BAB 65

464 8 0
                                    


AYRA balik ke bilik setelah semua para tetamu pulang. Tuan Ahmad dan Puan Asdinah juga sudah pulang tadi bersama Ayna dan Puan Asmidah. Mikyad Muqri tidak dapat hadir dihari perkahwinannya kerana ada urusan kerja yang mesti diselesaikan katanya, sebab itulah Puan Asmidah pulang ikut Ayna dan orang tuanya. Manakala Tuan Yazid dan Puan Yasmin turut serta pulang dengan adik-beradik Yusof yang lain. Kawan till jannahnya pun pergi pulang bersama tunangnya yang tersayang. Hanya yang tinggal di situ cuma Ayra dan Yusof. Yusof dari tadi lagi tidak kelihatan. Kemana lelaki itu menghilang pun dia tak tahu malah dia tak kisah pun. Bila mengenang kembali kelakuan aneh Yusof tadi sudah cukup membuat bulu roma tegak berdiri. Lebih baik dia masuk ke bilik saja merehatkan diri.

Hajat dihati dia ingin membersihkan badan tapi memandangkan tangannya masih belum pulih, susah baginya membuka zip baju miliknya. Kalau zip tu letaknya didepan senanglah dia nak membukanya tapi zip tu kat belakang pula. Macam mana nak mandi? Ayra kusut. Tadi senang kerjanya sebab ada Zila yang membantu dia memasangkan baju pengantinnya. Nasibnya agaknya dihari berbahagia yang tak berapa nak bahagia itu, tangannya berbungkus kerana patah. sekarang tak ada sesiapa yang nak menolongnya. Uweekkk nak nangislah macam ni!

Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya dibuka. "Siapa pula malam-malam masuk bilik aku ni?" Ayra pergi ke depan melihat siapa yang datang membuka pintu biliknya. Langkahnya terhenti. "Yusof?"

"Apa sal tengok aku begitu? Nampak hantu ke tadi?" Soal Yusof selamba lalu berjalan menuju ruang tidur. Topinya dibuka lalu diletakkan di atas meja solek.

"Macam mana awak boleh masuk bilik saya?" Ayra sudah mula cuak. Dia tidak rasa selesa berdua-duaan di dalam bilik yang sama. Bukannya dia tidak biasa dengan Yusof tapi kali ini situasinya berbeza, mereka sudah ada ikatan yang sah walaupun ikatan tersebut terikat tanpa wujudnya perasaan istimewa. Awkward!

"Hello isteriku sayang. Aku ada kunci bilik and for your information ini bilik kita berdua. Bukan bilik kau seorang je tau." Yusof tersenyum sinis. Ayra ternganga.

"Kenapa bilik kita tak asing-asing?" Soalan kurang pintar keluar dari mulut Ayra. Dia sudah buntu, dah tak mampu nak fikir apa-apa lagi. berdepan dengan Yusof sekarang membuat dirinya kalah. Dulu dialah yang suka melawan cakapnya tapi semenjak sudah bergelar tunang Yusof lagi dia tak tahu nak buat apa.

"Ayra Syafinaz. Ingat..sekarang kau isteri aku. Isteri kepada Yusof Amsyar. seorang isteri kena berada di sisi suami. Kau suka baca novel ke? Atau kau suka tengok drama kahwin paksa yang mesti tidur asing-asing lepas tu bila mak mertua datang tipu-tipu tidur satu bilik?"

Ayra terkulat-kulat mendengar soalan Yusof. Memang aku suka baca novel pun. Semua cerita yang aku tengok pun begitu. Pasangan kahwin tanpa cinta tidur asing-asing lepas tu jatuh cinta kemudian tidur sama-sama pula. Ingat adegan tu boleh terulang didunia nyata.

Yusof menggelengkan kepala perlahan. Sah! Terpengaruh sudah isteri aku ni. "Kita akan tidur ditempat atau bilik yang sama. Katil yang sama. Rumah yang sama. Semua bersama. Tak ada seorang ke hulu dan seorang ke hilir. No! faham?" Ucap Yusof tegas. Terserlah ciri-ciri seorang suami didalam diri Yusof. sungguh mencairkan hingus hidung Ayra. Nak nangis! Terharu saya awak!

"Baiklah." Jawabnya lemah tapi si hati bersorak gembira. Sekurang-kurangnya dia dianggap seorang isteri oleh Yusof. Bukan isteri yang tidak dianggap. Macam tajuk lagu pula bunyinya.

"Pergi mandi lepas tu kita solat sama-sama." Perintah Yusof. Yusof membuka butang bajunya kemudian duduk di hujung katil. Terasa melekat seluruh badan. Penat pun terasa.

"Ermmm...ermmm." Ayra menggaru-garu kepala yang berlapik tudung. Apa aku nak cakap ni?

Yusof memandang isterinya. Dahinya berlapis. Tercegat depan aku buat apa? ingat aku toilet? "Kenapa berdiri kat sini?" Soalnya pelik.

"Ermmm..Saya...saya mandi esok jelah."

"Esok? Kau nak aku muntah berdarah mencium bau bawang ketiak kau?" Bulat mata Yusof mendengar kata Ayra. Boleh tahan pengotor juga dia ni.

Ayra tersengih. Aduhhh! Kau tak faham ke aku susah nak buka baju aku ni! "Sebenarnya...sebenarnya..saya nak mandi tadi tapi memandangkan tangan saya ni berbungkus susah pula nak buka zip baju saya." Ayra tertunduk. Malunya! nak suruh cleaner bukakan ke malam-malam ni?

"Sini aku tolong bukakan."

"Hah?"

"Aku tolong buka zip kau tu. Lepas tu aku tolong mandikan kau. Tangan kau kan tak boleh kena air nanti plaster dia rosak. Lambat nanti nak pulih tangan kau." Balas Yusof lembut. Dia bukannya nak mengambil kesempatan, dia cuma mahu menolong Ayra. Tiba-tiba pula dia rasa bersimpati melihat wajah Ayra yang terlihat keletihan itu. Tak sampai hati dia nak membiarkan Ayra memakai baju pengantin sepanjang malam.

Sekali lagi Ayra terlopong. Daripada dia tengok badan aku lebih baik aku tak payah mandi. Busuk pun busuklah janji aku selamat. "Tak apa saya boleh tidur pakai baju ni je." Lalu Ayra beredar menuju ke ruang tamu tapi Yusof lebih pantas menahannya.

"Ayra. Aku janji aku tak akan buat apa-apa pada kau. Aku betul-betul ikhlas nak tolong kau. Kau kena percaya pada aku." Yusof ingin menyakinkan Ayra. Bahu Ayra disentuhnya lembut. Ayra menjadi serba salah. Suaminya itu memang degil kalau diberi apa alasan sekali pun memang tak akan dilayan. Harap maaf je lah!

"Betul? Janji?"

Yusof mengangguk. Tangan Ayra digenggam erat dan ditarik menuju ke tandas. Ayra hanya mengikutnya. Pintu tandas dikunci. Ruang tandas terasa sejuk dan panas. Bertukar-tukar suhunya. Masing-masing mencuba mengawal degupan jantung. Kalau tak dikawal aka nada seseorang yang menjadi mangsa nafsu.

"Aku buka tudung kau dulu." Yusof bersuara lembut. Tangannya membuka pin tudung Ayra. Lilitan Shawl Ayra dibuka perlahan-lahan. Kemudian anak tudung pula dilepaskan dari kepala milik isterinya. Terurai rambut panjang yang lurus lembut Ayra. Yusof menelan liur. Turun naik halkum di lehernya. Pertama kali dia memandang Ayra tanpa memakai tudung...cantik bini aku!

Ayra tunduk malu. Rambut aku sudah tidak perawan. Auratnya ditonton oleh suaminya sendiri. Mesti dia tengah kutuk aku sekarang ni. Rambut aku tak seikal mayang macam bekas teman wanitanya.

"Pusing belakang. Aku nak..aku nak buka zip baju kau."

Teragak-agak Ayra memusingkan badannya. Perlahan-lahan badannya terasa tangan sasa Yusof menyentuh bajunya. Zip bajunya diturunkan kemudian bajunya dilepaskan dari badannya. Berkali-kali Yusof menelan air liur. Bibir yang kering digilat. Memang menguji kesabaran dan mengawal nafsu. Runtuh jantung hatinya bila melihat kulit mulus badan Ayra. Bulu roma isterinya itu juga kelihatan tegak berdiri. Dia geli? Atau dia takut?

Kawal perasaan, kawal nafsu kau Yusof. Belum sampai satu hari jadi suami, kau dah lemah begini. Yusof mengambil sabun badan lalu menggosok badan Ayra. Kemudian rambut isterinya dibasahi. Ya Allah! Kenapa bini aku jadi semakin HOT?!

Ayra menutup dadanya. Dia jadi tidak keruan. Minta-minta cepat lah siap. Lama sangat dia gosok badan dan rambut aku ni! Ayra memejamkan mata. Dah tak sanggup lagi mengawal perasaan malu yang menyerbu dirinya. Tiba-tiba pipinya terasa diusap lembut. Ayra membuka mata...kini Yusof berada di depan matanya sendiri. Wajah suaminya jelas kelihatan merah merona. Tangan lelaki itu menyentuh pipinya. Dia sedang menyuci wajah Ayra menggunakan sabun muka safi Balqis membuatkan wajah anda putih dan bersih suci. Ceh nak buat iklan pula.

Mata saling bertentangan. Suasana semakin panas. "Saya boleh buat sendiri. Awak pergi luar je lah." Ayra bersuara. Dia sudah tidak tahan berada didalam situasi itu. Sungguh dia malu! Dia tidak selesa!

"Hmm?"

"Awak dah boleh keluar dah. Biar saya yang cuci muka saya sendiri." Ayra mengulangi ayatnya lagi. Yusof kaku. Terhenti tangannya mengusap pipi Ayra.

"Ayra..aku minta maaf." Belum sempat Ayra bersuara, bibir Yusof sudah menyentuh lembut bibir Ayra. Lama bibir itu menyentuh bibirnya. Ayra membeku. Dia tidak menolaknya tapi tidak pula merelakannya namun disaat itu dia...dia rasa dia sudah jatuh cinta lagi pada Yusof Amsyar.

"Ini sebagai denda sebab buat kaki aku luka tadi." Kata Yusof setelah melepaskan ciuman bibirnya dari bibir Ayra. Kemudian meninggalkan Ayra sendiri di dalam tandas. Hah? Bibir aku dah hilang dara!

Yusof menyentuh bibirnya lalu tersenyum nakal. My first kiss!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now