BAB 40

420 9 0
                                    

3 TAHUN kemudian.

Cuaca sangat panas ketika itu. Peluh tak habis-habis menitis. Lenguh tangan Ayra melapnya. Tangannya ligat menyapu halaman rumahnya. Daun-daun yang kering berterbangan bagai daun kering yang ada dalam cerita Mohabatien. Bezanya ini daun mangga.

"Ini kalau Zila guna untuk tulis surat cinta memang jimat kertas. Tak payah sembur minyak wangi dah. Bau daun mangga ni sudah cukup rasa. Entah-entah belum pun Haziq sempat baca, daun dah remuk." Ayra berbicara seorang diri. Tersengih-sengih memandang daun kering yang disapunya.

"Ayra! Sudah-sudah lah menyapu. Hari panas terik ni. Nanti tak pasal-pasal pening. Kulit kamu pun dah macam arang abah tengok." Tuan Ahmad memanggilnya dari beranda. Setiap hari buat benda yang sama. Tak bosan ke anak aku ni?

"Kejap. Sikit lagi ni abah."

"Sudah lah. Temankan abah minum petang. Kesian abah duduk sorang diri di sini." Tuan Ahmad melabuhkan punggungnya ke kerusi kayu. Tangannya melambai Ayra.

Ayra akur. Penyapu yang berada ditangannya diletakkan tepi tiang. Kemudian mengatur langkah menghampiri Tuan Ahmad.

"Mak mana? Selalu petang-petang begini mak lah yang temankan abah." Ayra mengambil tempat duduk di sebelah Tuan Ahmad. Air teh tarik panas dituang ke dalam cawan lalu diberikan kepada Tuan Ahmad.

"Dia pergi rumah mak cik Asmidah kamu. Ada benda yang nak dibincangkan katanya." Perlahan-lahan Tuan Ahmad menghirup teh tarik tadi.

Ayra memerhatikan saja abahnya menikmati minum petang. Dia tersenyum. Setelah lama hubungannya dengan Tuan Ahmad renggang sekarang dia betul-betul bersyukur. Hubungannya dan Tuan Ahmad semakin pulih. Malah semakin rapat. Tiada lagi jeritan suara Tuan Ahmad memarahinya atau mengherdiknya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun Ayra tidak tahu kenapa Tuan Ahmad tiba-tiba berubah menerimanya sebagai anaknya tetapi itu semua tidak penting. Yang penting semua penderitaannya sudah berakhir.

"Termenung nampak anak abah ni. Menungkan siapa? Mikyad?" Suara Tuan Ahmad mematikan lamunan Ayra sebentar tadi.

Ayra berkerut. "Dah kenapa pula nak menungkan abang Mikyad? Tak ada apa-apa lah. Ayra cuma nak tengok abah Ayra yang hensem ni. Kening lebat, kulit pun putih, rambut hitam pekat dan yang paling hot tang kumis tu. Mengalahkan kumis Wak Doyok."

"Sebab tu lah mak kamu tergila-gilakan abah. Dulu abah hero kampong tau. Asal abah melintas, semua perempuan-perempuan terus pandang kat abah. Tapi abah tak pandang pun. Abah pandang mak kamu tu je." Tuan Ahmad berdiri tegak sambil memintal-mintal kumisnya yang lebat. Walaupun umurnya sudah mencecah 55 tahun tapi satu helai uban pun belum berani tumbuh.

"Kiranya Ayra punya bapa ni fofular lah?"

"Betul." Tuan Ahmad kembali duduk di kerusi. Ayra ketawa terbahak-bahak. Ada-ada saja abah aku ni. Abah memang fofular. Tapi anaknya agak kurang laku sebab badan kurang langsing dalam erti kata lain gempal. Tak ada yang nak.

"Ni dah lama Ayra duduk berperap dalam rumah. Ayra tak nak cari kerja?" Soal Tuan Ahmad sambil menyuap Mee goreng ke mulut.

"Dah cari pun tapi belum ada rezeki." Jawab Ayra sayu. Bukannya dia tidak berusaha tapi semua surat 'cinta' yang diterima 'dukacita' saja. Dikatakan dia memilih pekerjaan tak juga. Jawatan pembersih pun dia sapu. Jawapannya tetap sama juga. Mereka kata kelulusannya terlalu tinggi tak sesuai dengan jawatan yang dipohon. Habis tu apa yang sesuai? Jadi suri rumahtangga?

"Jangan putus asa. Abah yakin anak abah akan dapat kerja yang baik nanti. Doa jangan putus." Nasihat Tuan Ahmad. Dia sendiri juga tidak pernah berhenti mendoakan kejayaan Ayra.

Ayra mengangguk. Hari itu dua beranak itu berbual-bual santai sementara menunggu kepulangan Puan Asdina.

TELEFON bimbit Ayra tidak berhenti-henti berdering. Terkocoh-kocoh Ayra keluar dari tandas. Hajat nak berendam lama-lama tapi bunyi deringan telefonnya benar-benar menganggu dirinya.

"Siapa lagi call malam-malam begini?" Ayra mengomel sendiri di dalam biliknya. Telefon bimbit dicapai. Tertera nombor telefon yang tidak dikenalinya.

"Assalamualaikum." Ayra memulakan bicara.

"Waalaikumussalam. Ini Cik Ayra Syafinaz ke?" Suara seorang perempuan menjawab.

"Ya saya."

"Saya Yusriyah Amali. Cik Ayra ada pergi temuduga nak jadi pemandu peribadikan 2 minggu lepas?"

"Oh..Puan Yusriyah. Ya, saya lah yang datang temuduga kat rumah puan hari tu." Suara Ayra kedengaran sedikit teruja. Hatinya berentak laju. Dia berharap kali ini dia dapat mendengar berita gembira.

"Tahniah Cik Ayra. Saya terima awak bekerja sebagai pemandu peribadi untuk anak saya." Yusriyah Amali bersuara lagi.

Ayra melompat-lompat sambil menjerit. Terlupa sekejap, Yusriyah Amali masih menantinya di corong telefon. Setelah sedar baru dia bersuara.

"Maafkan saya. Saya teruja sangat tadi. Ermm Terima kasih sangat-sangat Puan Yusriyah. Bila saya boleh mula bekerja?" Tanya Ayra dengan senyuman yang lebar. Hampir terkoyak bibir kerana senyum terlampau lebar. Dia benar-benar bersyukur diatas rezeki yang telah Allah berikan padanya. 3 tahun menanam anggur akhirnya dapat juga dilihat hasilnya.

"Cik Ayra boleh mula minggu depan. Kita jumpa minggu depan ye." Jawab Yusriyah Amali mesra.

"Baik lah. Terima kasih sekali lagi Puan Yusriyah."

"Sama-sama. Assalamualaikum." Panggilan telefon dimatikan setelah Yusriyah Amali menutup ganggang telefon.

Ayra kembali melompat-lompat kegirangan. Pemandu peribadi pun jadi lah. Janji aku dapat kerja. Aku boleh dapat gaji. Lumayan juga gaji yang ditawarkan Puan Yusriyah. Cukup bulan dan hari duit tu boleh aku buat untuk kenduri kahwin aku. Fuh! Lega. Ayra menghempaskan badannya ke tilam empuknya. Seronoknya!

Zila ada juga tawarkan dia pekerjaan di syarikat ayahnya. Tapi Ayra tolak sebab dia tak mahu orang anggap dia mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Lagi pun Ayra tidak berminat bekerja menguruskan artis-artis ni. Silap haribulan dia terbabit cinta lokasi bersama artis-artis di bawah jagaan syarikat ayah Zila. No. No. No. Haru biru nanti hidupnya. Nasib baik Zila tidak memaksanya seperti selalu. Mungkin kerana Zila sudah berubah semenjak menjadi tunang Haziq Syukri.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz