BAB 30

410 9 0
                                    

SEMUA sudah duduk di meja makan menunggu kemunculan Ayra. Ayra saja pun nak ditunggu. Bukannya Erra Fazira. Yusof Amsyar melihat hidangan yang berada di atas meja dengan sabar. Turun naik halkumnya menelan air liur. Baunya pun boleh membangkitkan selera. Penuh hidangan satu meja. Bagai makan di dalam istana. Perut pun sudah bergendang gendut berdangdut.

Belum lama kemudian muncul lah 'artis jemputan' yang dinantikan. Semua mata tertumpu kepada Ayra.

"Pfft HAHAHAHAHAHA." Terhingut-hingut badan Yusof ketawa.

Nenek Meriam dan atuk Daniel hanya tersenyum memandang Ayra yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Yusof Amsyar.

"Saya ada buat lawak ke? Apa yang lucu sangat?" Ayra bersuara. Serius nadanya. Matanya menerkam wajah Yusof. Aku sumbat karang mulut mamat ni dengan pinggan ni.

"Lucu sangat. Aduh! Pecah perut aku. Kau serupa macam mak Minah. Pembantu rumah aku tu." Ketawa Yusof Amsyar semakin galak. Dia menekan-nekan perutnya. Sumpah wei! Dengan badan gempal pakai baju kelawar sama spesis juga dengan badut kat circus. Memang tak cantik!

Sepantas kilat, cubitan ketam pedas lagi berbisa hinggap dipaha kanan Yusof Amsyar. Ayra menggunakan kekuatan yang ada mencubit lelaki yang kurang bermutu itu. Ambik kau! Ada dia kata aku macam pembantu rumahnya. Mulut bangkai betul.

"ARGHHHHHHH!!! Sakit!" Yusof Amsyar mengerang kesakitan.

"Astaghfirullah al-Azim. Yusof, Ayra dah-dah lah tu. Tak baik gaduh depan rezeki." Tegur Nenek Meriam.

"Yusof ni nek. Buat bengkak hati je." Ayra mengadu manja. Sempat dia menjeling Yusof di sebelahnya. Baru kenal dia sudah merasa rapat dengan nenek Meriam. Nenek Meriam sama seperti neneknya yang berada di kampong. Rindu pula kat nenek.

Yusof menggosok-gosok pahanya yang masih terasa pedas dan sakit. "Aku kata benda yang betul. Tak kan aku cakap kau lawa. Kau comel pakai baju kelawar tu. Mahu bengkak mulut aku kalau aku puji kau macam tu. Tak baik menipu berdosa."

"Habis mengutuk orang tak berdosa ke Encik Yusof Amsyar?" Perli Ayra.

Yusof Amsyar membisu. Kehilangan kata-kata. Ayra tersenyum puas.

"Sudah-sudah lah tu. Ni orang tua-tua pesan jangan asyik bergaduh nanti kahwin. Bila dah kahwin baru nak bercinta bagai dunia ini milik kita berdua." Giliran atuk Daniel pula yang bersuara. Terukir senyuman menyakat dibibir orang tua itu. Dimatanya Ayra dan Yusof boleh menjadi pasangan suami isteri yang padan dan cocok. Muka pun ada iras-iras. Jodoh katanya bila muka pasangan mempunyai persamaan. Bukan kembar ye. Jangan tersilap.

Ayra mencebik. Yusof menjelirkan lidah pada Ayra.

"Tak mungkin atuk. Saya dah ada teman lelaki kat kampong. Lagi hensem, baik, tinggi dan yang paling penting boleh menerima saya seadanya. Dia tak pandang pun paras rupa dan bentuk badan. Dia tak kisah langsung bentuk badan saya 'S' ke 'M' ke 'O' pun dia sanggup terima." Balas Ayra. Separuhnya memerli mamat yang suka mengejeknya itu.

Sakit hati ke Cik Ayra oi! Terngiang-ngiang lagi kata-kata Yusof kepadanya tadi. "Kau bukan perempuan yang termasuk dalam kriteria calon isteri aku. Kau memang tak layak. Tengok lah badan kau. Bulat mengembang macam pau. Kulit tak putih. Ketot, kurang tinggi bagai tak cukup minum susu. Semua tentang kau, aku tak suka."

Riak wajah Yusof Amsyar sudah berubah cuaca. Tiba-tiba jadi ribut taufan pula. Siapa lelaki yang dia maksudkan? Berbagai soalan bermain-main dikepala. Penting sangat ke kau megetahui siapa lelaki yang berada di hati Ayra? Kau cemburu? No way!

"Bagus lah kalau macam tu Ayra. Di dalam dunia ini pilih lah pasangan yang sangat memahami diri kita, bertanggungjawab, bersama dikala susah dan senang. Paling utama agamanya. Pandai membimbing kita ke jalan Allah. Rupa paras tak penting janji hati baik dan bertaman-taman." Nasihat nenek Meriam. Tangannya memegang tangan suaminya sambil tersenyum ayu. Atuk Daniel membalas senyuman itu dengan senyuman yang begitu manis.

Ayra mengangguk-angguk. Melihat adegan mesra pasangan tua itu membuatkan dia sendiri cemburu. Bila lah aku dapat merasai kebahagiaan seperti itu?

"Nek. Apa pasal banyak sangat lauk-pauk atas meja ni? Macam nak buat kenduri je." Yusof Amsyar mengubah topic. Hatinya sudah tidak keruan. Entah kenapa dia tidak sanggup mendengar perbualan Ayra dan nenek Meriam. Dia seakan-akan tidak mahu menerima hakikat hati Ayra sudah dimiliki.

"Hari ini genap hari perkahwinan kami yang ke 50 tahun." Balas Atuk Daniel. Tangan nenek Meriam digenggam erat kemudian dibawa tangan isterinya itu ke bibir. Lama tangan isterinya itu dikucup.

Ayra dan Yusof Amsyar tergamam. Masing-masing rasa kagum dengan ikatan perkahwinan nenek Meriam dan atuk Daniel. Bukan senang nak capai angka 50 tahun itu. Mesti berbagai dugaan dan rintangan yang telah mereka hadapi. Ini semua kerana kuasa Allah. Allah yang telah menganugerahkan perasaan cinta itu ke dalam hati manusia. Tanpa DIA mustahil seseorang itu dapat mencapai kebahagiaan dan mendapat merasakan rasa cinta.

MEREKA menikmati jamuan sambil berbual-bual.

"Rumah ini adalah hadiah atuk buat nenek kamu ni. Waktu tu hari perkahwinan kami yang ke 30 tahun." Jelas atuk Daniel.

"Atuk dan nenek saja ke yang tinggal dalam rumah ni? Anak-anak atuk dan nenek mana?" Yusof Amsyar bertanya. Mulutnya asyik mengunyah nasi. Sedap sangat nenek masak. Memang mantap!

"Allah memberikan kami kebahagiaan sebagai ganti daripada mendapatkan anak. Itu pun sudah memadai bagi kami. Allah tidak menjanjikan jika berkahwin itu akan mendapatkan anak. Kami redha dan kami bahagia dengan apa yang kami miliki sekarang." Jawab atuk Daniel.

Ayra dan Yusof Amsyar berhenti mengunyah. Selera termati seketika.

"Maafkan saya atuk. Saya tak bermaksud nak..." Ayat Yusof Amsyar terhenti di situ. Terasa kerongkongnya tersekat ketika itu. Dia betul-betul rasa bersalah kerana bertanya soalan yang sensitif. Tak ada niatnya untuk menyinggung perasaan nenek Meriam dan atuk Daniel.

Ayra menolak paha Yusof Amsyar menggunakan pahanya. Lalu dia membulatkan matanya. Yusof pula memandang Ayra sambil mulutnya terkumat-kamit. Mamat ni memang mulut tak ada lesen.

"Tak apa. Nenek dan atuk tak terasa pun. Kami bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan pada kami. Kami memilih Kem Helang sebagai tempat tinggal kami kerana ia merupakan tempat titik permulaan kisah cinta kami. Walaupun awalnya hubungan kami bagai anjing dengan kucing. Asal jumpa nergaduh je kerja. Betul kata orang kalau benci jangan benci sangat nanti boleh timbul rasa sayang dan cinta." Nenek Meriam melemparkan senyumannya pada suami yang dicintai. Mereka saling berpandangan. Mata mereka seolah berbicara bahawa, mereka sangat bahagia.

Yusof Amsyar dan Ayra menjadi pemerhati adegan bersemut itu. Kiranya mereka menjadi saksi kebahagiaan pasangan yang telah mencapai usia perkahwinan yang ke 50 tahun itu. Masing-masing terasa berdebar-debar bila mendengar ayat terakhir nenek Meriam. Terasa makan cili pula sebab terasa pedas secara tiba-tiba.

Sekarang dah timbul rasa sayang dan cinta ke? Tak kot kirim salam je lah! Hati Yusof Amsyar berbisik. Kau pasti? Atau ego kau tinggi tahap langit tu tak nak mengaku? Satu suara singgah dihati membidas jawapannya yang tadi. Lalu Yusof memandang Ayra yang asyik menyuap steak daging ke mulut.

Ayra perasan ada mata yang merenungnya. Kemudian menoleh ke situ.

"Apa hal awak tengok-tengok? Tak pernah tengok aku makan?" Soal Ayra berkerut. Mesti dia tengah kutuk-kutuk aku ni. Dia bukannya tak tahu otak mamat mochaccino ni kerjanya cari keburukannya.

"Kau kalau makan cuab elok-elok sikit. Makan mengalahkan budak-budak. Anak buah aku yang 5 tahun tu pun makan tak lah comot macam kau." Yusof Amsyar melapkan sos steak daging ditepi bibir Ayra menggunakan jarinya. Lalu dia menggilat jarinya sebelum meneruskan semula aktiviti menambah lemak dibadan. Makanan sedap-sedap rugi jika tak dihabiskan. Sekaligus menutup rasa malu dihatinya. Apa yang kau tengah buat tadi? Kau macam kuih talam kan..apa yang kau buat tak sama dengan apa yang ada kat dalam hati kau!

Tersentak Ayra seketika. Cik hati sudah berdup dap dup dap mengalahkan degupan jantung bila dikejar anjing. Aku tak salah lihatkan tadi? Dia ni dah kenapa? Seram aku!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now