BAB 35

380 8 0
                                    

4 TAHUN yang lalu.....(sambungan)

Pangg!!! Tangan Tuan Ahmad sudah hinggap ke pipi Ayra.

"Kurang ajar!!! Kau jangan cakap benda yang bukan-bukan kepada anak kesayangan aku! Mulai hari ini kau bukan anak aku! Kau keluar sekarang! Jangan datang sini selagi aku tak benarkan!"

Ayra menggosok-gosok pipinya. Teresak-esak dia menangis.

"Abang!!!" Terlopong mulut Puan Asdina.

Mikyad Muqri memegang bahu Ayra. Ayra menangis teresak-esak. Hatinya sudah terseksa dengan apa yang diucapkan oleh Tuan Ahmad. Terasa dirinya bagai anak pungut dibuang dan dicampak begitu saja.

"Ahmad! Kau dah hilang akal kea pa? Ayra anak kau. Anak saudara aku. Ayda pergi sebab memang sudah tiba masa dia dipanggil kembali kepada Allah. Tak baik melawan takdir. Jangan lupa Tuhan Ahmad." Puan Asmidah yang sudah lama berdiam diri dan menyaksikan drama keluarga yang bertengkar hebat itu terpaksa bersuara. Baginya adik iparnya itu sudah keterlaluan. Dah lah mengherdik anak depan orang kampong. Siap nak menghalau pula.

"Aku tak ada anak macam dia! dari dulu suka menyusahkan aku. Aku tak dapat terima anak yang jahat. Sanggup dia bunuh kakak sendiri." Bidas Tuan Ahmad. Merah padam mukanya marah.

"Abang!! Abang sedar tak apa yang abang cakap? Ayda meninggal kerana kemalangan. K-E-M-A-L-A-N-G-A-N. Bukan Ayra yang bunuh!" Puan Asdina masih mempertahankan Ayra. Dipeluk kuat tubuh Ayra. Ayra anak yang paling rapat dengannya jika dibandingkan dengan Ayda. Baik buruk Ayra pasti dia ketahui. Anaknya itu tak pernah berbohong. Tak pernah berdendam atau berniat jahat kepada orang lain termasuk Ayda, kakak kandungnya. Ayra anak yang baik. Mak percaya Ayra!

"Pergi! Pergi!" Tuan Ahmad tidak menghiraukan kata-kata isterinya. Lalu tubuh Ayra diheret keluar dari rumah. Tangisan kuat dari Puan Asdina dan Puan Asmidah langsung tidak diendahkan.

"Abah. Abah tolong jangan buat macam ni kat Ayra. Ayra tak salah. Ayra tak salah!" Ayra merayu. Tangisannya semakin kuat. Tersungkur tubuhnya bila dia ditolak oleh Tuan Ahmad.

Mikyad Muqri tidak berani masuk campur. Hanya matanya saja yang menghantar pemergian Ayra. Maafkan abang Mik. Abang tak mampu nak menghalang semua ni. Sedangkan dirinya juga terbabit didalam hal ini. Dialah tunang kepada Ayda Syafiyya. Tapi dia tidak faham kejadian yang sebenarnya sehingga dia juga diseret dalam masalah ini.

Dengan hati yang berat, Ayra meninggalkan Puan Asdina. Meninggalkan semuanya. Sesungguhnya hatinya sudah sakit. Sakit sangat!

TUAN Ahmad termenung seorang diri di beranda rumahnya. Air mata bertubir dikelopaknya. Peristiwa 4 tahun yang lalu sering kali bertandang diingatannya. Buku Diari milik Ayda diletakkan di atas meja. Jawapan bagi persitiwa 4 tahun yang lalu ada di dalam itu.

"Ayda....abah tak sangka. Sungguh abah tak sangka Ayda sudah menipu abah."

"Ayra. Abah minta maaf." Tangisan yang ditahannya terluah jua.

"Abah banyak salah pada Ayra." Tuan Ahmad meraup wajahnya.

"Abang pergi lah pujuk Ayra balik." Tiba-tiba Puan Asdina muncul dari belakang. Sudah lama dia memerhatikan suaminya itu. Dia juga sudah mendengar kata-kata suaminya itu. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya suaminya itu sudah sedar akan kesilapannya.

Beberapa hari yang lepas Puan Asdina menerima panggilan daripada Ayra. Lega hatinya anaknya itu sudah selamat pulang ke hostel. Apabila berita itu disampaikan kepada Tuan Ahmad. Suaminya terus masuk ke dalam bilik. Rupa-rupanya suaminya itu ingin melakukan sujud syukur. Terpamer wajah gembira Tuan Ahmad ketika itu walaupun dia tidak memberitahu isterinya. Tapi isterinya tahu suaminya sedang gembira.

"Bagaimana? Abang..abang malu Dina. Abang telah banyak melukakan hati Ayra."

"Abang message Ayra. Saya kenal anak saya tu. Hatinya cepat lembut. Cepat sejuk. Dina yakin Ayra pasti sudah memaafkan abang." Pujuk Puan Asdina. Air mata suaminya itu diseka. Kemudian tangan Tuan Ahmad digenggam erat.

Tuan Ahmad menatap wajah Puan Asdina. Dia membalas genggaman tangan isterinya. Senyuman kecil dilemparkan. Lalu mengangguk perlahan.

DUA hari sudah Ayra dan Zila balik ke asrama puteri. Lenguh-lenguh badan masih terasa. Kaki pun dah tak sanggup nak berjalan. Berdenyut-denyut telapak kaki mereka. Oleh kerana rakan sebilik Ayra tak ada, Zila pun pinjam katil dia untuk beberapa hari mendatang. Kebetulan rakan sebilik Zila pun tak ada. Dengar cerita rakannya itu nak melangsungkan perkahwinannya di kampong. Sorang-sorang kat bilik takut. Mana tak seram tiap-tiap hari, orang hostel akan cerita hantu. Si A terserampak dengan Cik rambut panjang. Si B dihempap si J. Bla Bla Bla bla.... Seram.

"Ayra. Aku nak tanya boleh?" Zila bertanya

Ayra yang sedang berbaring menoleh memandang Zila. "Apa?"

"Kau dan Yusof dah berbaik?" Soalan Zila seperti menjerat tali ke leher Ayra. Soalan tu senang tapi mengapa dia rasa susah nak menjawabnya.

"Ya dan tak." Ayra buat muka bosan. Dia sendiri tak faham 'status' hubungannya dengan Yusof Amsyar. Kawan pun bukan. Musuh pun bukan. Complicated. Mengalahkan orang yang bercinta.

"Kau serius lah sikit. Takkan 5 hari sesat kamu langsung tak berbaik?"

"Nak berbaik apa? Mulut yang tak berlesen tu selalu je ada akal dia nak sakitkan hati aku. Bagaimana aku nak berbaik? Setiap hari gaduh. Baik kejap kemudian gaduh balik." Luah Ayra. Bantal busuknya ditumbuk-tumbuk. Terasa geram hatinya bila mengingat kejadian di Kem Helang.

"Susah juga kan. Tapi kau tak ada rasa apa-apa kat dia? ya lah. Kamu berdua je masa tu. Ada tak kau rasa hati kau dup dap dup dap bila pandang dia atau dekat dengan dia?" Zila ingin menduga perasaan Ayra pada Yusof Amsyar. Haziq Syukri ada cerita kat dalam surat tentang Yusof Amsyar. Semenjak balik dari Kem Helang, Yusof Amsyar lebih banyak termenung. Banyak berdiam diri. Ada sekali tu Yusof Amsyar mengigau kemudian menyebut nama Ayra. Musykil pula aku.

Ayra terdiam. Tiba-tiba terbayang pula adegan chupp chupp, adegan Yusof mendukungnya dan semuanya....Dup dap dup dap. Ah sudah! Jantung sudah bergendang-gendang. Behave Cik hati.

"Tak ada."

"Mustahil. Tu kenapa muka kau merah?" Soalan Zila menjerat diri Ayra. Pipinya disentuh. Panas.

"Tak ada pun." Ayra berlagak tenang.

"Kau.." Kata-kata Zila terhenti disitu. Setelah mendengar bunyi telefon bimbit Ayra.

Ayra mencapai telefon bimbitnya. Satu SMS telah diterimanya. Tertera nama 'abah' disitu. Hatinya tersentak. Lambat-lambat tangannya membuka SMS tersebut.

Assalamualaikum anak abah Ayra. Pulanglah. Abah merindui anak abah yg sorang ni. Jgn tinggalkan abah Ayra. Abah minta maaf atas kesilapan yg abah lakukan. Abah yg salah. Pulanglah. Abah syg Ayra.

Pesanan ringkas itu menyebabkan air mata Ayra mengalir laju. Hilang sudah rasa luka dihati.

"Alhamdulillah. Alhamdulillah..Abah. Ayra pun rindu kat abah." Tertunduk-tunduk Ayra di atas katil menangis. Ayat yang terakhir itu telah merubat duka dihatinya. Selama ini tidak pernah sekali pun Tuan Ahmad katakan padanya.

"Kenapa ni Ayra?" Zila merangkul tubuh sahabatnya itu. Dahinya berkerut. Tidak pernah Ayra menangis begitu di depannya. Apa yang dah jadi?

Lama Ayra begitu. Zila tak putus-putus memujuk.

Apabila Ayra sudah tenang sedikit, Ayra pun membalas SMS Tuan Ahmad.

Waalaikumussalam abah. Ayra dh lama maafkan abah. Tapi kali ini Ayra betul-betul tak dapat pulang. Semester akhir x lama lg nak mula. Ayra pasti akan pulang setelah Ayra tamat belajar. Hanya tinggal 6 bln je lg. Ayra janji akan balik. Abah jaga diri elok-elok. Ayra syg abah juga.

Selesai menghantar pesanan Ayra pun menceritakan kisah silamnya. Kisah dimana dia dihalau Tuan Ahmad dan kisah dia dan Ayda. Terlopong mulut Zila mendengar cerita Ayra. Tak sangka Ayra yang periang menyimpan duka dihati. Tapi kisah sedih sahabatnya itu telah berakhir. Dia tumpang gembira hubungan Tuan Ahmad dan Ayra kini sudah baik. Alhamdulillah.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now