BAB 47

369 10 0
                                    

DALAM perjalanan pulang, Ayra lebih selesa mendiamkan diri. Kereta dipandu dengan kelajuan yang sederhana. Yusof Amsyar juga tidak bersuara. Masing-masing hanya mendengar celoteh Dj radio yang tak habis-habis bercakap. Malam itu lagu-lagu yang diputarkan tidak seronok didengar. Semuanya membosankan. Tukar stesen radio lain pun sama juga. Nak atau pun tak kena juga tadah telinga untuk mendengarnya.

Sampai sahaja ke rumah, Yusof Amsyar terus keluar dari perut kereta meninggalkan Ayra. Menoleh ke arah Ayra pun tidak.

"Terus masuk je mamat ni..tak cakap minta maaf ke terima kasih ke. Orang dah lah penat drive untuk dia. Tunggu dia berjam-jam. Lepas tu pakai nama orang nak jadi future wife dia konon. Sekali aku lempang hilang hidung mancung kau." Omel Ayra seorang diri.

"Amboi. Marah sakan nampak Ayra." Tiba-tiba Yusriyah Amali muncul di depan pintu.

Terangkat bahu Ayra dek terkejut. Dia ingat Yusof tadi. "Kak Iyah. Ermm tak juga hehe." Ayra tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang bersih.

"Jom temankan kak Iyah berbual tepi kolam kat belakang." Ajak Yusriyah Amali. Tangan Ayra ditarik lembut. Ayra pun terpaksa akur dengan majikannya itu walaupun matanya sudah berat nak tidur. Nasib baik sebelum pulang tadi dia sudah menunaikan solat Isyak bersama Yusof Amsyar. kalau tidak tergendala lah lagi dia nak solat.

"Kak Iyah nak minta maaf bagi pihak Yusof. Tak pasal-pasal Ayra kena hantar dia pergi kerja hari ini. Semalam elok je kereta dia tiba-tiba hari ni rosak pula." Yusriyah Amali bersuara setelah dia melabuhkan punggungnya ke kerusi di tepi kolam renang.

Ayra duduk di sebelah Yusriyah Amali. "Tak apa kak. Dah menjadi tugas saya jugakan." Ceh! Nampak sangat menipunya. Tadi berbakul-bakul perasaan tak puas hati kau pada Yusof.

"Kak Iyah nampak, Ayra dan Yusof macam pernah kenal je sebelum ni. Setahu kak Iyah, Yusof walaupun dia nampak mesra tapi sebenarnya dia sangat susah nak bawa orang lain bersembang atau pun rapat." Tanya kak Iyah. Memang itu yang selalu bermain difikirannya. Dari semalam lagi dia memperhatikan gelagat adik lelakinya itu. Pandangan adiknya pada Ayra seperti ada sesuatu.

Ye ke? Dulu bukan main mudah je dia sembang dengan pelajar perempuan. Tak ada nampak pun kekok seksa. Kecuali kalau dengan aku, ada je dia nak buat aku sakit hati. Bisik hati Ayra.

"Kami memang dah lama kenal. Sama-sama belajar dulu. Tapi dia senior saya junior dia. kenal-kenal macam tu je lah. Tak ada lah rapat mana pun." Balas Ayra bersahaja.

"Oh..patut lah. Kak Iyah nak tanya sikit. Ermm...Apa pendapat Ayra tentang Yusof?" Tanya Yusriyah Amali. Anak matanya menatap mata Ayra. Dia ingin mencari kepastian. Mana lah tahu ayra ada apa-apa perasaan pada Yusof.

Apa yang dilihat dari mata kasarnya Ayra bukan lah seperti gadis-gadis lain yang suka berhabis duit hanya untuk membeli baju mahal, perhiasan mahal, barang solek itu semua. Cukup hanya memakai pakaian yang boleh dipakai tapi cantik selesa dan sederhana. Tak perlu solekan solekan bagai. Yusriyah Amali sangat memuji kesederhanaan Ayra. Dia yakin pilihan ibunya tak akan salah menjadikan Ayra sebagai calon isteri pada adik lelakinya itu.

Ayra menghela nafas lembut. Soalan Yusriyah Amali cuba dihadam. Soalan seperti ini sama seperti Puan Asdinah pertanyakan padanya mengenai Mikyad Muqri. Harap-harap ia cuma sekadar soalan dan tidak ada maksud tersirat didalamnya.

"Ayra rasa dia boleh tahan kacak. Dari segi luaran dia cukup sempurna sifat tapi dia tu kalau bab-bab menyakitkan hati memang win. Ada masanya dia baik. Caring dan tak berat tulang nak tolong. Cuma saya dan dia dari dulu lagi tak sebulu." Jawab Ayra terus-terang. Lebih baik dia jujur dan mengatakan hal yang sebenarnya. Di antara dirinya dan Yusof bagai kucing dan anjing, asal jumpa mesti bergaduh.

"Tak sebulu? Pasal apa?" Dahi Yusriyah berkerut. Terselit rasa hairan dihatinya. Semalam nampak macam okay je. Mesra je Yusof layan Ayra.

"Entah lah kak. Ayra sendiri tak pasti dan tak tahu kenapa. Yusof memang baik dengan orang lain tapi bila dengan Ayra, Ya Allah mulut dia yang tak berlesen tu selalu saja menyakitkan hati. Dia suka cari pasal kat Ayra."

"Hmm...Kak Iyah rasa Yusof sengaja buat begitu. Yusof suka kat Ayra lah tu!!! Dia dari kecik memang begitu. Kalau dia ada suka kat seseorang gerenti dia ajak bergaduh. Dia akan buat perempuan tu sakit hati kat dia supaya orang lain tak perasan tentang perasaan dia. pernah dulu dia ada suka senior dia..ermm senior tu kawan pada Rina, setiap kali kawan dia tu datang rumah ni, Yusof akan kacau-kacau dia. Lepas tu ejek-ejek cakap tak lawa lah, badan kurus kering lah..tapi itu semua sebab dia nak sembunyikan perasaan suka dia."

"Begitu pula. Itu tak bermaksud dia ada perasaan apa-apa pada saya kak Iyah. Dia sendiri dah beritahu saya pun. Saya tak ada ciri-ciri perempuan yang dia suka. Saya sendiri pun tak ada perasaan yang semacam tu pada dia."

"Ada. Siapa kata tak ada?" Yusriyah Amali menaikkan sebelah keningnya.

"Apa dia?" soal Ayra semula.

"Pandai masak." Jawab Yusriyah ringkas.

"Itu siapa-siapa pun pandai kak. Ni saya nak tanya siapa Rina?" ketika nama Rina itu disebut terdetik dihatinya ingin tahu siapa dia.

"Oh. Itu adik kakak. Namanya Yusrina Amnani. Di antara kak Iyah dan Rina. Dia lebih rapat dengan Rina. Kak Iyah kan dulu belajar kat luar negara jadi masa Yusof lebih banyak bersama Rina." Muka Yusriyah berubah sedikit keruh dan sedih apabila dia menceritakan tentang adik perempuannya itu.

"Kak Rina sekarang kat mana? Dari semalam saya pindah, saya tak nampak dia pun." Tanya Ayra lagi.

"Rina.." Kata-katanya termati di situ. Pandangan matanya sayu.

"Kak Iyah, mama panggil kat ruang tamu." Tiba-tiba Yusof Amsyar bersuara membuatkan semua mata menoleh ke arahnya.

"Nanti kita sambung ye. Kak Iyah masuk dulu." Yusriyah Amali meninggalkan Ayra bersama Yusof di tepi kolam renang.

Ayra berdiri. Hajatnya ingin masuk ke bilik hendak beristirehat dan mandi. Badannya terasa meleket berpeluh. Tapi Yusof Amsyar menahannya. Apa lagi yang dia nak? Aku penat tau tak? Dia okay lah dah mandi. Dah harum. Aku je yang masih busuk masam.

"Kau sembang apa dengan Kak Iyah?" Tanya Yusof Amsyar. Serius nada suaranya.

"Tak ada. Sembang-sembang kosong." Balasnya. Kemudian dia melangkah mahu masuk ke dalam rumah. Tapi dia ditahan lagi. Bahunya dipegang lembut.

"Apa lagi?" Mata Ayra naik ke atas. Dia sudah malas mahu melayan Yusof Amsyar. Lagi pula tak ada benda yang nak dicakapkan atau dibahaskan.

"Aku nak kau tahu, sekarang ni mama dan kak Iyah tu nak satukan kita. Aku tak nak kau buat apa-apa keputusan untuk bersetuju dengan rancangan mereka. Kalau boleh aku nak kau elak atau kau cari sebanyak mana alasan yang kukuh untuk kelentong." Serius nada suara Yusof. Dia menatap mata Ayra. Berharap Ayra memahami maksud kata-katanya tadi. Semalam Puan Yasmin meluahkan hasrat hatinya ingin melihat dia dan Ayra berkahwin. Memang dia terkejut dengan luahan hati ibunya itu. Baru satu hari berkenalan takkan semudah itu mama nak jadikan Ayra sebagai menantunya.

"Awak tak perlu risau. Saya sendiri pun tak nak menerima awak sebagai suami saya. Saya pernah beritahu awak benda ni 3 tahun lepas lagi. Ingat tak? Sewaktu kita sesat kat Kem Helang..saya ada cakap saya dah ada calon suami sendiri. Nama dia bertahta di dalam hati saya." Lalu Ayra membiarkan Yusof Amsyar bersendirian. Calon suami? Siapa? Syafiq Kyle? Alvin Chong? Sung Hoon Oppa? Ceh! Banyak sangat calon. Masalahnya seorang pun tak kenal siapa kau Ayra. Tapi...kenapa hati aku terguris lagi sekali? Masalah masalah.

Yusof Amsyar memegang dadanya. Kenapa aku terasa sakit? Bukan ke kau sepatutnya merasa lega. Mama pun tak lah sibuk nak jodohkan kau dengan dia. 

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now