BAB 44

378 10 0
                                    

SELESAI solat subuh Ayra keluar dari biliknya. Oleh kerana dia malas mencari tudung, Ayra hanya memakai telekungnya. Jika terserempak dengan seseorang nanti tak lah dia terkocoh-kocoh menutup rambutnya. Nanti tak pasal-pasal dia menutup kepalanya dengan tudung saji. Haru biru jadinya. Aurat kena dijaga.

Perlahan-lahan Ayra masuk ke dapur. Dibiar sahaja lampu dapur tertutup. Bimbang jika dia membuka lampu, terlupa untuk menutupnya semula. Lagi pula lampu beranda mampu menerangi ruangan dapur sedikit. Peti sejuk dibuka. Ayra mengambil air sejuk lalu meneguknya laju. Haus sangat!

Kemudian pintu peti sejuk ditutup. Tiba-tiba...

"AAAAAAA."

"AAAAAAAAAAAAA." Ayra menjerit histeria. Hampir saja Ayra pengsan melihat kelibat tinggi berambut panjang separa bahu. Dia menekup mukanya. Tak sanggup dia memandang kelibat itu.

"Kau?!" Terdengar suara garau seorang lelaki.

Ayra perlahan-lahan membuka matanya.

"Laaaaa..awak! Saya ingatkan jembalang mana tadi singgah ke dapur ni." Ayra menarik nafas lega.

"Kau buat apa subuh-subuh ni? Dah lah pakai telekung dalam keadaan gelap. Lain kali buka lah lampu." Omel Yusof Amsyar sambil membuka suis lampu dapur.

"Saya lepas sembahyang subuh. Tekak terasa haus, tu yang terus masuk dapur." Jawab Ayra. Dia duduk di atas cabinet.

"Kalau ya pun. Buka lah telekung tu dulu. Aku ingat hantu raya tadi. Muka kau pun aku tengok ada imbas-imbas hantu raya." Yusof Amsyar juga mengambil tempat duduk di sebelah Ayra.

Pantas Ayra menarik rambut panjang Yusof. Geram pula hatinya. Ada ke patut dia samakan aku dengan hantu raya.

"Awwww! Sakit lah!" Yusof Amsyar mengerang kesakitan.

"Tau sakit? Tarik balik apa yang awak cakap sebelum rambut ala-ala Rapunzel ketot ni saya gunting." Ayra menggertak. Tangannya masih menggenggam rambut Yusof Amsyar. Dah kenapa dia simpan rambut panjang-panjang? Azam baru ke?

"Okay. Okay..aku tarik balik apa yang aku cakap tadi. Muka kau tak sama macam hantu raya. Tapi sama macam hantu Nun dalam cerita Conjuring." Terkekeh-kekeh Yusof Amsyar ketawa. Ayra merengus kasar. Rambut Yusof Amsyar semakin kuat ditarik. Semakin kuat Yusof mengerang kesakitan.

"Awak tak habis-habis kan nak kutuk-kutuk saya. Seronok sangat ke kutuk saya?" Semakin geram hatinya dengan lelaki mulut tak berlesen itu. Ingatkan dah berubah rupanya semakin teruk perangai!

"Seronok. Seronok sangat aku tengok muka kau yang berwarna merah." Yusof Amsyar merentap kasar lengan Ayra. Sehingga genggaman tangan Ayra pada rambutnya terlepas.

Ayra mencuba untuk melepaskan genggaman kuat Yusof Amsyar. Tapi gagal. Tenaga Yusof lebih kuat dari dirinya. "Lepas lah! Nanti tak pasal-pasal ada mak Minah nampak."

Yusof Amsyar tersenyum jahat. Dia menggenggam lagi lengan kiri Ayra. Kini Ayra tersepit dengan keadaan jarak dirinya dan Yusof Amsyar yang begitu dekat. Ayra lemas. Tambahan lagi pandangan Yusof Amsyar yang bagai ingin memakannya.

"Makin cantik kau sekarang." Tiba-tiba satu pujian meniti dibibirnya. Matanya merenung mata Ayra yang bersinar-sinar itu. Kemudian pandangan matanya tertancap pada bibir Ayra. Teringat kembali kisah 3 tahun lepas. Kerana memandang bibir itu dia jadi terleka dan terbuai dengan perasaannya sendiri. Perasaan itu selalu singgah bila jarak mereka dekat. Dah kau orang berdua-duan maka akan ada pihak yang ketiga iaitu syaitan. Kau ni Yusof sudah-sudah buat kerja gila ni. Berdosa tau tak?

"Awak tersalah makan ubat ke apa? Lepaskan tangan saya Yusof Amsyar! Nak saya gigit lagi?" Ayra meronta-ronta. Dia mencuba meleraikan genggaman Yusof. Sekali lagi gagal.

Tersedar akan perbuatannya yang agak keterlaluan itu pantas Yusof Amsyar melepaskan genggamannya lalu pergi meninggalkan Ayra setelah lengan Ayra ditolak kasar. Ayra terpinga-pinga. Dia pula yang marah. Sepatutnya aku yang marah sebab dia pegang lengan aku. Tak faham aku spesis lelaki macam dia ni. Kemudian Ayra mendekatkan tangannya ke dadanya. Dup dap dup dap..Jam di dinding terus berdetak, tak kuasaku menahan rasa. Ceh! Boleh pula kau menyanyi-nyanyi sekarang?

Hampir-hampir Ayra dirasuk cinta. Nasib baik Yusof Amsyar cepat-cepat melepaskan genggamannya tadi. Penyakit jantung berdegup laju muncul balik. Jangan Ayra jangan...sekarang bukan masanya untuk memikirkan cinta siti sana sini. Tak ada maknanya! Kau tu pemandu. Ingat sebagai pemandu. Dia kiranya majikan kau lah. Titik. Noktah.

AYRA sudah brada di ruangan makan. Selesai mandi dan bersiap terus saja dia menolong mak Minah di dapur. Hari ini hari pertama dia bekerja. Dia mesti menunjukkan prestasi yang baik. Supaya berkat rezeki yang diterimanya. Itu pesanan Tuan Ahmad dan Puan Asdina.

Belum lama kemudian Tuan Yazid dan Puan Yasmin turun. Pasangan ini sentiasa berkepit walau dimana saja mereka berada. Sentiasa sweet bersemut saja. Tak tahu lah kalau ke tandas pun pergi berdua. Hushhh! Ayra elakkan otak rainbow kau tu!

"Assalamualaikum." Sapa Ayra ceria. Ceria ke?

"Waalaikumussalam Ayra. Berseri-seri mak cik tengok kamu hari ni. Cantik je. Sedap mata mak cik menengoknya." Jawab Puan Yasmin. Sempat lagi dia memuji 'bakal menantu' yang diiktirafnya. Lalu dia duduk bersebelahan suaminya, Tuan Yazid.

"Ayra jangan lah berdiri saja jadi bodyguard. Kamu duduk. Makan sama-sama." Tuan Yazid bersuara.

"Ya, pak cik. Yang lain belum bangun lagi?" Tanya Ayra setelah melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Tak payah ditunggu Ayra. Selagi matahari tu tak naik atas kepala, selagi itu lah jadi sleeping beast. Iyah, Alzam dan Yusran kejap lagi turun lah tu." Balas Puan Yasmin sambil tangannya sibuk mencedok 'Mee goreng separuh kering separuh basah' yang dibuat oleh Ayra tadi pagi.

Ayra hanya tersengih. Sleeping beast yerr..aku macam tahu siapa manusia yang dikatakan mak cik Yasmin. Siapa lagi kalau bukan Yusof Amsyar. Ketawa terbahak-bahak hatinya mendengar perkataan itu.

"Siapa sleeping beast? Mama tak baik kutuk anak sendiri. Nanti Am jadi beast betul, meraung di jiwa mama." Tiba-tiba Yusof Amsyar tercegat di depan mata. Bila masa dia muncul mereka pun tak tahu. Dia sudah segak bergaya bagai model lelaki yang bersedia mempergakan fesyen di atas pentas. Rambut panjangnya rapi disikat dan diikat satu. Ala-ala Zul Ariffin ketika rambutnya panjang dulu.

"Hai...anak bujang mama ni kan suka sangat bangun lewat. Jadi tak salah kan mama nak cakap Am tu sleeping beast. Dah Am kalau tidur bengis. Tak ada hensemnya." Sekali lagi Puan Yasmin mengutuk anaknya itu.

Ayra tertawa. Hampir tersembur 'Mee goreng separuh kering separuh basah' yang berada dimulutnya. Laju-laju dia menekup mulutnya. Renungan singa Yusof Amsyar tidak diperdulikan Ayra. Tuan Yazid hanya tersenyum-senyum.

"Suka sangat lah ye. Saya dikutuk?" Yusof Amsyar duduk di sebelah Ayra. Sopan dia mengatur bahasanya. Ber 'saya-saya' bagai. Senyuman manis dihadiahkan pada Ayra. Padahal di dalam hatinya penuh dengan sumpah berkotak-kotak buat Ayra.

"Sedikit lah." Balas Ayra selamba. Dia tersenyum senget memandang Yusof. Yusof membulatkan matanya. Nak sangat dia kunyah-kunyah perempuan itu tapi terpaksa bersabar. Maklum dia kini berdepan dengan orang tuanya.

Tuan Yazid dan Puan Yasmin berpandangan. Apa yang mereka lihat, anak muda di depan mereka itu sepertinya sudah saling mengenali. Mereka tahu Yusof Amsyar tak semudah itu 'mesra' dengan orang lain. Apa tah lagi Ayra baru saja sampai semalam. Musykil, musykil, musykil...mesti ada sesuatu ni.

"Siapa masak Mee goreng ni? Rasa dia tak sama seperti selalu." Yusof Amsyar bersuara setelah menyuapkan Mee goreng itu ke mulutnya. Sedap! Pujinya di dalam hati.

"Entah. Mama pun tak tahu." Puan Yasmin menjongketkan bahunya. Baru dia perasan 'Mee goreng separuh kering separuh basah' itu memang sedap. Langsung tak buat dirinya mual.

"Sebelah Am tu lah yang masak. Dia yang tolong mak Minah hari ni. Rajin sungguh Ayra." Mak Minah muncul dari belakang. Tidak dinafikan Ayra memang pandai masak.

Yusof Amsyar berhenti mengunyah. "Patut lah tak sedap." Lalu dia meninggalkan ruangan makan. Ayra mengetap bibir. Sungguh aku nak cekik-cekik kau Yusof Amsyar!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now