BAB 36

364 8 0
                                    

SEMESTER akhir sudah bermula. Hari-hari Ayra dipenuhi dengan kuliah, assignment dan kelab lakonan. Sebenarnya dia terpaksa mengikuti kelab Lakonan tu, semata-mata hanya untuk menemani Zila. Dia sendiri tak pandai pun nak berlakon bagai. Watak yang dibawanya selalu jadi orang gaji. Kesian kan? Dialog pun paling banyak 6 patah perkataan. Ayatnya yang lain tak bukan 'Mahu minum dan makan apa Tuan?' atau 'Mahu minum dan makan apa Puan?' dah nama pun jadi orang gaji. Dialog pun itu saja lah. Nasib baik tak jadi orang gila.

Harap nak jadi heroin? Memang tak lah. Rosak cerita orang nanti. Zila ni pun satu, dia dah tahu aku tak pandai buat kerja-kerja wayang ni semua. Dia paksa juga aku ikut. Tak faham aku.

Ada masanya mereka akan balik ke asrama pukul 2 atau 3 pagi. Hari pementasan untuk cerita 'Kekasihku kekasihmu jua' semakin dekat. Jadi semua pelakon-pelakon kena bersiap sedia. Ayra sendiri pun turut sama bersiap sedia. Padahal watak dia kecil saja. Skrip pun tak sampai satu keping. Yang membuatkan dia tak faham kenapa tajuk pementasannya sama macam drama Indonesia yang sangat sangat sangat meletop sekarang ni. Dah tak ada tajuk lain ke? Ke idea dah semakin kering?

Hari terakhir latihan pun mereka akhir balik ke asrama. Penat tahap tak cukup nafas wei! Alamatnya kurus lah badan Ayra. Makan pun tak menentu. Kadang tak makan langsung. Sibuk sangat sampai lupa nak makan. Bila dah balik lewat, jalan nak pergi hostel pun sunyi. Biasa lalu ada saja orang lalu-lalang kat corridor. Ini tak memang menyeramkan.

Kebetulan hari tu Ayra berjalan seorang diri. Zila pula dah lama balik asrama sebab dia nak jahit baju untuk pementasan nanti. Heroin lah katakan mesti lah cantik katanya. Lagi cantik kalau jahit baju sendiri. Berbakat juga dia ni. Ibunya kan pereka fesyen terkenal, Aliya Bashmam bukan Alia Bastamam. Bapanya pula pengarah tersohor Ahmad Adham. Bukan Ahmad Idham tau. Jangan salah sebut. Bakat tu turun lah pada Zila. Beruntung sangat.

Ayra mencari kunci biliknya di dalam beg. Keadaan corridor gelap malam tu. Lampu tak pasang ketika itu. Nama pun dah nak pagi. Mata pun dah berat. Jadi tak dapat nak fokus mencari kunci. Setelah beberpa saat kemudian baru lah dia terjumpa kuncinya. Tiba-tiba sebelum kaki Ayra melangkah masuk terdengar pula bunyi suara perempuan menangis. Terus tegak bulu roma.

"Kenapalah saat-saat macam ni kau nak menangis?" Ayra berbisik. Muka dah cemas dah. Peluh-peluh mula mendarat ke dahinya.

Bunyi suara tangisan semakin kuat. Ayra tersentak. Semakin lama bunyi semakin dekat.

"Apa pasal suaranya macam kat belakang aku?" Ayra cuak. Matanya dipejam rapat. Tak buka matanya maknanya dia tak akan nampak benda tu kan? Kaki masih membeku di situ. Susah sangat kakinya nak melangkah.

"Ayra.." Suara tangisan itu memanggilnya. Tubuh Ayra menggigil. Mata semakin kejap dipejam. Dia membatu.

"Ayra..." Dipanggil lagi. Ayra berdiam diri. Si jantung berdegup kencang. Segala bulu dah naik.

"Ayra.." Lagi.

"Ayra.." Dan lagi. Bunyi semakin dekat sangat dah. Tubuh Ayra menggigil bagai orang kesejukan.

"AYRA!!!" Suara itu mula meninggi. Mengamuk agaknya. Ayra masih tidak mahu berganjak. Ayat-ayat suci Al-Quran dibaca di dalam hati. Doa makan pun dia nak baca juga.

"AYRA!!" Kali ini tuhubnya dihempas kuat oleh benda itu.

"ARGGGHHHH!" Ayra menjerit lantang.

"Shhhhh. Hei Shhhhhh. Ini aku lah Zila." Zila menekup mulut Ayra yang ternganga besar tadi.

"Hah?" Ayra bengang. Wajah Zila disuluh dengan lampu telefon bimbitnya.

"Laaaaaa. Kau Zila. Ya Allah aku ingatkan Cik H." Ayra mengurut dadanya. Ditoleh kiri dan kanan. Nasib baik pelajar-pelajar hostel semua tidur mati. Kalau tak memang kecoh. Ayra masuk ke biliknya. Zila membuntuti dari belakang. lampu bilik dibuka. Aircond pun dipasang. Tiba-tiba terasa panas pula. Tadi bukan main menggigil kesejukan. Kebetulan rakaan sebeliknya masih dikampung. Ada masalah katanya.

"Dari tadi aku panggil kau tak menyahut. Geram aku kau ni. Takkan kau tak cam suara aku?" Omel Zila kemudian melabuhkan punggugnya ke tilam empuk kepunyaan Ayra. Wajahnya masam mencuka.

"Mana lah aku perasan. Dah lah gelap. Kau pun nangis macam Cik H tu kenapa? Buat takut aku je tau."

"Aku lupa balas surat Haziq." Zila kembali menangis.

"So?" Ayra berkerut dahi.

"Waktu aku terserempak dengan dia kat bawah tangga Library. Dia langsung tak pandang aku."

"So?" Dahi Ayra semakin berkerut jadi satu kening.

"So. So. So. Asyik tu je kau tanya. Dia marah lah tu kat aku." Bentak Zila. Dia jadi sebal dengan Ayra. Muka bengang Ayra direnung tajam.

"Dah aku tak faham. Aku tanya lah. Kau pun cerita sekerat-sekerat. Dah lah tak bertajuk." Bidas Ayra.

Zila menggaru-garu kepalanya. Rambut yang lurus terurai itu jadi kusut dan serabut. Memang susah nak cerita kat seorang perempuan yang tak pernah bercinta. Hidup dah lama menyolo ini lah jadinya. Tak cekap bila kawan sedang curhat nak memahami isi ceritanya.

"Macam ni. Kita kan selalu sibuk kebelakangan ni. Jadi aku lupa lah nak balas surat-surat Haziq. Lepas tu aku rasa dia tengah marah sekarang sebab aku tak balas surat-surat dia." Jelas Zila kepada Ayra yang sedang menongkat dagu di atas katil sebelah.

"Kan bagus kalau kau terangkan aku dari awal. Ini tak. Dah lah mata aku berat gila. Tak cukup rehat. Tak cukup tidur. Tak cukup makan."

Zila menjulingkan matanya.

"Kau balas lah surat-surat dia tu. Aku dah pesan kan senang kalau kamu berdua bercinta pakai Whatsapp, pakai Telegram dan yang paling tak berapa nak laku digunakan untuk bercinta pun E-mail. Tulis surat ni semua menyusahkan. Dah lah aku jadi postmen yang tak bertauliah kamu berdua." Omel Ayra. Mulut dia pun dah serupa mami jarum nak jual bawang kat satu kampong.

"Aku dah balas dah pun. Tapi sekarang ni yang hantar semua surat-surat tu siapa?" Soalan Zila membuatkan Ayra merenungnya seketika. Lain macam bunyi soalan minah ni. Matanya disepetkan memandang Zila.

Zila tersengih-sengih.

"Kau nak aku hantar surat-surat tu lagi?" Ayra menyoal kembali.

Zila mengangguk laju. "Malam ni juga."

Terbeliak mata Ayra. Tahi mata yang berada dikelopak mata pun seakan hancur berderai.

"Kau dah nyanyuk? Tengok jam tu sekarang. Dah pukul 3 pagi tau tak? Gila ke apa nak pergi rumah sewa Haziq pagi-pagi macam ni?"

"Tolong lah. Please. Aku temankan kau." Pujuk Zila. Tangannya bertaut. Mula nak buat muka kasihan depan Ayra. Ayra punya kelemahan tak dapat orang buat muka kasihan. Hatinya kan lembut mudah cair.

"Tak nak! Aku mengantuk sekarang. Aku nak tidur. Esok kena bangun pagi lagi. lepas tu petang disambung lagi dengan pementasan. Aku nak rehat puas-puas hanya tinggal 4 jam je lagi masa aku nak tidur." Ayra menuju ke almari pakaiannya. Bajunya dibuka digantikan dengan baju tidurnya.

"Please Ayra. Kau tolong lah aku. Aku tak nak kehilangan Haziq. Dia lah satu-satu lelaki yang terbaik yang pernah aku jumpa. Kalau dia tinggalkan aku, siapa lah yang nak kahwin dengan aku lepas ni? Dia je yang mahu terima aku seadanya. Biar lah aku jadi anak dara tua hingga ke mati." Zila memujuk Ayra lagi. Kali ini dia menggunakan teknik lakonan air mata. Biar lebih nampak real.

Ayra menaikkan matanya ke atas. Taktik lama juga dia pakai. Tak berubah-ubah perangai. Ingatkan kapal laut dengan Haziq makin elok rupanya makin parah manja dan degilnya.

"Dah jangan nak berdrama sangat. Jom kita pergi sekarang. Over lah kau ni." Ayra menarik tangan Zila keluar dari bilik. Pakai baju tidur je. Malas nak berlawa pagi-pagi buta ni.

"Thank you Ayra!!!! Kau lah sahabat ku dunia dan akhirat. Kau memang baik. I love you." Zila mngucup pipi Ayra. Zila tahu sahabatnya itu tak pernah mengecewakan diinya.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah Norsamحيث تعيش القصص. اكتشف الآن