BAB 19

354 7 0
                                    

ZILA tidak senang duduk. Kerjanya mundar-mandir. Ke hulu ke hilir. Kuku jarinya digigit-gigit. Risau. Sekarang kiranya sudah 3 jam Ayra dan Yusof hilang. Haziq Syukri dan Nadim serta AJK yang lain sedaya upaya mencari bantuan kepada pasukan penyelamat Kem Helang. Namun pasukan penyelamat belum memberikan apa-apa berita.

"Ya Allah Engkau selamatkan lah kawan aku Ayra dan Yusof. Lindungi lah mereka berdua daripada sebarang kecelakaan Ya Allah." Setiap masa Zila mendoakan keselamatan sahabat yang disayangi itu.

Mujur mereka dapat keluar dari Kem Helang, melalui jalan belakang. Program juga terpaksa dihentikan. Pelajar-pelajar yang lain disuruh pulang secepatnya kerana dikhuatiri terjadinya perkara seperti tadi. Tapi Zila tetap ingin tinggal bersama Haziq Syukri, Nadim dan Ajk yang lain. Selagi Ayra tidak dijumpai, selagi itu dia tidak akan pulang. Ini semua salahnya. Kalau aku tak ajak Ayra ke sini Ayra tak akan hilang. Ayra I miss You!!!

Kem Helang mempunyai dua tempat masuk. Tempat masuk yang pertama adalah tempat dimana mereka pertama kali menjejakkan kaki di situ. Tempat masuk yang ke dua pula, setelah merentasi Jambatan Helang yang kini sudah roboh itu akan ada sebuah tasik dan tidak jauh daripada tasik itu ada satu jalan untuk laluan keluar atau pun masuk. Sesiapa yang melalui jalan belakang mereka akan melalui jalan itu dan akan terlebih dahulu menjumpai tasik yang dinamakan tasik Helang.

SUDAH 3 jam Ayra dan Yusof Amsyar tawaf ditempat yang sama. Masuk jalan kiri akan jumpa tempat yang sama. Masuk jalan kanan begitu juga. Apa pasal tak jumpa-jumpa jalan keluar? Kaki mereka sudah lemah untuk meneruskan perjalanan. Akhirnya mereka berhenti dan berteduh disebuah pokok besar. Hari juga semakin gelap. Harapkan lampu suluh tak akan dapat membantu mereka untuk meneruskan perjalanan. Tempat itu sangat mengelirukan diwaktu siang apa tah lagi kalau malam. Semua jalan hampir serupa. Alamatnya boleh sesat lagi.

"Kita rehat sini untuk malam ni." Yusof Amsyar bersuara. Badannya disandarkan ke pokok besar itu. Peluh yang bagai air paip hujan dilap menggunkan lengan bajunya.

"Elok lah tu. Tangan saya hampir tercabut mengangkut barang-barang ni. Kalau ikutkan hati, dah lama saya tinggalkan kat jalan." Omel Ayra. Ingat tak penat ke mengusung 20 beg ke hulu ke hilir selama 3 jam? Bukannya ringan. Berat. Kalau dapat pingat emas tak apa juga. Ini dapat bau masam. Mamat poyo ni bukannya nak tolong. Dia tengok je. Katanya tolong tengok pun jadi lah. Menyampah!

"Letak beg tu elok-elok. Mana tahu ada barang berharga."

"Tau lah." Ayra menjeling.

"Lengan kau dah okay?" Pertanyaan Yusof Amsyar menghentikan Ayra daripada aktiviti mengurutnya.

"Dah kot. Lepas abang Nadim sapu ubat hari tu dah tak lebam."

"Aku nak tengok."

Bulat biji mata Ayra yang tak berapa nak besar tu. Biar betul.

"Bagi aku tengok cepat." Yusof sudah menghulurkan tangannya.

Lambat-lambat Ayra menghulurkan lengannya. Yusof menyambutnya dengan lembut. Dibelek-belek lengannya. Dia nak jadi doktor ke dukun?

"Bandage kau kena tukar. Tu dah kotor."

Ayra tidak bergerak. Dibiar sahaja Yusof Amsyar membuka bandage yang terbalut dilengannya itu. Kotak first aid yang ada di sebelah Ayra diambil. Kemudian Yusof mengeluarkan bandage yang baru dan beberapa ubat yang nak digunakan.

Bagai ada bunga-bunga sakura gugur, bila aku tengok mamat ni. Sweet. Romantik. Ah, sudah! Aku dah kenapa? Jangan dibuai perasaan sangat. Tak faham dia dengan perangai Yusof. Bila dah hantu masuk badan mula lah dia nak menyakitkan hatinya. Tapi bila dia bertukar jadi si pari-pari, mahu tercabut juga jantung Ayra kerana degupannya berlagu rock man kidal. Itu bukan cinta okay. Jangan nak mengada-ngada membuat spekulasi. Mungkin sebab dia tak biasa dengan layanan baik Yusof. Yes that's it!

"Dah siap."

Ayra masih tidak bergerak. Dia masih asyik memandang Yusof.

"Berangan?"

"Ah?" Ayra bengang.

"Jangan berangan kat tengah hutan. Aku tolong tukar bandage, sebab aku yang salah. Kalau aku tak rentap tangan kau kuat sangat. Tangan kau tak lebam." Kata Yusof Amsyar. Dia kemudian menyusun barang-barang yang ada. Sekali lagi ayat maaf susah untuk dilafazkan. Nak diluahkan tapi bibir dah macam digam. Apa yang susah sangat dengan perkataan 'maaf' tu? M-A-A-F kan tak sampai 2 saat nak cakap.

Ayra terkebil-kebil memandang lelaki itu. Dia tak salah dengar kan? Walaupun telinganya belum diservice tapi ayat itu jelas kedengaran. Akhirnya Ayra tersenyum sendirian.

MALAM kini bertukar siang. Penat semalam masih terasa. Kalau boleh hari ini Ayra mahu tidur sepuas-puasnya. Tapi apakan daya..sesat punya pasal niatnya itu mesti disimpan jauh-jauh. Sedihnya!!!

Baru pertama kali masuk hutan dah mengalami perkara macam ni. Dah lah bertemankan musuh ketat. Sekarang kira musuh lagi ke?

Cakap pasal Yusof Amsyar...mana perginya Yusof Amsyar ni? Jangan bilang dia tinggalkan aku sorang-sorang kat tengah-tengah hutan ni.

Ayra mula panik. Matanya ditoleh ke kiri dan kanan tak nampak batang hidung. Kalau betul Yusof Amsyar meninggalkannya, memang dipatah-patahkan kakinya!

"Yusof!....Yusof! awak kat mana?" Ayra menjerit.

"Yusof! Jawab lah! Awak jangan buat saya cemas. Jangan main-main boleh tak?" Tidak ada jawapan.

Puas Ayra mencarinya. Ke hulu ke hilir, kiri dan kanan, atas dan bawah..hampa!

Setelah beberapa saat kemudian...

"Aku kat sini." Terdengar suara garau lelaki itu.

Ayra mencari arah suara tadi. Bunyi seperti belakang pohon ini. Dia menuju ke arah suara itu.

"Laaaa kat sini awak rupanya. Apa pasal awak tak jawab tadi? Penat saya cari awak. Buat apa awak menyorok kat belakang pohon ni?"

Leganya hati nasib baik dia tak lari.

"Awak okay tak?" Soal Ayra.

"Apa pasal muka awak pucat semacam ni?" Ayra mendekati Yusof Amsyar yang sedang memeluk lututnya. Dahinya berpeluh-peluh. Bahu lelaki itu dipegang erat. Lemah semacam.

"Aku....adui...perut aku sakit." Jawab Yusof Amsyar dengan nada yang lemah.Suaranya tersekat-sekat.

"Sakit sangat ke? Awak duduk sini kejap. Saya pergi ambil beg saya."

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamDonde viven las historias. Descúbrelo ahora