BAB 8

384 9 1
                                    


MALAM bertukar menjadi siang. Hari itu cuaca sangat cerah. Pelajar-pelajar yang mengikuti program semua dah bangun. Mereka semua berkumpul di tempat menikmati jamuan. Ada yang menikmati sarapan pagi. Ada yang berborak-borak. Yusof Amsyar memerhatikan setiap pelajar. Rasanya belum semua yang ada kat sini. Aku masih tak nampak batang hidung dia. Itu kawan dia. Yusof Amsyar memandang Zila yang sibuk menyediakan hidangan sarapan. Dia mengerling jam tangannya. Pukul 8.

Yusof Amsyar berjalan menuju khemah Ayra dan Zila. Kelihatan tubuh seseorang yang masih lagi enak dibuai mimpi. Mak ai! Tidur sampai ternganga. Mengalahkan mulut buaya. Orang semua dah bangun, dia asyik buat tahi mata.

"Bangun!Bangun!"

Ayra bergerak sedikit. Hmm, kacau lah! Siapa pula yang berani menganggu tidur aku ni?!

"Mak kejap lagi Ayra bangun. Ayra penat sangat. Lagipun hari ni Ayra tak sekolah." Kata Ayra malas. Selimut ditarik hingga ke dada.

Ewah, ewah. Minah ni dah mengigau agaknya. Yusof Amsyar menarik selimut Ayra perlahan. Tak payah nak jadi Sleeping Beauty pula kat sini.

"Hoi!! Bangun!! Apa kau ingat ini rumah kau?! Ini hutan, lembab!" Jerit Yusof Amsyar tepat ke telinga Ayra.

Sepantas kilat Ayra bangun. Terbeliak matanya setelah mendengar bunyi jeritan tadi. Lalu dia menoleh ke sebelah kiri.

"Ahhhhhhhhh!!! Apa awak buat kat sini?! Gatal!! Perogol!" Ayra menjerit sekuat hati sambil membaling bantal yang ada di sebelahnya ke arah Yusof Amsyar. Kurang ajar punya jantan! Ayra memukul dada Yusof Amsyar.

"Hoi! Sakit tau tak! Bila masa aku nak rogol kau? Ayra! Stop it!." Tangan Ayra dipegang kuat. Yusof cuba menghalang Ayra daripada memukulnya.

"Habis macam mana awak boleh masuk kat khemah saya?!"

"Aku masuk sebab khemah kau tak tutup dan aku nak kejutkan kau."

"Khemah?" Tanya Ayra kebingungan. Tangannya masih lagi dipegang erat oleh Yusof Amsyar. Karang tak pasal-pasal minah ni menghadiahkan aku tumbukan maut, hilang hensem wajah aku.

"Ayra kau sekarang ni kat dalam hutan. Ini khemah kau."

Ayra memandang sekeliling. Pelajar-pelajar lain mengintai mereka. Siapa yang tak terkejut, tiba-tiba terdengar suara perempuan menjerit seperti orang hysteria. Ayra tunduk malu. Drama sangat kau Ayra.

"Saya minta maaf. Saya mengigau agaknya tadi. Ingatkan tadi saya kat kampong."

"Kau ingat aku nak rogol kau? Nak pandang kau pun aku geli. Apa tah lagi nak sentuh kau. No way! Tak kan ada dalam fikiran aku yang waras atau pun tak."

"Kalau awak geli. Sekarang saya nak awak lepaskan tangan saya." Ayra menarik tangannya kasar. Lalu keluar dari khemah. Ayra membetulkan tudungnya yang sudah senget benget kerana bergelut dengan Yusof. Lelaki yang bernama Yusof Amsyar ini benar-benar menguji kesabarannya. Hina sangat ke aku dimata kau Yusof?! Aku tak pernah ganggu kau. Sebaliknya kau yang selalu mengganggu ketenteraman aku. Air mata ditahan. Tak payah nak jadi bawang putih bawang merah pula dalam hutan.

Yusof Amsyar mengeluh berat. Dia memandang tangannya. Masih lagi terasa hangatnya tangan itu. Ah sudah! Kau dah kenapa Yusof? Terlebih makan maggi ke apa. Keterlaluan ke kata-kata aku tadi? Yusof Amsyar menjadi serba salah. Bingung dengan perasaannya sendiri.

ZILA berlari mendapatkan Ayra yang sedang mencuci mukanya depan tandas. Oleh kerana dia sibuk menolong Haziq Syukri menyediakan sarapan dan mencari kayu dia terlepas peluang menyaksikan 'Drama Sangat' yang 'bintangi' oleh sahabatnya itu dan hero kampus , Yusof Amsyar. Kalau bukan sebab pelajar-pelajar yang lain kecoh jadi Makcik pakcik bawang, dia tidak mungkin tahu cerita yang terjadi pagi itu.

"Ayra!!"

"Kenapa jerit-jerit nama aku ni?"

"Aku nak tahu kisah tadi. Betul ke apa yang aku dengar dari budak-budak tu?" Tanya Zila tercungap-cungap. Semput!

"Kisah apa?" Ayra bertanya semula. Dia tahu apa yang dimaksudkan Zila. Tapi dia sengaja buat-buat 'pintar.'

"Yusof masuk khemah kita. Kau gaduh lagi kan?"

"Betul lah tu. Dah, tak perlu lagi kau nak cakap benda tak menambah ilmu. Tak bermanfaat. Hati aku masih terasa bengkak tau. Sekarang ni aku lapar." Balas Ayra.

Zila membatu. Kesian Ayra. Dah berapa kali agaknya Yusof menyakiti hatinya? Maaf Ayra aku tak ada bila kau menghadap lelaki biadap tu.

"Aku yang bengkak hati, yang kau buat wajah sendu apa hal? Jom, kita balik khemah aku lapar ni. Dari semalam aku tak makan." Ayra memegang perutnya.

"Oh, tak. Tak ada apa. Aku rasa bersalah sebab tak kejutkan kau tadi."

"Aku tak salahkan kau Zila. Kau perlu rasa bersalah. Aku memang susah nak bangkit awal. Kau pun tahukan aku ni macam mana."

Zila senyum tawar. Hajatnya tadi mahu mengejutkan Ayra tapi Ayra terlihat sangat letih. Tidur pun sampai ternganga. Berapa baldi air liur agaknya yang sudah tertumpah ke atas bantalnya?

"Jom. Aku lapar sangat dah ni. Tak pasal-pasal nanti kempis pula perut aku yang sudah tersedia satu pack. Susah tau aku buat benda ni. 100 kali 'workout' pun belum tentu dapat." Seloroh Ayra. Zila ketawa terbahak-bahak. Ayra memang pandai memujuk. Orang kalau dah merajuk pun tak jadi. Itu lah cara Ayra untuk menyembuhkan hatinya.

Mereka berdua berjalan seiringan menuju tempat perkhemahan.

"Kau pergi mana tadi Zila?" Soal Ayra.

Langkah Zila termati. Ayra pun menghentikan langkahnya. Lalu memandang Zila yang sudah berubah wajah. Apa aku nak jawab? Takkan aku beritahu Ayra, aku ikut Haziq nak cari kayu. Mesti dia ingat aku sedang mengayat Haziq. Tapi memang betul pun. Mampus aku!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamOù les histoires vivent. Découvrez maintenant