BAB 49

360 8 0
                                    

PERJALANAN menuju ke kampong Ayra mengambil masa 2-3 jam. Kalau ikut jalan lama mungkin mengambil masa lebih lama dari itu. Yusof Amsyar memilih untuk menggunakan jalan baru. Walaupun jalan baru tu membosankan sebab kiri dan kanan hanya bertemankan lampu jalan raya dan hutan-hutan. Tapi sekurang-kurangnya destinasi mereka tak ada gangguan dan yang penting cepat sampai kampong Ayra. Kereta pun tak banyak lalu dijalan tersebut.

Yusof memandang 'teman' yang berada di sebelahnya. Amboi menguap sakan. Besar sangat buka mulut tu mengalahkan mulut harimau.

"Kau kalau nak tidur, tidurlah. Lama lagi ni nak sampai. Nanti bila dah dekat aku kejutkan kau." Yusof bersuara setelah lama membisu.

Ayra menguap lagi. "Tak nak. Saya tak mengantuk cuma penat sikit." Bohongnya. Gila aku nak tidur dalam keadaan jalan yang sunyi sepi, berdua-duaan pula dengan mamat ni! No way! Kalau dia kidnap aku macam mana? Ceh! Otak kau Ayra negatif bebenor. Dulu waktu korang sesat berdua, selamat je kau. Tak ingat ke? Astaghfirullah Al-Azim. Ampunkan dosa Hamba-Mu ini Ya Allah! Insaf.

Yusof tersenyum sinis. "Dah mata kau merah penuh air tu, itu tak mengantuk? Macamlah aku tak pernah tengok kau tidur. Seminggu kita sesat kat hutan dulu, seminggu tu juga aku dengar dengkuran berbisa kau tau tak? Nak malu apa benda lagi?" Teringat kembali kenangan lalu, Ayra kalau dah tidur memang tak ingat dunia tapi tak lah berbisa sangat dengkurannya. Pernah sekali Yusof memicit hidung gadis itu semasa dia tengah enak tidur. Lemas anak dara orang dia buat begitu. Ayra terjaga sekejap kemudian terlelap semula.

"Betul saya tak mengantuk. Mengantuk nanti saya tidurlah. Eleh mengata saya pula, awak pun apa kurangnya Encik Yusof oi! Tidur macam orang nak buat karate. Mengigau tak tentu pasal. Buat orang ni lemah jantung. Ingatkan dah kena sampuk Cik Han."

Bulat mata Yusof mendengar kata-kata Ayra. "Kau jangan nak mereka-reka cerita. Bila masanya aku mengigau? Seumur hidup aku, aku tak pernah lagi mengigau tau." Angkuh bunyi nada suara Yusof Amsyar. Didalam hatinya sudah berbakul-bakul perasaan malu. Bila dia dah mengigau tu maknanya dia sangat-sangat letih. Nasib baik dia tak buat benda yang bukan-bukan ketika bersama Ayra. Ketika dia kecil, pernah juga dia mengigau sambil berjalan menuju ke bilik Puan Yasmin. Bukan main sedap lagi bibir kecilnya itu mencium pasu bunga hiasan bilik mamanya. Itu pun mamanya itu sendiri yang bercerita tentang hal itu kepadanya bila pagi menjelma. Tersengih-sengih lelaki itu mengenangkan peristiwa yang lucu dan agak memalukan itu.

Ayra mencebik. "Tersengih-sengih macam muka tauhu basi saya tengok." Entah apa yang dia fikirkan.

Termati sengihan Yusof setelah mendengar suara Ayra mengejeknya. Lelaki itu menjeling tajam. Nak sangat aku cili mulut si Ayra ni! Geram betul. Muka tauhu basi dia kata? Memang tak sayang mulut langsung!

"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

"Hmm..tanya je. Janji soalan awak tu dapat saya jawab." Balas Ayra malas. Pandangannya hanya tertumpu pada di luar tingkap kereta.

"Sejak bila pula kau dah jadi kurus? Kau makan ubat kurus ek?" Soal Yusof Amsyar. Tubuh badan Ayra 'disuluh' dengan matanya dari atas ke bawah.

Ayra menoleh memandang Yusof Amsyar. pandangan mata mereka bertembung. Zupp! Ada panahan berkilat menusuk ke hati masing-masing. Cepat-cepat Ayra melarikan anak matanya. Tangannya menutup bahagian dadanya. "Awak pandang apa tu? Gatal!"

"Mana ada aku pandang kau!" Yusof menjadi tidak keruan. "Aku Cuma nak membayangkan badan kau yang dulu dan sekarang ni. Kalau setakat badan kau yang tak hot and spicy tu tak ada maknanya pada aku. Tak menggoda langsung." Sambungnya lagi. Tergoda atau pun tak, tapi cukup boleh menggetarkan jiwa kaukan Yusof? Dulu pun ketika badan perempuan itu masih berisi, kau bukan main lagi enak memegang dia. Wajahnya menjadi merah padam.

"Saya tak cakap pun badan saya hot and spicy atau hot but sweet. Masalahnya sekarang mata awak tu nak minta saya sumbat dengan botol air ni?" Panas hatinya bila badannya seperti diejek oleh lelaki yang bermulut puaka dan berbisa itu. Bila agaknya perang mulut bersama Yusof Amsyar berakhir. Ingatkan sudah 3 tahun berlalu, perangai dah berubah tapi semakin meningkat usia, semakin kuat mengata. Benci aku!

"Dah. Sekarang kau jawab soalan aku. Perjalanan kita masih panjang, aku tak nak nanti aku pula yang tertidur sambil memandu. Tu sebabnya aku nak ajak kau bersembang." Jelas Yusof. Dia mengalah tak nak berperang mulut lagi. Sebenarnya dia tak nak Ayra mendengar degupan jantungnya yang sudah menggila gara-gara bisikan suara yang membuatnya jadi tak tentu arah. Sebolehnya dia ingin membuang perasaan pelik itu tapi....dia tak rela. Belum masanya lagi untuk membuang perasaan itu.

"Hmmm..saya tak makan ubat pil ke apa. Saya cuma ubah cara pemakanan saya sendiri. Badan ni saya nak pakai lama. Kalau dipanjangkan umur. Saya nak masa tua saya nanti, saya masih sihat. Taklah duduk atas katil je memanjang. Pakai kerusi roda ke sana ke mari, menyusahkan suami saya je nanti. Kesihatan itu penting bagi saya." Ayra mengeluh perlahan. Bukan itu saja, dia dah jelak dengan ejekan orang tentang badannya yang dulu berisi. Dihina dan dicaci. Cakap saja binatang apa yang nak disamakan dengan tubuh badannya itu, semua ada. Gajah, Badak, Dinosaur, itu sudah menjadi 'title' dan nama kepada dirinya.

Yusof mengangguk. "Suami ye? Ada orang nak kat kau ke?" Usiknya. Serta merta tangan ketam milik Ayra hinggap ke pahanya.

"Ambik awak! Awak ingat awak je yang laku? Tak habis-habis menyakitkan hati!" Ayra merajuk. Sekuat-kuat hatinya mencubit paha Yusof. Biar tercabut-cabut daging lelaki itu. Terasa hati pula bila Yusof berkata begitu. Walaupun dia tahu lelaki tu hanya nak menyakatnya tapi dia yang terlalu sensitif.

Yusof mengerang kesakitan. Berair matanya kerana sengatan berbisa Ayra. "Sakit!!!" tangannya menggosok-gosok pahanya yang masih terasa pedas. "Kau ni nenek ketam ke? Hijau pula paha aku ni kang. Aduii!"

"Saya minta maaf." Laju tangannya menolong Yusof menggosok pahanya. Timbul rasa bersalah kepada lelaki itu.

Yusof terkedu bila tangan sasanya terpegang tangan Ayra. Telinganya sudah mula rasa nak berasap. Pipinya panas sepanas Pau yang baru siap direbus. Tiba-tiba "Yusof STOP!!!!" Ayra menjerit. Pedal break ditekan kuat. Hampir saja Ayra terhantuk cermin kereta depan.

Dup Dup Dup! si jantung berkompang meriah. Nyaris-nyaris dia melanggar pembahagi jalan. Untung tidak ada kereta yang lalu.

"Kau okay?" Soal Yusof cemas kepada Ayra yang memegang dadanya. Riak wajah perempuan itu sangat pucat. Ini gara-gara aksi drama romantik tak menjadi tadi membuatnya hilang tumpuan.

Ayra mengangguk lemah. Matanya masih terbeliak. Astaghfirullah al Azim. Alhamdulillah tidak ada sesiapa yang cedera.

"Aku minta maaf." Bicara Yusof lembut. Dia benar-benar kesal kerana sempat berkhayal tadi.

"Saya okay. Saya yang salah. Saya tak sepatutnya buat begitu tadi. Hmmm...saya minta maaf. Saya janji saya tak akan cubit awak lagi dah." Dengan dada yang masih berombak kencang, Ayra menutur kata maaf. Kesal dengan sikapnya tadi. Ini semua sebab kau tangan! Gatal sangat merayap ke paha mamat tu apa sal?! Kan dah tersentuh tadi. Tak pasal-pasal muncul babak cerita Hindustan.

"No. it's not your fault. My mistakes." Ucap Yusof ikhlas. Kali ini dia benar-benar rasa bersalah. Gara-gara berkhayal tadi, terus hilang fokusnya untuk memandu. Jika Ayra tidak menjerit sudah pasti nyawa mereka melayang. Sekarang kau kena fokus Yusof Amsyar! Bismillahirrahmanirrahim!

Perjalanan mereka diteruskan lagi tanpa suara, pertengkaran ataupun gurauan. Senyap dan sunyi sahaja. Masing-masing kelu, melayan perasaan sendiri yang bercampur-baur.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now