BAB 24

339 6 0
                                    


AYRA memandang langit malam yang dipenuhi bintang-bintang, mengelilingi bulan. Matanya belum lagi mahu terlelap. Berkali-kali dia memejam matanya sehingga terasa pedih. Tapi dia masih belum merasa mengantuk. Selalunya kalau di hostel, baru sahaja dia memejamkan mata, sudah datang mimpi-mimpi indah.

"Kau belum tidur lagi?" Yusof Amsyar bersuara.

Ayra hanya membisu. Pertanyaan Yusof Amsyar tidak diendahkan. Hatinya masih lagi terasa bengkak kerana kelakuan Yusof yang benar-benar keterlaluan tadi.

"Kau marah?" Soal Yusof Ansyar. Dia memusingkan badannya memandang Ayra. Kedudukan jarak tempat mereka berbaring tidak jauh. Jadi Yusof Amyar masih boleh dapat melihat jelas wajah Ayra melalui cahaya unggun api yang msaih marak. Di tambah lagi cahaya daripada bulan dan bintang mampu menghilangan kegelapan meraka. Ayra berbaring di sebelah kirinya asyik memandang ke arah langit. Langsung tidak mahu bergerak mengalihkan pandangannya kepada Yusof.

Apa jenis soalan yang dia soal? Sudah tentu lah aku marah. Siapa yang tak marah kalau ada seseorang yang dibenci tiba-tiba menggila sentuh-sentuh bagai? Badan aku ni hak suami aku je nanti.

"Aku...Aku...." Yusof Amsyar tergagap-gagap. Susah sangat dia nak meluahkan ayat yang seterusnya. Kerongkongnya seperti ada yang menyekat. Aku sebenarnya ingin minta maaf Ayra. Mengapa perkataan maaf itu sangat payah nak terluah pada kau?

Ayra memusingkan badannya memandang Yusof Amsyar. Dia menghelakan nafas.

"Saya nak tidur. Kalau awak nak cakap sesuatu. Cakap esok je." Kata Ayra kemudian memalingkan wajahnya ke sebelah kiri. Walaupun matanya sebenarnya belum lagi mengantuk. Tapi malam itu dia benar-benar tidak mahu diganggu. Dia lebih selesa untuk melayan perasaannya sendiri.

Yusof Amsyar akur. Salahnya juga tadi. Kononnya dia nak mengenakan Ayra akhirnya dia pula yang terkena. Terkena penyakit perasaan aneh. Dia takut untuk membuat andaian. Apatah lagi mengiyakan perasaan itu. Tak layak baginya nama Ayra Syafinaz bertahta dihati lelakinya. Selagi sakit hati kakaknya belum terbalas, jangan pernah membiarkan perasaan itu mengambil tempat dalam diri kau Yusof. Selang beberapa minit Yusof Amsyar terlelap.

Tinggal Ayra saja lagi yang masih terjaga. Dia menoleh memandang Yusof yang sudah berdengkur halus. Nyenyak betul dia tidur. Wahai mata cepat-cepat lah terlelap. Wahai hati bertenang lah. Hari ni kau terlalu sensitif Cik hati. Cepat sangat dia melatah apabila Yusof mengejeknya. Sama seperti Ayra yang dulu. Teringat kembali kenangan silamnya.

AYDA Syafiyya dan Ayra Syafinaz merupakan adik-beradik kembar. Oleh kerana mereka kembar, mereka suka dibanding-bandingkan di antara satu dengan yang lain. Cliché sangat. Asal kembar saja mesti kena bandingkan. Bosan. Tapi itu lah realitinya. Dari wajah, penampilan, pelajaran dan bentuk badan pun akan dibandingkan.

Si kakak, Ayda Syafiyya dikata lebih cantik dari si adik, Ayra Syafinaz. Si kakak lebih pandai dari si adik. Si kakak lebih kurus dari si adik. Si kakak lebih baik dari si adik. Semuanya kakak. Sedangkan Ayra selalu dipinggirkan.

"Ayra, cuba contohi kakak kamu Ayda tu. Balik rumah belajar. Buat kerja rumah bukannya merayap keluar rumah." Tuan Ahmad mula bising. Sakit kepalanya bila memikirkan anak perempuannya yang kedua itu susah sangat mendengar kata. Tak seperti Ayda.

"Abah, Ayra tadi keluar pergi tolong mak cik Asmidah. Dia nak pergi pasar tak ada yang teman. Itu yang Ayra tolong temankan dia." Balas Ayra yang ketika itu masih lagi duduk dibangku sekolah rendah.

"Jangan berbohong Ayra. Kakak kamu kata Ayra pergi kat kebun Pak Leman depan sana. Kamu curi buah dia lagi kan?" Suara Tuan Ahmad meninggi sedikit. Pulang dari sekolah Ayda mengadu kepadanya Ayra tidak mahu pulang kerana ingin pergi kebun Pak Leman. Bila ditanya kenapa, Ayda memberitahunya Ayra ingin mencuri buah Pak Leman. Ayra memang suka menaikkan darahnya.

Ayra terkejut. Bila masa pula dia pergi kebun Pak Leman?

"Abah. Ayra tak curi lah. Betul Ayra pergi pasar temankan mak cik Asmidah. Kalau abah tak percaya tanya mak cik Asmidah." Ayra mempertahankan dirinya. Sungguh dia tidak menyangka Ayda sanggup membuat cerita yang bukan-bukan kepada Tuan Ahmad.

"Abah lebih percaya Ayda daripada Ayra. Tak perlu bertanya pada mak cik Asmidah lagi." Kata Tuan Ahmad tegas.

Ayra terkilan dengan kata-kata Tuan Ahmad. Abahnya lebih percaya Ayda daripadanya. Memang dia terasa hati dengan apa yang Tuan Ahmad katakan. Ketara sangat dia lebih menyayangi kakaknya. Ayra menangis. Semenjak dari hari itu, hubungan Ayda dan Ayra renggang. Seorang ke hulu dan seorang ke hilir.

Belum lagi kisah percintaan. Ketika mereka menginjak remaja Ayda disukai oleh banyak lelaki kerana kecantikannya. Badannya langsing dan tinggi lampai. Kata orang 'hot and spicy sambal balado' sedap mata memandang. Ayra pula disebaliknya. Kulitnya tidak berapa putih a.k.a sawo matang, tinggi bagai tak cukup minum susu segar dan berat badan pula melonjak naik dengan jayanya. Markah penuh. Siapa yang nak?

"Ayra, boleh tak awak sampaikan surat ni pada kakak awak?" Seorang pelajar lelaki menyapanya sambil menyerahkan sepucuk surat. Ayra yang sedang kusyuk makan di kantin menyambut surat tadi. Fuh! Bau wanginya menyengat hidung. Pilihan warna sampul surat juga tidak mengecewakan, warna merah jambu siap ada bentuk hati lagi.

"Nanti aku sampaikan." Balas Ayra setelah habis mengunyah makanannya. Itu lah kerjanya setiap hari, jadi postman tak bergaji. Tiap-tiap hari dia akan menyampaikan surat, hadiah dan salam cinta kepada kakaknya, Ayda. Tapi biasa lah kan Ayda bukan perempuan sembarangan. Mana mahu dia dengan lelaki low class. Sombong! Kalau dengan adiknya sendiri lagi dia tak suka bergaul, ini kan pula orang luar.

Betul kata orang Ayda tu budak pandai. Pandai tahap tinggi langit. Diumurnya 18 tahun lagi dia sudah habis Degree jurusan kedoktoran. Sedangkan Ayra pula ambil pengajian Diploma. Ramai saudara-mara memuji kepandaian Ayda. Ayra pula langsung tak dipandang. Perkara tersebut sudah cukup membuat hati Ayra tersinggung.

Kata orang adik-beradik kembar ni mempunyai perasaan yang sama. Betul lah kot. Ayda dan Ayra mempunyai perasaan yang sama terhadap sepupu mereka. Mikyad Muqri. Anak kepada Puan Asmidah. Mak saudara mereka.

Mikyad Muqri pula lebih rapat dengan Ayra. Namun perasaannya terhadap Ayra cuma sebagai adik. Mikyad Muqri tidak mempunyai adik perempuan jadi, Ayra dinaikkan pangkat sebagai adik perempuannya. Nasib kau lah Ayra, cinta pertama ditolak. Pembetulan bukan ditolak sebab aku belum beritahu tentang perasaan aku kat abang Mikyad. Ini lebih kepada cinta ku bersembunyi di dalam diari. Luahan perasaannya akan ditulis dan dicatat ke dalam diari hatinya. Ayda? Status sebagai adik pun bukan. Kekasih pun bukan. Lebih tepat jika dipanggil sebagai 'stranger' tapi sepupu. Kau masih beruntung Ayra!

"KAU belum tidur lagi?" Suara garau Yusof Amsyar mematikan lamunan Ayra tanpa belas kasihan.

"Belum." Balas Ayra. Keluhan kecil dilemparkan. Bila mengenang kisah lalu membuatkan dadanya merasa sesak. Walaupun tiada lagi tangisan seperti lagu Aishah. Tapi parutnya masih berbekas dihati. Sekarang dia sudah tidak kisah jika orang mengata tentang dirinya kecuali kisah siang tadi. Parut lama boleh berdarah kembali gara-gara mulut Yusof Amsyar yang tak ada lesen.

"Kenapa kau belum tidur? Dah lewat ni. Esok kita kena bangun awal, kita kena cari jalan keluar." Yusof Amsyar bangun dari tempat tidurnya. Lalu duduk bersila sambil memandang Ayra. Risau juga dia akan perempuan itu. Selalu jam-jam begini Ayra sudah berdengkur hebat sehingga susah untuk dia melelapkan mata. Malam ni jadi burung hantu pula dia.

"Saya belum mengantuk. Awak sambung tidur lah dulu." Jawabnya lemah.

"Kau..kau masih marah lagi?" Tersekat-sekat suara Yusof Amsyar menyoal. Rasa bersalahnya semakin menebal bila mengingat kejadian tadi. Ini lah kali pertama dia melakukan perkara sebegitu kepada perempuan. Ayu? Memang tak pernah kecuali Ayu dulu yang memulakannya. Jangan disebut lagi nama dia! Nama itu sudah lama aku kuburkan.

"Marah?...Oh pasal tu. Tak. Perkara dah lepas pun. Tapi awak jangan buat lagi!" Ayra memberi amaran kepada Yusof. Dia kalau marah pun sekejap saja. Bila ingat kisah silam terus lupa marahnya pada Yusof Amsyar. Bukan sikapnya suka marah berlanjutan hingga 100 episod. Dia sedar, tadi tu dia pun buat silap juga. Silap dia terlalu ikutkan hati yang tersinggung. Kalau dia tak lari meninggalkan Yusof, tak jadi pertengkaran Tom & Jerry tadi. Mungkin juga sekarang mereka sudah menemui jalan pulang.

"Aku janji. Tapi kalau aku terlupa kira halal lah kan." Seloroh Yusof Amsyar. Dia tersenyum jahat. Ayra menikam mata Yusof dengan pandangan berlaser. Sudahnya mereka ketawa serentak. 

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamOnde as histórias ganham vida. Descobre agora