BAB 46

376 9 0
                                    

KEDAI makan mamak menjadi pilihan Yusof Amsyar dan Ayra mengalas perut yang lapar. Mereka mengambil tempat di hujung sekali. Kononnya ada privacy sedikit. Kedua-duanya sibuk membelek-belek menu. Semua menu nampak menyelerakan. Akhirnya Nasi campur Ayam goreng mamak juga yang dipilih dan minuman ais Lemon.

Sementara menunggu makanan sampai Ayra memerhatikan keadaan sekeliling. Ramai sangat orang makan kat situ malam itu. Di sebelah meja mereka terdapat pasangan muda yang mempunyai seorang anak perempuan yang comel. Seronok Ayra melihat gelagat pasangan muda itu menyuapkan makanan pada anak mereka. Si ayah suapkan ibu. Si ibu suapkan ayah. Lepas tu anak pula menyuapkan ayah ibunya. Ada pertandingan suap-menyuap ke? Itu tak penting, yang penting mereka nampak keluarga yang bahagia dan harmoni. Bila lah aku dapat kahwin? Dapat anak..dapat suami yang caring macam tu. Seronoknya!

"Seronok sangat ke kau tengok orang sebelah tu?" Suara Yusof Amsyar menghentikan lamunan Ayra sebentar tadi. Dari tadi dia memandang Ayra asyik memerhatikan orang sebelah mereka. Di dalam asyiknya memandang Ayra, dia merasa senang kerana dipertemukan kembali dengannya. Terubat rindu di dalam hati.

Ayra pantas menoleh. "Sweet kan? Nampak sangat mereka bahagia. Tambahan lagi kerenah anak mereka yang comel tu. Mesti hidup mereka sentiasa ceria." Nada suara Ayra seperti Cikgu Jasmin Upin dan Ipin.

"Sweet. Yang tak sweetnya sekarang ni ialah aku dan kau." Yusof Amsyar memeluk tubuh.

"Apa hal pula? Kita berdua ni memang lah tak sweet langsung bukannya kita ni kapal laut pun. Agak-agak lah sikit." Balas Ayra sambil berkerut dahi.

"Tau pun. Lagi satu..aku pun tak ingin nak jadikan kau pasangan hidup aku nak bersweet sweet bagai. Nak bermanja-manja no way!" Yusof Amsyar membuat muka meluat pada Ayra. Betul ke kau tak nak dia wahai Encik Yusof? Cakap kat mulut lain dalam hati lain pula. Tadi kata terubat rindu. Senang lah bagai.

"Awak ingat saya nak? Awak ada cermin ke tidak kat bilik awak? Tolong cermin dulu dari atas ke bawah, kanan kiri, depan belakang, awak tak ada dalam senarai calon pasangan til Jannah saya. Muka dah lah macam orang Jepun sesat masuk kampong. Perangai pun tak lulus darjah 1." Kutuk Ayra. Ambik kau! Dari dulu tak habis-habis pasal benda ni. Tak payah nak remind aku lah. Aku sendiri akan ingat sampai bila-bila yang aku ni AYRA SYAFINAZ tak layak untuk YUSOF AMSYAR. Eh! Pembetulan..YUSOF AMSYAR tak layak untuk AYRA SYAFINAZ.

Pipi Yusof Amsyar sudah bertukar rona. Giginya dikencing menampakkan 'jawline'nya. Hajatnya nak menyakitkan hati Ayra, akhirnya dia juga yang terkena. Ada je jawab dia ni.

"Hai..sorry ganggu. Boleh tolong ambik gambar kami tak?" Si ayah yang duduk di sebelah Ayra dan Yusof Amsyar bersuara. Senyuman mesra dilemparkan kepada mereka sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada Yusof.

Yusof menyambut telefon bimbit si ayah tadi. "Boleh tak ada masalah. Okay 1, 2, 3. Lagi sekali...ayah rapat lagi sikit dengan ibu." Yusof Amsyar bertukar profession sebentar menjadi photographer. Sibuk dia mengarahkan posisi keluarga kecil itu. Ayra menjadi pemerhati saja.

Selang beberapa minit mengambil gambar keluarga tadi. Si ayah bersuara lagi. "Terima kasih. Nak saya tolong ambikkan gambar Encik dan isteri encik?"

Yusof Amsyar dan Ayra saling berpandangan. Ayra memberi isyarat pada Yusof supaya tidak perlu mengambil gambar mereka. Nak buat apa? yang membuatnya terkilan bila dia dipanggil 'isteri' kepada Yusof Amsyar. Apa ada tanda 'isteri' ke kat dahi aku?

"Nah tolong ambikkan gambar saya dan isteri saya." Balas Yusof Amsyar sambil tertawa kecil. Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada si ayah kemudian berpindah duduk di sebelah Ayra. Sehingga Ayra terpaksa beralih tempat. Belum sempat Ayra berpindah pinggangnya dirangkul kemas oleh Yusof Amsyar. Ayra bengang.

"Amboi..manis sungguh pasangan ni. Suka saya tengok." Puji si ibu yang sedang menggendong anaknya.

Ayra tersenyum terpaksa. Tangannya mencubit belakang badan Yusof. "Adui."

"Kenapa?" Tanya Si ayah kehairanan.

"Ada semut kot. Sayang tolong urutkan belakang abang." Kata Yusof Amsyar manis. Bab-bab berlakon memang makanan dia. Dalam keadaan terpaksa Ayra pun mengurut-urut belakang Yusof yang terkena cubitan berbisanya.

"Oh.. okay senyum 1, 2, 3." Si ayah sudah pun menangkap gambar Yusof Amsyar dan Ayra.

Selesai bersalaman, si ayah dan si ibu berpamitan untuk pulang meninggalkan mereka. Ini kesempatan Ayra untuk menghapus gambar tadi.

"Bak sini handphone awak." Ayra menadah tangan. Mukanya masam dan kelat. Geram hatinya bila dirangkul tadi oleh lelaki yang bukan berstatus siapa-siapa padanya.

"Tak nak." Yusof menjelir lidah. Lebih baik dia menikmati juadah yang sudah terhidang di atas meja.

Ayra merengus. "Cepat lah."

"Penting ke?"

"Penting bagi saya."

"Kau jangan risau. Gambar tu aku akan delete lepas ni. Aku pun tak nak handphone aku dipenuhi virus." Yusof Amsyar tersenyum senget.

"Dah tahu tak nak handphone tu tak kena virus, yang awak suruh dia tu ambik gambar buat apa?" Tanya Ayra. Dia mencuba menahan rasa marahnya. Sabar wahai hati. Manusia spesis macam dia ni mesti kena ada tahap kesabaran yang tinggi.

"Saja." Jawab Yusof Amsyar selamba.

"Suka hati awak lah." Ayra mengalah. Hidangan di depan mata dijamah dengan rakus.

Lelaki itu tersenyum simpul. Bangga dengan kemenangannya. Wajah Ayra ditenung lama. Entah kenapa bila Ayra disebut sebagai isterinya dia rasa bahagia. Andai perkara itu jadi kenyataan pasti dia akan jadi lebih bahagia lagi. Tapi....tak mungkin aku nak jadikan kau sebagai isteri Ayra. Kau adalah dendamku. Kau adalah musuhku. Apa sebenarnya yang kau nak Yusof?

"Yusof?" Suara seorang perempuan menyapa telinga Yusof dan Ayra. Pantas mereka menoleh ke arah empunya suara tadi. Suara itu menghentikan lamunan Yusof.

"Ayu?"

Ayra terbuntang. Ini ke perempuan yang aku tampar dulu? Semakin cantik sekarang. Berhijabista bagai. Kau nak puji atau nak kutuk Ayra? Siapa nama dia? Ayu ting ting?

"Tak sangka kita jumpa lagi kat sini. Kuat sangat jodoh pertemuan kita berdua." Ayu tersenyum ayu. Matanya hanya kusyuk memandang Yusof. Ayra yang berada di situ bagai tidak wujud.

"Kuat jodoh atau kau yang intip aku?" Soal Yusof Amsyar sinis.

"Kenapa you kata begitu?"

"Kau jangan ingat aku tak tahu, kau selalu datang jumpa mama kat rumah. Nak jadi ahli mesyuarat tingkap jaga tepi kain hal aku." Jelingan maut dihadiahkan pada Ayu.

Ayu jadi tidak keruan namun dia cuba mengekalkan senyuman ayunya pada Yusof Amsyar. Ayra lebih selesa senyap. Apa lagi halnya mereka berdua ni? Belum habis lagi 'drama sangat' dia orang ni?

"Yusof, salah ke kalau I nak ziarahi keluarga you? I care about you..I...I masih sayangkan you." Nada Ayu lirih. Dia tidak kisah jika ada mata yang memandangnya. Janji Yusof kembali ke pangkuannya.

"Kau tak payah nak tersayang-sayang. Aku geli. Kau ingat bila kau dah bertudung macam ni aku boleh termakan rayuan dan lakonan dinamik kau? No and never Ayu! Aku faham sangat perangai kau. Depan aku kau pakai tudung. Belakang aku kau pakai baju yang tak cukup kain Jakel. Pergi main jauh-jauh. Now I have someone special in my life. Kau tahu siapa dia kan? Ini dia Ayra Syafinaz. My future wife."

Ayu terlopong begitu juga dengan Ayra. Tiba-tiba saja namanya diheret ke dalam 'drama sangat' mereka.

"Sayang jom kita pergi." Yusof Amsyar terus menyambar tangan Ayra meninggalkan Ayu seorang diri. Terkocoh-kocoh Ayra mengimbangi langkah kakinya di belakang Yusof Amsyar.

Ayu terduduk di kerusi. Future wife? Siapa perempuan tu? Aku macam pernah tengok muka dia sebelum ni. Siapa pun dia, aku tak akan membiarkan perempuan tu mendapatkan Yusof Amsyar!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now