dia ada tempat didalam hati Yusof? Ayra sendiri tidak pasti. Jika dilakukan seperti ini setiap hari, hatinya pasti akan terluka. Ya, hatinya memang sudah terluka pun dan dia akan menyembunyikan rasa luka itu. Ayra tak mahu dianggap lemah!

Memandangkan hari ini hari terakhir dia berada di Hotel Aman, Ayra ingin mengambil peluang yang ada ini untuk menjelajahi hotel tersebut. Bayaran dah dibuat, sayangkan jika dibuang begitu saja. Walau tanpa dia pun Ayra masih boleh meneruskan hidupnya di situ. Okay jom bersiap! Ayra cuba menggembirakan dirinya. Semua masalah tak perlu difikirkan.

Bagasi berwarna ungu dikeluarkan dari almari. Ayra sibuk membelek-belek baju yang cantik untuk dipakainya ketika itu. Tiba-tiba matanya terpandang pada sebuah buku berwarna merah jambu. Tertulis nama Ayda Syafiyya. Buku itu merupakan diari milik arwah kakaknya. Tuan Ahmad memberinya semasa dihari pertunangannya tapi belum sempat lagi dia nak membaca diari itu.

Ayra mengambil diari arwah Ayda kemudian membeleknya. Dia duduk di tepi beranda biliknya sambil menikmati pemandangan di luar. Halaman pertama dibaca perlahan.

Hai, nama aku Ayda Syafiyya. Ini kali pertama aku menulis diari ni dah besar panjang baru nak buat diari. Kawan aku ada buat diari, aku tengok macam best pula dia tulis segala isi hatinya di dalam buku. Tujuan aku tulis diari ni of course nak luahkan isi hati aku. Semua orang ingat Ayda Syafiyya seorang perempuan yang cantik, bijak dan baik. Bertubuh tinggi lampai dan berbadan langsing menjadi pujaan hati para lelaki diluar sana. Aku menjadi kegilaan ramai di kampus dan di tempat kerja aku. Well, aku bangga sebab aku mampu melunturkan hati para lelaki. Kalau mereka tahu perangai aku yang sebenar mana mungkin aku dipuja-puja, dipuji-puji.

Aku berbeza dengan kembar aku si Ayra. Sejujurnya aku tak suka dengan dia! Dia selalu dimanjakan oleh mak. Mak suka bela dia. Lepas tu belikan barang-barang yang cantik untuk dia. Sedangkan aku? Aku dapat barang-barang yang langsung aku tak suka dan tak minat. Jika dia dapat kasih sayang mak, aku pula dapat kasih sayang abah. Abah akan buat apa saja untuk aku. Mahu tahu sebab apa?

Ayra menarik nafas panjang. Dia tidak sangka kakaknya itu memendam perasaan cemburu padanya. Terselit perasaan sedih. Hatinya terguris lagi. Ayda tak pernah menyayanginya! Selama ini dia tidak pernah pun mendapat kasih sayang abah. Memang..memang Puan Asdinah sering memanjakannya tapi apa yang didapatkannya adalah barang bekas dari Ayda. Cuma Ayda saja yang tidak mahu barang tersebut. Katanya hodoh dan tak up to date. Selama ini Ayda yang didahulukan dalam setiap hal bukannya dia. Apa lagi yang dia nak dari aku?

Kemudian Ayra membelek lagi halaman yang seterusnya. Dia membacanya lagi dengan tenang.

Begini ceritanya, dulu aku suka buat-buat cerita pasal dia pada abah. Aku bagitahu abah, Ayra curi buah kat kebun pak Leman. Balik saja dari sekolah terus dia dimarahi abah. Puas hati aku! Aku beritahu abah dia suka ponteng kelas. Macam-macam lagi aku reka cerita. Abah kan sayang aku dah tentu dia percaya apa yang aku cakap. Come on ini Ayda Syafiyya budak pintar dan bijak! Tiap-tiap hari Ayra akan dimarahi abah, mak pula tak dapat nak buat apa-apa ketika itu. Mak takut pada abah. Kejamkan aku? Ya, aku memang kejam. Aku tak kisah apa yang dia rasa. Janji aku bahagia sebab aku tak suka bila dia rapat dengan abang Mikyad Muqri.

Mikyad Muqri abang sepupu aku yang sangat kacak. Aku suka dia dari kecik lagi. Aku sayang dia. Sayangnya dia tak pernah mahu rapat dengan aku. Dia lebih suka bergaul dengan budak gemuk Ayra! Meluat! Ke hulu ke hilir suka berjalan bersama. Aku tak akan biarkan dia ambik abang Mikyad dari aku! Tak akan! Walau apa pun yang terjadi abang Mikyad Muqri mesti jadi milik aku!

"Ya Allah kak Ayda! Sampai macam tu sekali dia benci kat aku." Ayra menyeka airmata yang sudah membasahi pipinya. Sesak dadanya menahan sakit. Sungguh dia tidak pernah membenci kakaknya walaupun Ayda tidak pernah menyayanginya. Hanya kerana seorang lelaki Ayda sanggup membuangnya. Begitu tidak berharga dirinya pada Ayda.

Suatu hari aku mendapat tahu abang Mikyad Muqri ada teman wanita. Awalnya aku ingat budak gemuk tu teman wanitanya rupa-rupanya aku ada rival yang lain. Orang kaya katanya. Cantik dan ayu. Aku peduli apa semua tu! Yang aku tahu aku akan putuskan hubungan mereka! Aku akan cari pasal perempuan perampas tu sampai ke lubang cacing! Aku dapat tahu perempuan ni dari kawan aku. Kebetulan kawan aku bekerja ditempat kerja perempuan tu. Nama girlfriend dia ialah, Yusrina Amnani, bekerja di syarikat Yaz Min Architecture Firm.

Mata Ayra terbuntang. Yaz Min? Yusrina Amnani? Kak Rina? Hatinya jadi kurang senang. Mungkinkah mereka orang yang sama? Kemudian dibaca lagi halaman diari itu seterusnya.

Aku fitnah perempuan itu sama seperti aku reka cerita pasal Ayra pada abah. Tak sangka abang Mikyad percaya cakap aku. Terima kasih pada kawan aku tu dia telah banyak membantu kerja keji yang aku lakukan. Hari tu dia memang keluar dengan klien dia. aku suruh kawan aku tangkap gambar mereka berdua semasa mereka tengah menikmati makan malam. Memang gambar mereka nampak mesra tapi sebenarnya tak ada apa pun yang sensasi berlaku. Aku send gambar Yusrina dan klien dia pada abang Mikyad. Alhamdulillah dia percaya! Aku baru perasan abang Mikyad ni orangnya macam pembaris mudah je kerja aku. Dia terima je bulat-bulat cerita aku tanpa usul periksa. Wow! Misi aku berjaya!

Keesokan harinya abang Mikyad minta aku temankan dia pergi Secret Recipe. Aku dapat tahu dari kawan aku, si perampas itu nak makan tengahari bersama adik lelakinya. Yusof Amsyar. Apa yang aku tahu abang Mikyad tidak pernah kenal siapa Yusof Amsyar sebab Yusof Amsyar duduk kat asrama. Jadi aku sudah mula merancang ingin mereka cerita lagi. Aku tuduh Yusrina ada hubungan dengan Yusof Amsyar. Lelaki muda yang kacak. Bijak kan aku? Kali ini rancangan aku menjadi lagi! Hebat! Abang Mikyad memutuskan hubungannya dengan Yusrina Amnani dan dia percaya Yusof Amsyar adalah teman lelaki muda pada dia. bodoh juga abang Mikyad ni! Tapi tak apa janji aku bahagia. Tak ada lagi saingan aku. Akhirnya Mikyad Muqri menjadi milik aku. Aku akan berkahwin dengan dia tak lama lagi!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now