BAB 67

475 9 0
                                    

DIARI milik Ayda ditutup rapat. Tidak sanggup dia membacanya lagi. Ayra menjadi lemah. Kenyataan yang diceritakan arwah kakaknya didalam diari itu sangat-sangat mengejutkannya. Badannya tergelongsor dari kerusi. Dia terduduk di atas lantai. Dunia bagai berpusing-pusing. Wajah Yusrina, Yusof dan Mikyad Muqri tergambar bertukar-tukar silih berganti. Dia yakin, nama yang tertera didalam diari itu adalah suaminya, Yusof Amsyar dan kakak iparnya. Airmata tumpah bagai air terjun merembas pipi. Dia ingin menangis sepuas-puasnya sehingga suaranya tidak lagi mampu keluar.

Bingung. Kini Ayra bingung dengan apa yang terjadi. Sungguh dia rasa bersalah pada Yusrina Amnani, Yusof Amsyar suaminya, Mikyad Muqri...semuanya! Ayda yang melakukan kesilapan tapi mengapa dia yang merasa bebanan rasa bersalah itu?! Bebanan yang menyesakkan jiwanya. Kenapa sekarang dia baru membaca diari Ayda? Kenapa tidak sebelum perkahwinannya? Kalau dia tahu lebih awal, sungguh tak mahu dia menjadi isteri Yusof Amsyar. Bukan kerana dia tidak suka tapi...dia tidak memang tidak layak diterima oleh ahli keluarga Yaz Min.

"Kak Rina!" Nama itu terpacul dibibir Ayra...wanita itu nyaris-nyaris hilang nyawa kerana depresi yang amat teruk setelah kehilangan Mikyad Muqri. Jujur semenjak percutian di Villa Yaz Min, pertama kali berkenalan dengan Yusrina, Ayra jadi sayang dan cinta padanya. Dia menganggap Yusrina sebagai kakak kandungnya sendiri. Tapi..darah dagingnya sendiri, kakak kandungnya sendiri yang telah menoreh luka pada hati Yusrina.

Selama ini mungkin Yusof sudah mengetahui siapa dirinya yang sebenarnya. Dari cara dia memandang Ayra ketika pertama kali memandang Ayra, mata itu penuh dengan kebencian. Ya! Yusof memang membencinya dari mula lagi. "aku adik kepada perempuan yang merampas kebahagiaan mereka. Kau tahu kan? Kau memang sudah tahu tapi kenapa kau masih mahu berkahwin dengan aku? Kau mahu balas dendam?" Ayra memandang ke depan. Dia bercakap bagai Yusof berada di depan matanya.

Luruh lagi hatinnya bila mengenangkan nasibnya. Dia menjadi korban dendam si suami. Suami yang baru menikahinya seminggu yang lalu. Memang patut pun dia ditinggal-tinggal. Layanan romantis tak akan pernah terjadi jika ikatan ini hanya berdasarkan benci dan dendam. "Apa yang patut aku buat Ya Allah? Engkau berikan kekuatan pada hamba-Mu ini. Hamba-Mu ini sungguh lemah menempuh semua ini..." Kepada Tuhan dia mengadu. Siapa lagi yang mampu mendengar luahan rasa hatinya jika bukan sang Pencipta yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Ayra menangis lagi. menangis, menangis dan menangis. Itu saja yang mampu dia lakukan mengubat luka dan kesedihannya menanggung kesilapan arwah kakaknya. Tanpa sedar Ayra menangis sehingga dirinya terlelap di atas lantai.

"BANGUN. Ayra kenapa kau tidur kat atas lantai?"

Ayra tersedar. Mata yang sembab digosok perlahan. Di hadapannya kini ada Yusof Amsyar yang sedang duduk dekat dengannya.

"Kenapa kau tidur kat bawah? Katilkan ada." Lembut suara Yusof menegur si isteri. Ayra membetulkan rambutnya. Berkali-kali mata sembabnya digosok. Hal tadi biar menjadi rahsianya. Dia belum bersedia berbincang dengan Yusof. Kenyataan yang akan keluar dari mulut Yusof mungkin akan merobek-robek lagi hatinya yang memang sudah luka parah!

"Bila masa awak sampai?" Ayra menyoal tanpa menjawap soalan Yusof yang tadi.

"Baru je. Aku ingat nak ajak kau makan tengahari. Lepas tu kita pergi jalan-jalan." Yusof memandang lembut wajah milik Ayra. Merah sangat mata. Dia habis menangis ke? Tapi..kenapa?

Ayra membeku. Matanya hanya tertumpu pada jari manis yang tersarung cincin kahwinnya. Si hati tercalar lagi. tak sanggup dia memandang suaminya itu. Dia perasan Yusof sedang merenungnya. Buat apa mahu merenung aku kalau hanya menambah bencinya pada aku?

"Mata kau merah tu. Kau habis menangis?" Yusof menyoal lembut. jarinya menyentuh pelipis mata Ayra membuat Ayra tersentak. Cepat-cepat Ayra menepis tangan sasa Yusof Amsyar.

"Mungkin sebab saya baru bangun tidur kot." Jawab Ayra laju.

Yusof memandang tajam tepat ke anak mata Ayra "Aku yakin kau baru habis nangis. Tu mata dah bengkak macam tu." Tidak mahu mengalah, dia masih mahu Ayra membuka mulutnya.

"Betul. Saya tak nangis ingat ini cerita Hindustan nak menangis-menangis bagai." Muka Ayra sudah cemberut. Orang kata tak tu tak lah! paksa-paksa orang pula!

Yusof tersengih manis. Comel isterinya buat muka masam-masam wangi. Beberapa hari tak jumpa sudah membuatkan hatinya berbunga-bunga rindu. Rindu? Wah ada improvement! Berani confess perasaan kau sekarang!

"Kalau tak nangis jom kita keluar sekarang." Belum sempat Ayra membuka mulut, tangan Ayra ditarik lembut. Terhuyung-hayang badannya mengimbangi langkah Yusof. jari-jemarinya digenggam kemas oleh Yusof.

"Kita nak makan kat mana? Boleh tak lepas tangan awak? Saya tak nak jadi tumpuan orang ramai." Ayra menarik-narik tangannya tapi genggaman Yusof semakin kemas dan kuat. Malu dia dipandang-pandang oleh pekerja-pekerja hotel dan pelancong yang sedang bersantai diruang lobi hotel. Hatinya masih rasa sebu bila mengingat niat sebenar Yusof mengahwininya. Dia yakin Yusof buat begitu hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk orang sekeliling bukannya ikhlas pun!

"Nope! Aku tak akan lepaskan tangan kau. Biarlah apa orang nak kata apa. kau isteri aku. Dah sah dah pun. Kenapa kau takut skandal kau tengok?" duga Yusof. Bukan senang dia nak memegang tangan isterinya itu. Inilah kesempatan dan peluang yang ada.

Ayra mendongak memandang Yusof. besar kecik besar kecik saja dia tengok suaminya itu. "Cakap orang ada skandal. Entah-entah dia tu yang ada ramai skandal." Jelingan maut dihadiahkan buat si suami. Reda jelah ada suami begini! Dibiar saja tangannya dipegang. Mungkin ini kali yang terakhir sebelum dia dibuang jauh-jauh dari hidup lelaki itu. Mak! Sedihnya!

Hujung bibir Yusof terangkat sedikit kemudian berhenti di depan Ayra. Kepala Ayra tercium dadanya. "Hei! Kenapa awak berhenti?" Ayra terkejut.

"Aku tak ada perempuan simpanan yang lain. Tak mungkin dan tak akan pernah ada sebab..." ayat Yusof terhenti. Wajah Ayra direnung lembut. Ayra! Nama isteri disebut didalam hati. Kau buat hati aku rasa tak keruan. Tiap-tiap kali aku sebut nama kau si hati jadi tak berirama. Berdendang-dendang je kerjanya.

Ayra jadi gementar. Anak mata si suami ditatap. Mengapa...mengapa tiada lagi pandangan yang penuh kebencian seperti dulu? Lain yang ingin ditanya lain pula yang terluah "sebab?"

"Sebab aku sudah ada isteri. Isteri aku hanya ada seorang sahaja, tiada dua, tiada tiga, tiada empat dan tiada seterusnya. Ayra Syafinaz kau adalah isteri aku. Isteri kepada Yusof Amsyar." Suara Yusof kedengaran romantis. Perempuan yang mendengarnya mesti terkeluar jantung.

Ayra terpesona. Bohonglah kalau dia kata dia tak terjatuh cinta lagi pada Yusof. kencing manis aku! Kemudian menggeleng-gelengkan kepala setelah menyedari akan sesuatu. Tak..tak..mungkin dia tengah berlakon sekarang. Ya! Dia tengah berlakon ni. Takkan sekelip mata saja dia dah jadi suami yang romantik. Tiba-tiba badannya dipeluk Yusof. Terbuntang mata Ayra. Terkejut dengan tindakan Yusof ketika itu. Dahlah sekarang mereka berada di tengah-tengah lobi. Mesti orang ingat mereka sedang berlakon cerita Korea ditengahari.

"Kenapa ni?"Soal Ayra tercengang. Dada bidang Yusof ditolak lembut.

"Shhhh...duduk diam-diam. I just want to make sure something." Kata Yusof sambil memejamkan matanya.

"Nak pastikan pasal apa?" Ayra bertanya hairan. Dirinya kini masih didalam dakapan Yusof. oleh kerana posisi telinga mencium dada Yusof, degupan jantung si suami dapat didengarnya dengan jelas. Dup dap dup dap laju bergetar. Kenapa suami aku ni?

"Pasal hati dan perasaan aku." Yusof membongkokkan badannya sedikit seraya berbisik pada Ayra.

Pipi Ayra sudah merah merona macam buah jambu. Apasal dia tiba-tiba begini? Jangan mainkan perasaan aku..aku takut..aku jadi semakin sayang dan cinta pada kau! Ayra memberanikan diri mendongak. Bertentangan mata. "Apa yang awak rasa?" soalan terpacul dibibir Ayra. Sungguh dia mahu tahu jawapannya.

Yusof tersenyum tampan kemudian pipi Ayra disentuh lembut. "Rasa sayang hei rasa sayang hei!" Dia berlagu pula dah! Pelukan dilepaskan, tangan si isteri dipimpin sambil bersiul-siul bahagia. Ayra Syafinaz aku sayang kau! Yusof Amsyar menjerit didalam hati. Harap-harap dia faham isi hati aku yang sebenarnya.

Hangat satu badan! Suhu badan Ayra mendadak tinggi. Bagaimana kalau Yusof hanya mempermainkannya? Bagaimana kalau...kalau ini termasuk dalam rancangannya untuk membalas dendam? Arghh! Tapi aku...aku sudah terpikat!!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now