BAB 5

425 12 0
                                    

MALAM pertama tidur di Kem Helang memang seronok. Angin malam terasa sangat sejuk.Ditemani oleh suara-suara cengkerik dan bunyi daun-daun pokok yang sedang beralun mengikut rentak angin. Setelah penat menjalani aktiviti pertama, semua pelajar masuk ke khemah masing-masing. Ada juga yang masih duduk di depan unggun api sambil memetik gitar. Ada yang pergi bersiap-siap untuk pergi ke sungai, membersihkan diri.

Ayra dan Zila pula sibuk memasak maggi cawan. Malam-malam macam nilah best makan maggi.

"Zila aku pergi tandas kejap. Kau jangan nak kebas Maggi aku pula. Tunggu air tu hingga mendidih tau. Jangan merayap-rayap pergi kat si Haziq."

"Ish! Bila masanya aku pergi merayap?" Dalih Zila. Tak nak mengaku lah pula.

"Tadi bukan main kau ye. Ke mana je si Haziq pergi kau ikut. Dia ke situ, kau ke situ, dia ke sana, kau pergi sana juga. Jangan cari pasal Zila, Zul nak letak kat mana?" Ayra sengaja menyebut nama 'Zul' supaya Zila sedar dia tu dah ada buah hati. Walaupun kadang-kadang Ayra sendiri tak berapa nak berkenan dengan perangai Zul tu. Tapi kesian juga kat Zul bila mengenangkan si Zila ni sibuk mengayat lelaki lain.

"Mana ada. Kau jangan salah faham pula. Zul tu pandai-pandai akulah nak letak kat mana. Dah kau pergilah tandas." Zila masih lagi berdalih. Pura-pura menyibukkan diri, lap meja. Bukannya kotor pun meja tu.

Ayra menjulingkan matanya. Lalu beredar dari situ.

Zila sendiri tidak mengerti tentang perasaannya. Depan Haziq Syukri bukan main lagi jantungnya menari-nari. Tak menentu rentak lagu yang menanyi didalam hati. Sekejap lagu Hindustan, sekejap lagu Taiwan, bila degupan jantung laju timbul pula lagu pop Rock.

NASIB baik ada tandas yang dibina berdekatan dengan kawasan perkhemahan. Tak sampai 2 minit dah boleh nampak tandas yang terpacak di sebelah sungai. Dari tandas pun boleh lagi terdengar suara gelak ketawa dan bunyi petikan gitar. Jadi tak ada lah rasa sunyi dan takut bila bersendirian malam-malam begini. Biasanya malam-malam beginilah benda-benda yang menakutkan akan bergentayangan. Tiba-tiba teringat pula Ayra kepada cerita hantu yang ditengoknya minggu lepas, Hantu Raya Bertenggek Dibahumu. Seramnya!

Cepat-cepat Ayra keluar dari tandas. Kemudian menuju ke singki yang terletak di luar tandas. Pelik kenapa singki untuk membasuh tangan letak kat luar tandas . simoan kat dalam kan senang. Tangan Ayra memulas tombol paip air, Tiba-tiba ada tangan yang kasar menyentuh tangannya.

"Hantu. Hantu. Pergilah wei! Aku tak ganggu kau pun. Ya Allah! Ya Allah!" Ayra terjerit kecil. Terkumat kamit mulutnya membaca surah. Baca saja mana-mana surah yang ada janji hantu ni lari sekarang! Macam belum lari je benda ni. Tangan kasar dan sasa itu diramas lembut sambil mata dipejam rapat.

"Banyaklah kau punya hantu. Mata kau letak kat lutut ke. Dah tak tahu nak bezakan di antara manusia dengan hantu?" Suara garau itu singgah ke telinga Ayra. Macam kenal suara ni. Perlahan-lahan Ayra membuka matanya.

Allah!!! Mamat ni lagi!!! Segera Ayra larikan tangannya daripada terus bersentuhan dengan tangan si Yusof Amsyar. Jejaka mochaccino kopi pekat lagi hitam kelat bukan macho okay!

"Kau ingat aku nak sangat ke nak pegang tangan kau yang kotor tu?" Kata Yusof Amsyar dengan nada sinis. Wajahnya masih kelat seperti kopi. Dalam hati tidak ada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya menahan ketawa. Lucu bila melihat gelagat Ayra tadi. Comel!

Tak habis-habis nak cari gaduh! Ayra hanya mendiamkan diri. Malaslah nak bertekak, buat habis air liur saja.Dia mencuci tangannya secepat mungkin. Dibiar sahaja lelaki itu berdiri di sebelahnya. Tengok singki ni lagi helok dari pandang muka dia!

"Tak salahlah kalau aku panggil kau pekak." Kini Yusof Amsyar berdiri betul-betul di hadapan Ayra sambil bercekak pinggang. Sengaja dia menarik perhatian Ayra. Dia ingat aku tunggul? Aku cakap bukannya reti nak balas. Muka dia pun asyik masam je aku tengok mengalahkan yoghurt basi.

Ayra mendongak memandangnya.

"Apa masalah awak sebenarnya hah?!" Geram betul aku! aku diam salah aku menjawab lagi salah. Apa yang kau nak dari aku Yusof Amsyar?! Ayra cuba menenangkan hatinya yang sudah mengumpul api kemarahan.

"Masalah aku adalah kau. Aku tak tahu mengapa kalau aku tengok kau hati aku ni rasa panas." Balas lelaki itu berterus-terang. Matanya yang berwarna coklat cair itu tajam memandang wajah Ayra.

Boleh hangus aku dengan panahan 'laser' matanya itu ingat aku takut? Memang taklah. Ayra membalas pandangnnya itu dengan pandangan yang sama. Akhirnya Yusof Amsyar mengalah.

"Okay..But that is not my problem Encik Yusof Amsyar. Saya tak pernah buat apa-apa kat awak. Awak yang selalu cari gaduh." Ayra lantas meninggalkannya seorang diri. Mengapa aku merasa sedih? Perasaan Ayra ketika itu terasa sakit dengan kata-katanya yang jujur. Apa salah aku? Benci sangat ke dia pada aku? Mak Ayra nak nangis. Ya Allah! Kuatkanlah hamba-Mu ini. Airmata ditahan. Tak nak aku orang lain tengok aku menangis airmata duyung.

Yusof Amsyar menolak rambutnya ke belakang. Lagi sekali kau telah menyaiktkan hati dia Yusof. Apa kau dah buat ni? Kau menyesal? No. Habis tu tak perlu kau risaukan tentang perasaan perempuan tu. Bukannya penting pun. "Tak pernah buat apa-apa? Mungkin kau terlupa sesuatu Ayra." Katanya didalam hati. Dia tersenyum misteri.

MAGGI cawan yang sudah siap terhidang di atas meja yang diperbuat daripada kayu itu tidak Ayra jamah. Selera makan Ayra dah mati ditelan zaman. Zila yang duduk berhadapan dengan Ayra bukan main lagi berselera. Tak sampai 1 minit magginya sudah habis dimakan. Lapar agaknya.

"Ayra! Kau tak nak makan ke maggi tu? Kalau tak nak bagi kat aku, aku masih terasa lapar lah." Zila bersuara setelah habis menyedut kuah maggi. Ayra menolak maggi cawan itu kepada Zila.

"Kau makanlah. Aku kenyang." Rakus Zila menyedut maggi cawan Ayra. Badan kecik tapi nafsu mengalahkan dinosaurs. Ayra tersenyum kecil.

Ketika itu juga Yusof Amsyar mendekati meja tempat mereka duduk. Apa lagi dia nak? Mesti nak sakitkan hati akulah ni. Menyemak!

"Ayra dan Zila, nanti pukul 1 pagi giliran kamu jaga khemah. Gantikan tempat Haziq. Lepas tu giliran Anita pula yang jaga pukul 3. Selama 1 minggu kamu jaga khemah setiap kali pukul 1. Ingat?" Yusof Amsyar memberi arahan. Ayra langsung tidak memandangnya. Hanya Zila saja yang mengangguk tanda menerima arahannya tadi. Punyalah ramai pelajar yang ikut kenapa mesti aku dan Zila yang jadi 'pak guard'? Dia ni memang sengaja. Sebal!!!

"Ayra, aku takutlah. Takkan kita berdua je yang jaga. Kita dua orang ni kan perempuan. Buatnya nanti ada..." Zila mengadu setelah Yusof meninggalkan mereka berdua.

"Shhhh.. mulut jangan celupar Zila. Kau tahukan kita kat mana. Kat hutan. Faham tak? Jangan fikir yang bukan-bukan. Sementara menunggu giliran kita mari kita tidur kejap." Laju sahaja Ayra memotong cakap Zila. Paha gadis kecil molek itu dihempas lembut. Dia tahu apa yang nak disampaikan Zila. Dia pun dua kali lima juga. Sama-sama penakut. Bergegas mereka masuk ke dalam khemah.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now