BAB 60

438 6 0
                                    

BUTIK Raja & Ratu Sehari penuh dengan baju-baju pengantin yang cantik. Butik itu juga ada menyediakan pelamin-pelamin dan perhiasan barangan hantaran. Ramai pelanggan datang ke butik itu memilih baju pengantin. Tak menang tangan Puan Ratna melayani pelanggan-pelanggannya. Puan Ratna pemilik butik itu. Pekerja-pekerjanya juga sibuk ke hulu ke hilir menyiapkan tempahan. Ayra hanya memerhatikan saja. Kata Puan Yasmin butik Raja & Ratu Sehari selalu penuh tiap-tiap tahun, tiap-tiap bulan, tiap-tiap hari. Memang laku. Kalau dah baju-baju pengantin yang dijahit di sini cantik-cantik belaka memang patut pun laku. Ditambah lagi dengan harga yang murah dan berpatutan.

Ayra memandang sekeliling. Dia mencari kelibat seseorang. "Mana pula pergi Zila ni? Tadi ada je duduk sebelah aku." Masuk kedai terus hilang.

"Ayra! Cantiklah baju pengantin kat sini. Kau rasa kalau aku pilih baju yang ini sesuai tak dengan aku?" Soal Zila yang tiba-tiba saja muncul di depan Ayra. Mahu buta matanya melihat semua baju pengantin yang berkilau-kilau bergemerlapan. Lip lap lip lap.

"Ewah! Kau pula yang lebih nampaknya. Siapa yang nak kahwin sebenarnya ni aku ke kau?" Balas Ayra. Dia perhatikan saja gelagat kawannya itu. Dah buat filem Hindustan pula dia kat situ pusing-pusing sambil memegang baju pengantin. Ayra menggaru dahinya. Dia pula yang lebih excited.

Zila tersengih. "Aku suka tengok baju-baju kat sini. Rasa teringin nak kahwin."

"Si Haziq tiap-tiap tahun ajak kau kahwin. Kau yang tolak. Sibuk uruskan artis inilah, artis itulah. Sekarang baru terfikir nak kahwin?" sindir Ayra. Kawannya itu selalu juga mengadu, kekasih hatinya nak mempercepatkan perkahwinan mereka tapi Zila terlalu sibuk menguruskan Syarikat yang baru ditubuhkannya. ZeelSyu Production. Katanya dia nak uruskan syarikatnya sendiri bukan lagi dibawah naungan syarikat ayahnya. Sabar jelah yang jadi tunang kepada Azila Syuhada.

"Aku bukan tolak okay. Aku nak tangguhkan buat sementara waktu. Kau tahukan aku sayang dia setinggi langit. Haziq Syukri lelaki yang akan menjadi suami sekaligus imam aku dunia dan akhirat hingga ke Syurga." Berkobar-kobar Zila berkata. Bagai orang nak melaungkan hari kemerdekaan. Semua pelanggan menoleh mereka. Buat malu betul kau ni Zila!

"Shhhh..." Ayra menekup mulut Zila lalu menariknya duduk di atas sofa.

"Peehhh! Tangan kau bau sambal belacan." Zila melap-lap bibirnya. Busuk! Tak cuci tangan ke tadi? Bau belacan pun masih ada lagi.

Ayra ketawa tanpa suara. Rasakan kau! Kebetulan tadi sabun tangan habis jadi dia hanya menyucinya pakai air saja. Lepas tu guna cologne sikit. Nampaknya bau cologne tu tak setanding dengan bau belacan yang sangat kuat tadi. Sorry my friend. Hehehe.

"Ketawa. Ketawa. Geram aku dengan kau ni tau Ayra! Hish..ni aku nak cakap sikit..aku tak sangka kau sekarang dah nak kahwin dah dengan Yusof Amsyar. Musuh ketat sendat katanya. Sekarang tengok musuh ketat sendat dah jadi sayang ketat sendat wow~ so romantic."

Ayra mencebik. Lagi-lagi nama itu yang disebutnya. Dia lagi tak percaya lelaki itu akan menjadi suaminya. "Kau jangan nak mula. Aku dan dia...kau tahu kan apa yang jadi? Kami kahwin pun bukan sebab sayang-menyayang macam lagu Sarah dan Dato' J.A tu. Aku sendiri rasa macam nak lari je dari kenyataan ni."

"Ya aku tahu. Tapi aku yakin dia pasti buat semua ni sebab dia sayang dan sudah terjatuh cinta pada kau. Kalau tak dia tak beria-ia nak hantar kau pergi kampong hari tu. Lepas tu buat surprise pula nak meminang kau."

Kepala yang terasa gatal digaru. Ayra menghembus nafas. "Itu pendapat kau. Kau jangan nak buat andaian yang bukan-bukan. Dia tak mungkin jatuh cinta kat aku. Aku tahu. Buktinya sepanjang kami bertunang ni dia langsung tak hubungi aku. Barang hantaran dan persiapan perkahwinan ni pun mama dia yang buat. Dia hilang pergi entah ke mana. Sekarang ni sepatutnya dia datang dengan aku fitting baju tapi kau tengok ada kau nampak sehelai rambut Hyun Bin yang tak menjadi milik dia? Tak ada kan? Aku tahu dia mesti buat semua ini demi orang tua dia. orang tua dia yang nak kami bersatu." Ayra meluahkan apa yang dirasainya. Adakah dia merasa sedih? Mungkin...Mungkin dia sendiri berharap Yusof melakukan semua itu kerana dia ikhlas dan rela menjadikannya isteri atas dasar perasaan sayang dan...cinta. Jangan mengharap Ayra!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now