BAB 33

359 8 0
                                    

NADIM memerhatikan lelaki yang tinggi lampai berdiri dekat dengan tempat perkemahan mereka. Lama juga lelaki itu berdiri di situ. Dia ingin bertanya tapi terasa malas pula. Takut mengganggu. Kalau tak tegur kesian pula dia melihat lelaki itu bersendirian. Melangut memanjang. Akhirnya dia melangkah menuju lelaki yang tinggi lampai itu. Dirajinkan juga dirinya.

"Assalamualaikum. Saya Nadim." Nadim menghulurkan tangan bersala, dengan lelaki itu.

"Waalaikumussalam. Saya Mikyad Muqri. Panggil Mik je." Mikyad Muqri menyambut mesra salam Nadim.

"Baru sampai ke?" Tanya Nadim.

"Ya. Baru semalam sampai. Maaf lah kalau mengganggu. Saya berhenti sekejap sebab terlalu penat."

"Tak mengganggu pun. Datang sini nak berkhemah juga?"

"Tak. Saya nak cari sepupu saya yang hilang. Namanya Ayra Syafinaz. Nadim kenal ke?"

"Ayra? Memang kenal. Dah 5 malam pasukan penyelamat mencari mereka. Tapi belum ada apa-apa perkembangan. Risau juga kami." Jelas Nadim. Riak wajahnya menunjukkan kerisauan. Dalam masa yang sama dia meneliti wajah Mikyad Muqri. Hensem sangat sepupu Ayra ni. Sanggup juga dia datang ke mari seorang diri. Semata-mata nak mencari Ayra. Ada apa-apa ke?

"Sebab saya terlalu risau lah saya nak mencari sepupu saya tu sendiri. Nak harapkan orang tua Ayra tak mungkin lah mereka datang sini. Mereka duduk kat kampong. Jauh pula. Ini pun nasib baik Kem Helang tak jauh dari tempat tinggal saya." Kata Mikyad Muqri panjang lebar.

Tidak lama kemudian muncul Zila dan Haziq Syukri. Mereka mendekati Nadim dan Mikyad Muqri.

"Ini Abang Mik? Sepupu Ayra?" Zila bertanya setelah jarak mereka dekat. Dia ragu-ragu. Takut tersalah orang dia pula yang malu. Tapi wajah lelaki itu memang mirip seperti gambar yang dilihatnya didompet Ayra.

"Ya. Awak siapa?" Mikyad bertanya kembali. Tangannya bersalam dengan Haziq Syukri yang sudah menghulurkan tangannya.

"Saya Zila. Kawan baik Ayra." Jawab Zila ringkas. Dia tersenyum lebar. Hot and spicy juga sepupu Ayra ni. Patut lah Ayra terpikat.

"Saya Haziq." Giliran Haziq Syukri pula yang memperkenalkan dirinya. Lain macam pula senyuman buah hati aku ni. Jangan terjatuh cinta sudah. Putih mata abang kat sebelah ni. Belum apa-apa Haziq Syukri sudah mula tercabar dengan kekacakan Mikyad Muqri

"Zila!!!!!!" Terdengar suara jeritan itu dari belakang mereka. Semua menoleh ke arah suara itu.

Terbeliak biji mata masing-masing bila melihat susuk tubuh yang mereka kenali.

"Ayra!!!!" Zila berlari mendapatkan Ayra. Ayra juga begitu walaupun kakinya masih terasa sakit sikit. Terkedek-kedek dia berlari. Mereka berpelukan. Lama. Mula lah adegan menangis.

"Yusof!!!" Haziq Syukri menjerit apabila terpandang wajah sahabatnya. Mereka juga berpelukan tapi tak lah se 'over' Zila dan Ayra. Lelaki kena jaga macho dan tunjuk cool.

"Aku rindu kau." Luah Ayra kepada Zila. Gila tak rindu. 5 hari tak jumpa. Bagai 5 tahun rasanya. Semasa sesat di tengah hutan dia sempat terfikir kalau dia tidak lagi dapat bertemu sahabatnya itu memang sedih dan kempunan dia.

"Aku pun. Kenapa lama sangat kau sesat? Tak kasihan kat aku ke? Aku tidur sorang-sorang. Makan maggi cawan sorang-sorang." Zila pura-pura merajuk. Bahu Ayra dihempas lembut.

"Ya ke? Habis sayang kau tu tak teman?" Duga Ayra. Keningnya dinaikkan.

"Ermmm. Ermmm." Zila menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ketahuan temberangnya. Setiap masa Haziq Syukri ada bersamanya. Tapi itu lain, jumpa dengan kawan baik lain pula rasanya.

"Hah. Tau gagap."

"Hei kaki kau kenapa?" Pertanyaa Zila membuatkan Ayra terkedu seketika. Teringat peristiwa dia terpijak lubang hingga kakinya jadi bengkak. Gara-gara terbayang adegan chupp chupp. Memalukan!

"Ah..tu..aku cuai. Tak nampak lubang hari tu." Balas Ayra ringkas. Tak mahu dia ingin mengenang lagi peristiwa itu. Apa yang terjadi di antara dia dan Yusof Amsyar biar terkubur di dalam hutan.

"Ayra." Suara garau menerpa telinga Ayra. Dia pantas menoleh.

"Abang Mik!!" Bukan main terkejut lagi Ayra bila melihat sepupunya itu berada di depan matanya. Ayra tidak perasan Mikyad Muqri juga ada di situ. Tumpuannya hanya pada Zila.

Tanpa disedari ada mata yang memerhatikan mereka dari jauh. Yusof Amsyar juga terkejut dengan kehadiran lelaki tinggi lampai itu. Lelaki yang telah mencuri kebahagiaan kakaknya, Yusrina Amnani. Dia mengencing gigi. Hatinya mula merasa panas. Dada bedang itu berombak kuat. Ikutkan hati, detik itu juga dia menghadiahkan tumbukan sulungnya. Tapi dibiar saja niatnya itu. Ada banyak benda lagi dia nak selesaikan. Ini bukan masanya! Kemudian Yusof Amsyar pergi menghilangkan diri.

"Asyik peluk Zila je. Abang tak nak peluk?" Seloroh Mikyad Muqri.

"Amboi semenjak dua menjak ni semakin gatal abang kan?" Ayra ketawa kecil. Dia tahu sepupunya itu sedang bergurau. Dari dulu lagi Mikyad Muqri suka bergurau begitu. Pelik. Kalau dulu mudah saja hatinya berdegup kencang. Sekarang? Hatinya tidak memberi apa-apa respon. Biasa-biasa saja.

Mikyad Muqri ketawa menampakkan barisan gigi yang putih dan rata. Itu yang membuatkan Ayra jatuh cinta dulu. Dulu...sekarang dah tak agaknya.

"Oh yeah. Sampai lupa nak memperkenalkan. Ini atuk Daniel. Dia lah yang tolong kami berdua keluar dari sini." Ayra memperkenalkan atuk Daniel kepada Zila, Mikyad, Haziq dan Nadim. Mereka bersalaman.

"Terima kasih sangat-sangat kerana menolong kami atuk. Tak lupa juga pada nenek Meriam. Kalau kami tak ke rumah atuk tu, mungkin sampai sekarang kami masih jadi penghuni hutan. Minta maaf jika kami banyak menyusahkan atuk dan nenek." Ucap Ayra. Dia bersyukur sangat-sangat, dia telah diberi kesempatan untuk berjumpa lagi dengan yang lain. Sungguh dia berhutang budi dengan kebaikan atuk Daniel dan nenek Meriam.

"Tak apa Ayra. Atuk ikhlas. Nenek juga begitu. Lain kali datang sini lagi. Tapi jangan sampai sesat lagi. Ni mana Yusof?"

"Mungkin dia dah naik bas kot atuk." Haziq Syukri menjawab. Tadi ada sekarang dah lesap. Macam chips more pula.

"Baik lah kalau begitu atuk kena balik. Nenek Meriam kamu kesian tinggal sorang-sorang kat rumah." Atuk Daniel beredar meninggalkan mereka semua setelah bersalaman dengan Nadim, Mikyad dan Haziq.

Ayra dan Zila berpelukan lagi. Teruja sangat rasanya.

"Hai..berpeluk lagi? Tak puas-puas lagi ke?" Nadim bersuara sambil menggeleng-gelengkan kepala. Yang lain hanya tersenyum melihat gelagat anak dara dua orang itu.

"Zila. Aku nak cakap sesuatu boleh?' serius bunyi nada suara Ayra. Zila berkerut dahi. Lalu mengangguk.

"Aku..aku.." Ayra menjadi serba salah. Bibir bawah digigit.

'Aku..aku apa benda?" Zila memotong Ayra. Zila jadi tidak sabar ingin tahu apa yang nak disampaikan Ayra.

"Aku nak cakap yang kau bau busuk." Terus Ayra memecut lari setelah mengutuk Zila. Terbahak-bahak Ayra ketawa. Mahu bergegar Kem Helang dibuatnya.

"What?! Mulut belacan betul kau Ayra. Sini kau jangan lari!!" Zila mengejar Ayra. Geram betul hatinya dikata busuk. Dia tak tahu berhari-hari dia tak mandi. Gara-gara risau memikirkan Ayra.

"Zila! busuk-busuk awak pun saya tetap sayang awak!!" Haziq Syukri menjerit. Sempat pula dia nak buat adegan bersemut berkemut di situ.

Zila menoleh memandang Haziq Syukri lalu tersenyum lebar. Tersipu-sipu malu. Berbunga-bunga lagi hatinya ketika itu. Ayra pula mencebik. Gedik kawan aku ni.

"Geli pula aku." Nadim menyampuk. Tengkuknya diurut lembut. Terasa bulu tengkuk dah tegak. Eleh kalau kau dengan bini kau pun begitu juga Nadim.

Mikyad Muqri hanya ketawa. Cemburu pula aku. Alangkah bahagianya bila ada pasangan hidup kan? Yusrina Amnani. Ah! Nama itu lagi yang kau sebut dan kau ingat. Tapi...tapi aku betul-betul rindu kan dia.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah Norsamजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें