BAB 68

469 8 0
                                    

RESTORAN The Tree menjadi pilihan pasangan pengantin baru itu untuk makan tengahari. Restoran yang dibina di atas pokok menjadi daya tarikan kepada para pelancong yang akan berkunjung. Bukan saja keunikannya yang disukai tapi juga pemandangan yang sangat indah ketika berada dikedai makan ini menjadi kegilaan pasangan-pasangan yang mabuk bercinta. Pemandangan tepi pantai, pengunjung boleh melihat matahari terbenam dan matahari terbit. Manakala bila malam menjelma mereka boleh melihat bintang-bintang dan bulan yang menghiasi langit gelap.

Tempatnya memang romantik dan sweet tapi Ayra yang rasa pahit-pahit masam di situ. Sebelah menyebelah diapit dengan pasangan yang hangat bercinta. Suap sana suap sini. Belum lagi ada yang buat aksi ciuman. Orang putih memang tak kenal tempat dan tak malu buat aksi yang menyeramkan itu dikhalayak ramai. Makanan yang disuap ke mulut seperti tersekat dikerongkongnya. Aduhh makanan dah sedap tapi mata ni yang tak sedap nak tengok.

"Ayra. Kau okay?" Soal Yusof. Dari tadi dia memerhatikan isterinya itu. Nampak dia kurang selesa berada di situ.

"Ah? Oh..okay. Cuma rasa kenyang dah. Lagi pun susah nak makan guna tangan kiri." Jawabnya. Makanan yang didalam pinggan dikuis-kuis. Kalau kat rumah habis dah kau ku tungap. Nasib baik hari ni aku tak ada mood nak makan. Dan..tangan aku masih belum sembuh sepenuhnya.

"Kenapa tak bagitahu aku awal-awal. Sini aku suap." Pinggan Ayra ditarik. Pisau dan garfu sudah berpindah tangan. Lupa pula aku tangan bini aku ni belum sembuh.

Ayra terkebil-kebil. Aduh aku salah cakap pula!

"Taka pa. saya dah kenyang." Ayra memberi alasan. Memang pun dia dah rasa kenyang.

"Buka mulut." Garfu sudah dekat dibibir Ayra. Ayra terpaksa membuka mulutnya menyuap steak daging diberikan Yusof. Yusof hanya memekakkan telinganya bila Ayra berkata sudah kenyang. Tadi bukan main mengata orang main suap-suapan. Sekarang tengok? Gilirannya pula yang main bersuap-suap. Siapa suruh mengata orang kan dah kena!

Beberapa suapan masuk ke mulut Ayra, akhirnya licin juga steak daging tadi. Hanya yang tinggal hiasan daun-daun lettuce saja. Sempat juga Yusof melap mulut Ayra yang sedikit kotor terkena sos. Amboi memang manis-manis kurma memandang pasangan baru kahwin itu. Meraung mereka yang masih membujang kat luar sana tengok.

Perasaan mereka yang baru kahwin tu apa cerita? Sudah tentu masing-masing merasa bahagia. Berbunga-bunga sakura si hati. Macam orang yang dah lama bercinta. Walaupun Ayra terasa sedikit janggal dengan kelakuan Yusof. Dia akui, jantungnya tidak lagi berdetak normal. Namun rasa bersalah juga semakin menebal serentak. Disebabkan kesilapan Arwah Ayda dia pula yang menanggung kesalahan yang begitu berat dibahu Ayra. Apa patut aku buat untuk menghapus semua kesilapan kak Ayda?

SELESAI Yusof membayar dikaunter, Yusof membawa Ayra berjalan-jalan di tepi pantai. Pembetulan, berjalan-jalan sambil berpegangan tangan. Lagi sekali Ayra kekok. Mana pernah dia buat begitu kat mana-mana lelaki. Apatah lagi lelaki yang bernama Yusof Amsyar ini mungkin mempunyai bermacam-macam muslihat kepadanya. Ayra tidak marah jika sekiranya Yusof ingin membalas dendam tapi hatinya bagai dicincang-cincang halus bila Yusof ingin menyakitkan perasaannya. Apatah lagi bila mengenangkan dirinya kini sudah ada perasaan pada suaminya itu. Alangkah sedihnya dia kisah percintaannya akan berakhir dengan cinta yang tak sempurna. Cinta bertepuk sebelah pintu walau tinggal disatu bumbung.

Berkali-kali Ayra mengerling ke arah Yusof. kemudian memandang genggaman kemas tangannya. Terasa hangat. Terasa selamat. Terasa ada denyutan didalam genggaman tangan mereka. Adakah itu denyutan nadi mereka ketika itu yang menggambarkan perasaan masing-masing? Ayra mengeluh berat. Tiupan angin tidak begitu menenangkan hatinya ketika itu. Semuanya mesti diselesaikan secepat mungkin! Lama-lama tidak kuat dirinya menanggung bebanan itu.

Yusof mendengar keluhan berat yang keluar dari mulut Ayra. Dia berkerut. "Kau tak suka jalan-jalan dengan aku?" Soal Yusof. langkah mereka terhenti. Ayra menoleh laju.

"Tak..maksud saya bukan saya tak suka. Mungkin awak kot yang tak suka jalan-jalan macam ni rapat dengan saya."

"Aku suka jalan-jalan macam ni, terutama bila bersama kau." Yusof jujur. Pandangan penuh makna dilemparkan pada Ayra.

"Ini baru pertama kali kita jalan-jalan bersama. Bila masa lagi kita pernah jalan-jalan begini dulu?" Mengigau agaknya dia ni.

"Dulu kat Kem Helang." Jawab Yusof ringkas.

Terangkat kening ala-ala Ziana Zain tak menjadi Ayra. "Itu bukan jalan-jalan Cik abang suami oi..itu tersesat." Ayra tergelak kecil. Lucu bila mengenangkan saat-saat cemas ketika di Kem Helang. Dahlah mereka kuat bertekak. Sakit itu, sakit ini. Macam-macam ada.

Perkataan 'abang' yang disebut Ayra membuat hidung Yusof kembang kempis. Indah saja perkataan itu keluar dari mulut isterinya. Yusof tersenyum lebar menampakkan gigi putih Darlie. "Bagi aku ketika itu sangat seronok sebab kau ada dengan aku. Ketika itu juga aku mula kenal kau sikit-sikit. Kau suka berdengkur, kau suka makan, kau suka sakat orang, kau suka jadi pendengar setia, kau suka menyanyi..dan suara kau sedap."

"...sejak dari peristiwa itulah..aku baru perasan hati dan mulut aku dah tak sehaluan. Mulut kata benci kau tapi hati aku? Hati aku kata aku sayang kau." Sambungnya lagi.

Tiba-tiba mata Ayra terasa bagai masuk pasir. Airmata bertakung dibibir mata. Tak tahu dia nak bersedih atau bergembira. "Kenapa tiba-tiba? Kenapa baru sekarang awak luahkan? Awak tipu saya kan? Mana mungkin awak suka saya...Awak tak ingat dulu awak suka hina saya? Awak kata saya tak layak dengan awak. Awak kata awak benci saya. saya tak akan lupa semua itu Yusof. Bila awak kata awak benci saya...saya terima semua itu dan saya akan ingat sampai bila-bila."

"Ya..aku memang benci kau Ayra Syafinaz. Tapi itu dulu. Semenjak kau kembali muncul dalam hidup aku, aku semakin yakin akan perasaan aku sendiri. Aku yakin aku sudah mula cintakan kau. Jujur ada beberapa ketika, aku confuse...antara cinta dan benci...sekarang aku dah sedar dan aku tahu apa yang akan aku pilih. Aku memilih cinta. Aku mahu mencintai kau, Ayra Syafinaz." Lirih suara Yusof mengungkapkan perasaannya. Matanya tak lepas dari memandang anak mata Ayra. Airmata jantan keluar. Dia juga sengsara bila mengenangkan kisah silam yang mengantui drinya sehingga dia sanggup melukai insan yang tidak bersalah. Cepat sangat dia menghukum Ayra tanpa usul periksa kisah yang sebenarnya. Dia tersilap orang untuk dibenci. Tangannya merangkul bahu milik Ayra dari belakang. kepala yang berlapik tudung itu dicium lembut dan lama.

Ayra menangis. Dia menangis bahagia atau bersedih? Sebelah hatinya berbahagia dan sebelah lagi tertekan. Tertekan kerana rasa bersalah membasahi hati. Selagi rasa bebanan itu belum hilang, perasaan Yusof belum dapat terbalas kerana apa yang ada dalam fikirannya sekarang adalah dia ingin menyatukan kembali Mikyad Muqri dan Yusrina Amnani! Ayra nekad!

Soal hati dan perasaannya sendiri ditolak tepi. Yusof Amsyar kau kena bertahan dan bersabar menanti aku! Jika memang benar perasaan kau pada aku ikhlas.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin