BAB 56

365 6 0
                                    

VILLA YazMin terletak jauh dari Bandar. Tempatnya agak terpencil dan tersembunyi. Hanya mereka yang pernah melalui kawasan itu saja yang tahu akan keberadaan Villa YazMin. Villa yang cukup indah dan cantik dilengkapi dengan taman bunga disekitar halamannya. Warna putih dan kelabu menjadi pilihan bagi menghiasi dinding villa tersebut. Villa dua tingkat itu kelihatan sangat menenangkan. Aman dan damai itulah yang dirasakan Yusrina Amnani ketika berjalan-jalan di kawasan halaman villa. Villa itu kepunyaan orang tuanya. Direka dan dibina untuk keluarga mereka bersantai dan bercuti

Genap dua hari Yusrina Amnani tinggal di Villa YazMin, setelah lama bertapa di negeri orang, United Kingdom selama 7 tahun. Di situlah dia dirawat. Alhamdulillah kini Yusrina sudah pulih sepenuhnya. Yusrina tinggal bersama dua orang pembantu rumah. Mak Iffah dan Pak Osman. Mak Iffah bertanggungjawab dalam urusan membersihkan rumah dan kerja dapur serta menjaga Yusirna Amnani. Mana kala Pak Osman suami kepada Mak Iffah ditugaskan untuk menjadi pemandu Yusrina.

Ya! 7 tahun sudah berlalu, terasa baru semalam dia merana, menderita dan kecewa gara-gara ditinggalkan kekasih hati yang sangat dicintai dan disayanginya. 7 tahun juga dia masih belum mampu melupakan lelaki itu. Mungkin hanya dia saja yang merasakan kerinduan terhadap lelaki itu, sedangkan lelaki pujaan hatinya itu mungkin sudah berbahagia bersama perempuan lain. Perempuan yang digelarnya isteri.

Dia? Yusrina terkontang kanting mencari kebahagiaannya sendiri. Bertarung nyawa untuk sembuh. Sembuh dari luka yang teramat dalam. Luka yang masih meninggalkan parut. Ia tidak dapat dilihat tapi dirinya masih lagi terasa pedih kerana luka itu. Namun dia tetap redha akan ketentuan-NYA. Tiada siapa yang akan mampu melawan ketentuan-NYA itu. Dia sedar, dia hanya manusia biasa. Salahnya juga kerana terlalu mencintai manusia itu sehingga melebihi segalanya termasuk cintanya pada yang ESA. Itu adalah balasan buat dirinya yang terlupa akan Sang Pencipta. Dia insaf.

MAJLIS tahlil yang diadakan dirumah Tuan Ahmad dan Puan Asdinah berlangsung dengan lancar. Selesai sahaja membaca doa, tetamu-tetamu yang hadir menikmati jamuan. Jamuan ala kadar saja. Sedap atau tidak masakan 'chef' Ayra tu? Tuan Yazid, Puan Yasmin, Yusriyah dan keluarganya juga turut hadir bersama. Pada mulanya terkejut juga Ayra akan kedatangan majikannya itu. Mungkin Yusof yang menjemput mereka datang, Ayra meneka di dalam hati.

Ketika tetamu masih menikmati jamuan, Ayra pergi ke dapur ingin mengemas periuk-belanga yang bertimbun di singki. Tadi tidak sempat dia membasuh sebab ramai tetamu datang awal dari jam yang ditetapkan. Jadi dia bergegaslah ke depan untuk menjadi penyambut tetamu. Ayna pula tak habis-habis berdandan bukannya nak menolongnya. Dibiarkan saja dirinya 'work out' membasuh periuk-belanga yang berat itu. Anak dara tak boleh diharap langsung! Hai Ayra kau tu anak mak ke? Diamlah! Aku anak dara yang berkuali tau!

"Kak Ayra! Buat apa tu?" hah! Panjang umur muncul pula anak dara tu. Ayra menoleh ke belakang.

"Tak nampak ke tengah cuci kereta ni?" Jawabnya sarkastik. Ayna tersengih. Apa punya soalan da~

"Abah dan mak panggil. Tapi sebelum tu biar Ayna touch up muka kak Ayra." Laju dia menuruni anak tangga dapur menuju Ayra. Tangan Ayra ditarik. Paip air ditutup.

"Apa hal ni? Kata tadi abah dan mak panggil. Ni yang make up bagai kakak kenapa?" Soal Ayra pelik. Terasa gatal hidungnya bila berus makeup Ayna mengenakan hidungnya. Rimas!

"Diluarkan ada bakal ayah dan mak mertua kak Ayra kenalah cantik-cantik. Nanti orang kata kakak hodoh. Nak?" Balas Ayna. Tangannya ligat mengalun berus ke wajah Ayra. Sekejap kanan, sekejap kiri, lepas tu bulat-bulat. Apalah jadinya rupa aku ni? Takut jadi badut pula!

"Mertua kepala tengkorak hang! Mereka tu majikan kakaklah. Jangan nak pandai-pandai bagi title pula. Sudah kakak rimas! Gatal-gatal muka kakak dibuatnya. Cukup-cukup. Kakak nak naik atas." Rungut Ayra. Kepala Ayna dihempuk menggunakan sudu. Suka-suka mulut dia je kata aku hodoh. Aku natural beauty tanpa makeup pun masih tetap anggun, ayu lagi menawan! Vass! Dia kemudian menuju ke tangga dapur.

"Eh kak Ayra! Tunggu kejap. Kita pergi sama-samalah." Terkocoh-kocoh Ayna mengejar Ayra. Barang-barang diatas meja semua berterabur gara-gara dilanggar tangan Ayna. Nasib baik bukan kaca. Kalau kaca hancur berderai jatuh ke bumi.

Ayra memusingkan matanya. Clumsy betul!

RUANG tamu dipenuhi tetamu-tetamu yang hadir. Seketika Ayra berasa pelik. Semua mata memandang ke arahnya. Sah! Confirm muka aku macam badut! Ini semua gara-gara hasil jari-jemari Ayna. Malunya! Ayra menjeling lembut adiknya itu. Lagi dia pelik bila Tuan Ahmad dan Puan Asdinah duduk berdepanan dengan orang tua Yusof Amsyar. Tuan Yazid dan Puan Yasmin. Mana kala Yusriyah dan suaminya duduk di belakang orang tua mereka.

Ayra sudah tidak sedap hati. Jantungnya ketika itu mengalun irama yang tak menjadi. Tangannya ditarik lembut oleh Ayna. Dia disuruh duduk di atas kerusi. Aik! Kenapa aku pula yang kena duduk kat atas yang lain duduk lantai? Mata-mata masih tertumpu padanya. Hendak bertanya, tiba-tiba lidahnya terasa kelu. Bagai sudah digam kangaroo.

"Cantik bakal menantu saya. Bertuah orang tua Ayra sebab dapat anak perempuan yang cantik." Tuan Yazid bersuara memecah kesunyian. Kata-katanya disambut tawa para tetamu.

Apa?! Menantu?! Bila masanya aku nak jadi menantu mereka? Ayra mula panik. Air liur yang ditelan terasa seperti menelan pasir. Wajah orang tuanya dipandang. Tapi mereka hanya melemparkan senyuman manis. Dia memandang mak cik Asmidah yang turut duduk di sebelah Puan Asdinah, pun senyum juga! Kenapa ni?! Ayra menjerit di dalam hati.

"Alhamdulillah. Walaupun anak kami cantik tapi dia pun manusia juga ada kekurangannya. Diharapkan pihak Tuan Yazid dan Puan Yasmin dapat menerima anak kami seadanya." Giliran Tuan Ahmad pula yang bersuara.

"Itu sudah pasti. Kami juga berharap pihak Tuan Ahmad dan Puan Asdinah juga dapat menerima Yusof sebagai ahli keluarga Tuan dan Puan nanti. Tak perlu bertuan dan puan, kita kan tak lama lagi akan berbesan. Panggil Yazid dan Yasmin sudah."

Tuan Ahmad mengangguk sambil tersenyum. "Baiklah Yazid. Yasmin. Panggil juga saya abang Ahmad dan kak Asdinah. Memandangkan kami lagi tua kan? Pasal Yusof jangan risau kami sudah menganggapnya macam anak kandung kami sendiri. Walaupun baru sehari kami berkenalan tapi rasa sayang tu seperti dah lama wujud." Ujar Tuan Ahmad. Dia sangat menyenangi keberadaan Yusof sejak pertama kali memandang wajah tampan anak muda itu. Orangnya mudah dibawa bercerita dan paling penting hormat orang tua.

"Mari kita teruskan upacara pertunangan hari ini." Tuan Yazid berkata.

Dunia Ayra terasa bergoncang hebat. Dia tidak salah dengarkan? Pertunangan? Pertunangan dengan Yusof? Yusof? nama itu berulangkali disebutnya didalam hati. Kenapa tiba-tiba? Semalam tidak pula Yusof memberitahunya tentang hal ini. Bahkan orang tuanya juga sama. Ayra jadi keliru dan tak keruan. Badannya terasa panas dan sejuk. Calm down Ayra. Jangan panik. Bagaimana aku tak panik? Semua ini berlaku sangat mendadak. Aku tak bersedia lagi! Aku nak lari. Aku nak lari. Tapi kakinya langsung tak bergerak. Beku.

Sekelip mata saja tangannya sudah tersarung cincin emas. Bila masa cincin itu disarungkan ke jari manisnya? Dahinya dicium oleh Puan Yasmin kemudian dia bersalam dengan 'bakal' mak mertuanya. Dia bagai dirasuk seketika. Tetamu yang hadir sibuk menangkap gambar dengannya. Ayra hanya membiarkannya saja tanpa kata. Tanpa tawa. Tanpa senyum.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya menyedut oksigen yang banyak. Dadanya terasa sempit dan susah untuknya bernafas saat itu. Kini dia sudah menjadi tunang kepada Yusof Amsyar. Lelaki yang selama ini menjadi musuhnya. Tak pernah terlintas difikirannya akan menjadi tunang kepada lelaki itu. Tak pernah! Apatah lagi majlis pertunangannya ini dilangsungkan secara tiba-tiba. Dia hanya memakai baju kurung tahun zaman dahulu kala dan basah lembap. Majlis pertunangan apa ni? Ya Allah kuatkan aku!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now