BAB 37

348 9 0
                                    

PAGI-pagi buta menghantar surat cinta Zila. Ayra memandu kereta cermat. Jalan ketika itu sangat lenggang. Kat situ hanya ada 2 ke 3 buah kereta yang melintas. Lagu-lagu hindustan diputarkan supaya dapat menghilangkan rasa mengantuk. Zila dah biasa tidur lewat. Ada masanya dia tidak tidur lamgsung. Berbeza dengan Ayra. Ayra kaki tidur pantang ada masa lapang mesti tidur. Walaupun hanya sebentar pun sudah memadai. Kecuali jika dia berada di tempat yang baru atau dia merasa tidak selesa baru lah dia tidak dapat melelapkan mata.

Sesekali tu ada juga mereka berborak. Selebihnya berdiam diri dan melayan perasaan. Sekitar 20 minit baru mereka sampai ke tempat yg dituju iaitu rumah sewa Haziq Syukri. Ayra meletakkan keretanya betul-betul di belakang kereta Mazda CX5 berwarna hitam.

"Cantik kereta. Haziq beli kereta baru ke?" Tanya Ayra. Matanya menzoom kereta yang berada di depan mata. Sesuai lah untuk Haziq. Orangnya hensem kereta juga mesti hensem. Warna hitam menampakkan elegant dan mewah.

"Mana ada. Ini kereta kawan dia kot. Bukan dia je yang tinggal kat sini. Ada lagi dalam 3 orang. Yusof pun tinggal bersama Haziq." Jawab Zila.

Ayra mengangguk. Walhal di dalam hatinya tak merasa keruan bila nama Yusof di sebut. Jika nama itu disebut tiba-tiba hatinya dijentik oleh satu perasaan. Ayra sendiri kurang pasti apa perasaan yang mengganggu dirinya. Tak seperti biasa.

"Hah. Pergi lah. Jangan tunggu matahari naik baru nak bagi surat aku tu." Suara Zila mematikan lamunan Ayra.

"Baik lah Tuan Puteri Buluh Betung." Ayra menjelirkan lidahnya kepada Zila sebelum dia keluar dari perut kereta. Zila tersengih-sengih.

Lambat-lambat Ayra menghayunkan kakinya. Semakin dekat dengan pintu, semakin laju si jantung berdegup. Nak hantar surat pun gelabah? Lain sangat perasaannya ketika itu. Selalu dia nak hantar surat tak lah macam ni si jantung berdegup.

Ayra menekan lonceng. Harap-harap Haziq lah yang buka pintu. Senang kerja aku. Kalau si Yusof? Eh, minta-minta jangan. Aku tak nak jumpa dia. Mahu bengkak lagi hati bila dia buka mulut.

"Subuh-subuh datang orang bujang ni nak minta hutang atau minta sedekah." Suara garau menyergah dari belakang.

Terangkat bahu Ayra dek terkejut. Seraya menoleh ke arah suara itu. Erkk! Dasar mulut kau masin Ayra oi! Kan dah jumpa sekarang.

"Saya nak hantar surat." Jawab Ayra. Dia membuat muka malas. Dah lah penat, mata pun berat semacam. Menghadap lelaki ni lagi. Stress.

"Ingat nak minta sedekah." Perli Yusof Amsyar. Bibirnya tersenyum senget. Dipandang dari atas ke bawah perempuan yang berada di depan matanya. Comel. Pakai baju tidur Frozen pula. Macam budak-budak.

Ayra merenung lelaki itu tajam. Sesedap rasa je dia kata aku nak minta sedekah. Aku lempang kang bisu terus. Ayra mengerutkan dahinya. Apa yang dia tengok? Tangannnya perlahan-lahan menutup dadanya.

"Apa tengok-tengok? Awak nak jadi buta?"

"Setakat tengok kau yang tak berapa nak lawa. Baik aku tengok cicak-cicak yang melekat kat dinding rumah ni." Bidas Yusof Amsyar. Terasa rindu pula nak menyakat Ayra. Rindu nak bergaduh-gaduh manja dengannya. Manja? Manja lah sangat.

"Ni saya tak nak buang masa. Buang air liur, berdebat dengan lelaki kurang waras. Awak bagi surat ni pada Haziq. Zila minta maaf sebab lama nak balas surat dia. Kami sibuk buat preparation lakonan." Ayra menyerahkan surat itu pada Yusof Amsyar. Lelaki itu menyambutnya perlahan. Sambil matanya memandang perempuan yang mengganggu malam dan tidurnya.

Ayra kemudian melangkah meninggalkan Yusof Amsyar. Kerjanya dah settle!

"Kalau aku kurang waras. Kau rasa apa aku nak buat pada kau pagi-pagi buta ni? Angin pun sejuk. Nyaman je. Kebetulan kat dalam rumah ni kosong. Haziq dan yang lain tak ada mereka pun tengah sibuk." Ujar Yusof Amsyar membuatkan langkah Ayra terhenti. Yusof Amsyar mendekati Ayra. Keningnya menari salsa.

Ayra berubah riak. "Awak nak buat apa?" Ayra berundur ke belakang.

"Kau rasa?" Yusof Amsyar bertanya semula. Wajah Ayra diratah. Senyuman jahat terukir dibibirnya.

"Awak jangan nak buat kerja gila. Saya jerit nanti." Ayra cuak. Dahi mulusnya berpeluh. Kakinya semakin berundur ke belakang sehingga tidak ada tempat lagi untuk dia melarikan diri.

"Kau jerit je. Kalau kena tangkap pun apa susah. Yang kena pun kau. Sebab kau datang kat rumah orang bujang. Aku pula rela je kalau ditangkap khalwat." Yusof Amsyar ketawa sinis. Tangannya menyentuh bahu Ayra lembut. Bau haruman yang dipakai Ayra menusuk ke dalam hidungnya. Sama seperti hari tu. Manis.

Ayra mencebik. "Awak gila! Apa dah jadi dengan awak?! Jangan sentuh saya Encik Yusof Amsyar! Ini milik suami saya!" Tinggi Ayra bersuara. Tangan Yusof Amsyar ditepis kasar. Matanya sudah terasa hangat.

"Siapa suami kau Cik Ayra Syafinaz? Mikyad Muqri?" Nama itu menggoncang hati lelakinya. Sungguh dia benci menyebut nama itu. Hatinya sedih jika benar Mikyad Muqri akan berkahwin dengan Ayra. Dendam masih belum terbalas. Sekarang masalah baru lagi yang timbul. Masalah perasaannya. Perasaan yang kerap kali muncul walau sudah dibuang beribu-ribu kali.

"Kalau ya pun itu bukan urusan awak. Itu urusan hati saya. Suka hati saya lah nak kahwin dengan siapa." Balas Ayra. Suaranya semakin kendur. Nama sepupunya pula yang dibabitkan. Dari mana dia tahu nama abang Mik? Mungkin Haziq yang cerita.

"Kenapa pula bukan urusan aku? Urusan hati kau akan menjadi urusan hati aku. Sebab hati aku akan sakit bila kau pilih lelaki lain. Terutama sekali Mikyad Muqri." Yusof Amsyar merapatkan wajahnya pada wajah Ayra. Benar. Kali ini dia sudah menguji hatinya. Bila berdekatan dengan Ayra, hatinya laju dipalu. Dia rasa gembira. Gila! Aku sudah gila! Mana boleh aku begini. Kakak maafkan Yusof. Yusof sudah terjerat dengan perasaan sendiri.

Ayra membeku. Dia memandang wajah tampan Yusof Amsyar tanpa berkelip. Dipisi setiap inci wajahnya. Dia serius atau main-main? Mata mereka bertembung. Amboi, sedap mata memandang. Yusof Amsyar memejamkan matanya. Jarak wajah semakin dekat dan semakin dekat. Ayra menutup matanya perlahan.

Si hati pula bernyanyi-nyanyi riang. Oh mama saya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa? Dengan......

Tersedar dari alam angau. Ayra membuka mata kemudian menolak kasar badan sasa kepunyaan Yusof Amsyar. Lalu melarikan diri. Nyaris-nyaris bibirnya hilang perawan. Astaghfirullah Al-Azim.

Yusof Amsyar terpinga-pinga. Wajahnya diraup kasar. Aku dah gila. Kenapa dengan aku ni? Hajat dihati ingin menyakat Ayra. Entah bila agaknya 'mood' menyakat bertukar jadi 'mood' gatal. Bila nama Mikyad Muqri disebut terus jadi iblis. Ya Allah Ampunkan dosa-dosa hamba-Mu ini. Sungguh hamba-Mu ini tidak ada niat untuk melakukan hal seperti tadi.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now