BAB 50

427 5 0
                                    

JAM menunjukkan hampir menginjak ke pukul 6 petang, barulah Yusof Amsyar dan Ayra sampai ke tempat yang dituju. Mata Ayra yang hampir terlelap dibuka seluas-luasnya sambil mengeliat melonggarkan otot-otot yang terasa sengal. Yusof juga begitu. Jarinya dipatah-patahkan dan bahunya yang tegap itu dipicit-picit.

"Kau pergilah naik dulu. Aku nak ambik beg-beg kita kat belakang." Arah Yusof. 3 jam tak bersuara baru kali ini dia berbicara terasa kering tekaknya. Daripada kejadian berkhayal terjadi lagi lebih baik dia diam saja kan?

"Tak apa kita naik sama-sama. Saya tolong angkat beg tu sekali." Balas Ayra. Senyuman manis terpampang diwajahnya. Amboi lemah gemulai suara kau Ayra! Termakan Softlan ke?

Yusof hanya membalas senyuman itu. Wow! Belum pernah lagi dia ni berlembut dengan aku. Tup Tup hari ini dapat mendengar suara yang lunak dan berlemak. Wahai hati janganlah kau berdegup kencang. Nak pecah rasa dada aku. Tergoda ya bang? Cepat-cepat dia beralih ke belakang. Takut nanti dia hilang kawalan di situ. Bahaya!

Selesai mengangkat semua barang-barang, mereka menuju ke pintu depan rumah orang tua Ayra.

"Assalamualaikum!" Ayra memberi salam. Kemudian menekan lonceng berkali-kali.

"Parents kau sibuk kot."

"Selalu waktu-waktu begini mereka sibuk melayan drama 'cinta berganti-ganti' tu." Ayra membetulkan tudungnya yang sedikit senget itu.

Yusof berkerut. "Cinta berganti-ganti? Pelik tajuk drama tu." Lelaki itu menyoal pelik. Apa benda pula cinta berganti-ganti? Cinta tak setia ke maksudnya? Ada juga cerita itu wujud.

"Itu lah drama yang sedang meletop-letop sekarang. Awak tak pernah tengok ke?"

"Sorry aku tak mainlah tengok drama." Sombong nada suara lelaki itu.

Ayra mencebik. Ek eleh~ tak tengok konon, sekali dia tengok confirm dia join sekaki. Lepas tu menangis macam baby merengek minta susu. Lelaki macam dia ni bukannya aku tak tahu. Eh mana pula abah dan mak ni? Lama sangat nak buka pintu. Nanti tak pasal-pasal nyamuk-nyamuk kat sini dinner pula. Dinner menikmati darah kami berdua.

Ditekan lagi lonceng rumahnya. Beberapa saat kemudian. "Ya sebentar. Nak tengah buka pintu lah ni." Suara seorang perempuan menyahut dari dalam.

Ah itu suara mak. "Mak! Rindunya Ayra kat mak!" Terus sahaja Ayra memeluk tubuh Puan Asdinah sebaik saja maknya itu membuka pintu.

"Mak pun rindu Ayra!" Puan Asdinah membalas pelukan anaknya. Lalu pipi gebu Ayra dikucup lembut.

"Ehem." Yusof Amsyar berdehem. Terasa dirinya tidak wujud pula di situ. Manja sangat minah ni dengan maknya.

Terdengar Yusof berdehem, baru Ayra tersedar akan kewujudan 'majikannya' itu. "Ooo. Sorry. Lupa pula saya tentang awak. Mak ini adik kepada majikan Ayra, namanya Yusof Amsyar Bin Yazid."

Lelaki itu terus menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Puan Asdinah. Puan Asdinah menyambutnya. Senyuman manis diberikan pada anak muda yang berada di depannya itu. Lawa rupanya. Tinggi lampai, badan pun agak sado juga. Tak henti-henti hatinya memuji.

"Panggil saja Am atau Yusof. Maaf mak cik jika kedatangan saya ni mengejutkan ahli keluarga mak cik. Saya risau sekiranya Ayra pulang ke kampong sendiri, bukan saja itu kaka saya dan parents saya yang nak saya ikut Ayra ni." Jelas Yusof panjang lebar. Sebelum dia ditanya lebih baik dia memberi penjelasan lebih awal.

Ayra hanya mengangguk-angguk ketika Puan Asdinah memandangnya. "Mak cik faham Am. Mak cik pun risau juga kalau Ayra ni memandu seorang diri. Kalau kampong ini dekat tak apa juga. Bagus juga kamu teman Ayra balik sini. Hah, lupa pula ajak kamu berdua masuk. Mari masuk. Abah kamu sibuk tengok drama. Disuruhnya pula mak yang buka pintu. Tak aci betul abah kamu ni. Kan sekarang mak dah tertinggal babak-babak penting." Celoteh Puan Asdinah.

Yusof tergelak kecil. Comel mak Ayra ni.

"Astro tu kan boleh rewind. Nanti mak repeat je mana-mana babak yang tertinggal." Balas Ayra. Rindunya dengar mak berceloteh.

Sama-sama mereka melangkah masuk ke ruang tamu.

Tuan Ahmad yang awalnya kusyuk menonton drama kegemarannya itu menoleh apabila mendengar suara yang amat dirinduinya itu. "Ayra!"

Ayra bersalam dengan Tuan Ahmad. Kemudian memeluknya. "Abah! Rindunya Ayra pada abah. Sampai hatikan tak bukakan pintu. Asyik sangat tengok drama favourite." Ayra pura-pura merajuk. Bibirnya dimuncungkan seperti Donald Duck.

Sebenarnya dia faham perangai abahnya itu. Bila sedang 'dating' dengan TV tak boleh nak bergerak langsung. Kalau nak terkencing pun sanggup tunggu hingga cerita yang ditengoknya itu habis atau pun 'bersambung.' Kecuali nak pergi solat baru dia 'berpisah' dari TV.

Yusof menggelengkan kepala. Baru kali ini dia melihat perangai manja Ayra. Kebiasaannya gadis itu hanya menunjukkan sikap kasar dan gangster di depannya. Kan elok kalau dia dilayan sebegitu. Ewah! Mahu runtuh iman dibuatnya. Yusof tersenyum simpul.

"Sejak bila anak abah ni dah jadi kuat merajuk? Datang bulan?..." Ayatnya terhenti di situ apabila terpandang lelaki tampan berdiri di sebelah Ayra. Macam aku dulu-dulu rupanya. Sempurna budak ni. Puji Tuan Ahmad di dalam hati. Sempat lagi dia nak angkat bakul sendiri.

Merah padam wajah Ayra. Ada ke patut abah cakap pasal datang bulan. Hal sensitive tu. Lainlah kalau depan suami. Menyedari Tuan Ahmad merenung wajah Yusof terus saja dia memperkenalkannya lagi sekali. Tadi pada Puan Asdinah, sekarang pada Tuan Ahmad pula.

"Ini Yusof Amsyar Bin Yazid Yazid adik kepada majikan Ayra." Yusof bersalaman dengan Tuan Ahmad.

"Panggil saya Am pak cik."

"Ooooo..hensem. memang mirip." Puji Tuan Ahmad.

Kembang kempis hidung Yusof mendengar pujian itu. Yang lain berkerut mendengar hujung ayat Tuan Ahmad.

"Apa yang mirip bang?" soal Puan Asdinah kepada suaminya itu.

"Mirip dengan saya." Jawab Tuan Ahmad selamba. Jawapan orang tua itu mengundang tawa Yusof Amsyar dan Ayra. Puan Asdinah pula hanya memusingkan matanya.

"Perasan sangat abah kamu ni Ayra. Dulu-dulu tak ada orang yang puji dia kacak. Itulah pasal sekarang ni asyik nak angkat bakul sendiri je kerjanya."

"Ada orang puji. Hampir seluruh gadis-gadis kampong memuji kekacakan saya. termasuk awak isteriku tersayang oi! Dah lupa ke?" Balas Tuan Ahmad. Tangannya memicit lembut hidung Puan Asdinah. Puan Asdinah menampar lembut bahu Tuan Ahmad.

"Hish malulah anak-anak tengok."

Ayra menggaru dahinya yang terasa gatal sambil tertawa. Bukan maknya saja yang malu, dia juga sama. Nak buat babak romantik pergi masuk bilik saja mak, abah! Lalu dia memandang Yusof yang tergelak sakan. Manis. Gigi pun putih rata. Suka nampak. Pada ketika itu juga hatinya berdetak laju. Perasaan itu datang kembali. Inikah yang dinamakan cinta? Oh NO!!! Kau sudah kalah Ayra!

Terasa dirinya dipandang, Yusof menoleh ke arah Ayra. Zupp! Tatapan mata mereka bertembung lagi buat kali yang tak terkira. Bagi orang lain Ayra mungkin seorang perempuan yang biasa-biasa saja. Tapi baginya Ayra cantik dipandangan matanya, dan dihatinya. Ayra memiliki daya tarikan yang tersendiri. Raut wajahnya yang sedikit bujur, bulu matanya melentik, hidung sedikit mancung dan bibirnya.....WO STOP! Ini sudah lebih Yusof. Kau kena berjaga-jaga. Ingat agenda kau!

"Ayra pergi tunjukkan Am bilik dia. Kesian mesti dia penat memandu. Pukul 8 nanti kita makan bersama setelah solat Isya' berjemaah. Kalau nak mandi boleh guna tandas kat luar. Tandas yang kat dalam ni tiba-tiba pula rosak. Esok abah panggil Si Tam repair." Jelas Tuan Ahmad.

Tersentak dari lamunan. Tak keruan Ayra jadinya. Dia bagai dipukau seketika. "Ya Abah. Jom saya tunjukkan bilik awak." Lalu dia beredar bersama Yusof. lelaki itu hanya menurut saja. Berpeluh dahi lelaki itu menahan perasaan yang mula berperang di dalam hati.

"Padan juga saya tengok mereka tu ya bang." Puan Asdinah berbisik ke telinga suaminya.

Tuan Ahmad tersenyum simpul. Di dalam hati dia turut bersetuju akan apa yang isterinya cakapkan. Nalurinya mengatakan Yusof Amsyar adalah jodoh kepada anak perempuannya itu, Ayra Syafinaz. Semoga Engkau persatukan mereka berdua Ya Allah!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now