BAB 54

326 8 1
                                    

BEBERAPA jenis lauk-pauk sudah selesai Ayra masak. Tak menang tangan dia memasak berbagai jenis masakan itu. Letih itu sudah pasti. Menangis ketiaknya, berpeluh-peluh tambahan lagi cuaca hari itu memang panas tahap maksimum. Badannya pun terasa meleket. Sebelum ramai tetamu datang lebih baik aku pergi mandi. Nanti tak pasal-pasal ada juga yang bermuka hijau mencium bau 'haruman' semula jadi badan aku. Mampus!

Ayra melangkah keluar dari dapur menuju ke biliknya. Alat mandiannya semua dibawa. Belum sempat dia keluar dari bilik tiba-tiba namanya dipanggil. "Kak Ayra, ada someone nak jumpa." Wajah Ayna terjengol di depan pintu biliknya.

Gadis itu berkerut. "Siapa?'

"Pergi je lah. Dia tunggu kat pondok depan tu." Balas Ayna kemudian beredar dari situ.

Terbantut niatnya ingin memanjakan diri di dalam tandas. Pakai minyak wangi je lah. Semprot sana semprot sini. Hmmmm...wangi sewangi bayi. Kemudian Ayra turun ke bawah. Dia nampak seorang lelaki sedang duduk dekat pondok yang terletak depan rumahnya.

Siapa pula lelaki segak tu? Tanyanya didalam hati. Lelaki itu sedang membelakanginya. Setelah lelaki itu menoleh dan memandangnya. Ayra sedikit terkejut. Kedatangan lelaki itu sungguh tidak disangka.

"Abang Mik? Assalamualaikum." Sapa Ayra kepada sepupunya itu. Lambat-lambat dia melangkah. Tiba-tiba dia merasa kekok bila berdepan dengan Mikyad Muqri.

Mikyad Muqri tersenyum manis pada Ayra. "Waalaikumussalam." Jawabnya ringkas. "Duduk sebelah abang." Mikyad Muqri menepuk-nepuk lantai pondok, menyuruh Ayra duduk di situ.

Dengan hati yang sarat dengan rasa yang bersalah Ayra hanya menurut kata sepupunya itu. Berkali-kali dia menarik nafas. Ketika itu sepertinya dia kekurangan oksigen didalam badan. Dadanya terasa sesak. Calm down Ayra. Buat macam biasa dahlah. Macam kau tak biasa pula dengan abang Mik.

"Ayra okay?" Soal Mikyad Muqri. Wajahnya tidak menunjukkan kesedihan atau pun kekecewaan. Dia masih sama seperti dulu. Tenang dan suka tersenyum.

"Okay. Okay. Ayra okay." Berapa banyak okay da~ Mulut saja yang berkata okay tapi si hati sudah tak keruan. Berbaldi-baldi rasa bersalahnya kepada Mikyad Muqri kerana menolak pinangan Mak cik Asmidah.

Mikyad Muqri tersengih panjang. "Abang tahu Ayra tak okay kan? Kenapa? Ayra rasa bersalah sebab tolak pinangan mak abang?" Mikyad Muqri cuba meneka kenapa Ayra menjadi pendiam. Selalunya mulut adik sepupunya itu pot pet pot pet popye the sailorman memanjang.

Alamak kantoi! Abang Mik bela hantu raya ke apa? Macam tahu-tahu saja apa yang aku rasa. Ayra mengangguk perlahan. "Abang...Ayra nak minta maaf. Ayra bukannya tak suka abang. Ayra suka. Suka dan sayang tapi...perasaan tu samalah macam seorang adik sayang abangnya. Tak lebih daripada itu." Gadis itu berterus-terang. Lainlah kalau waktu kecik-kecik dulu, hatinya mesti bersorak-sorak macam ahli kelab sorak menerima pinangan itu. Kan dulu dia menggilai Mikyad Muqri. Kata orang cinta pertama atau cinta monyet. Itu kisah lama. Semenjak MIkyad Muqri dan Ayda, kakak kembarnya bertunang perasaan itu dah dibuang jauh-jauh. Kemana perginya perasaan itu Ayra pun tak tahu. Mungkin dah tersesat kot!

"Shhhh...Ayra tak salah. Abang tak marah pun. Kedatangan abang ke mari hanya nak bertanya khabar Ayra. Dah lama kita tak jumpa. Kita berhubung pun melalui whatsapp je. Tentang lamaran tu Ayra tak perlu fikir banyak. Abang faham. Abang takkan paksa. Mak pun tak memaksa Ayra untuk menerima abang. Dia sayang sangat kat Ayra sebab tu dia nak kita kahwin. Dapatlah dia jumpa Ayra tiap-tiap hari.

Oooo mak cik Asmidah lah yang beria-ia nak mereka berdua disatukan. Aku ingat abang Mik yang ada hati kat aku. Ya Allah! Perasannya kau Ayra! Malunya. Mana aku nak sembunyi ni? Mesti abang Mik fikir aku ni minah perasan. Tak pun minah yang tak ada cermin nak tengok diri sendiri. Dia hensem, kau pula perempuan yang biasa-biasa je tak ada yang lawa dimana-mana.

"Kalau mak cik nak tengok Ayra hari-hari boleh je jenguk Ayra kat tempat Ayra kerja tu. Tak jadi masalah. Atau kita buat video call tiap-tiap hari kan senang." Ayra bersuara setelah lama diam. Dia kini menjadi lebih tenang setelah mendengar kata-kata Mikyad Muqri.

"Ayra nak buat video call? Ahahaha..."

"Apa sal gelak macam mak lampir? Lawak ke?" Berlapis dahi Ayra melihat gelagat Mikyad Muqri yang ketawanya boleh menggegarkan pondok tempat mereka duduk itu.

"Ni Ayra..ingat lagi tak Ayra pernah buat video call dengan mak? Lubang hidung Ayra je yang nampak nasib baik tak ada 'harta karun' kat dalam tu. Nampak sangat Ayra tak tahu cara nak buat video call. Kembang kempis kembang kempis abang tengok lubang hidung Ayra masa tu. AHAHAHAHHA." Tergolek-golek lelaki itu ketawa di dalam pondok.

Wajah Ayra bertukar warna. Ya dia ingat lagi masa tu dia baru dapat telefon bimbit yang ada dua kamera. Kamera depan dan kamera belakang. Mikyad Muqri yang menghadiahkan telefon bimbit itu kepadanya kerana dia berjaya masuk U. Memang memalukan, rasa nak benamkan saja kepalanya ke dalam mangkuk jamban kemudian flush. Baru dapat hilang malunya. maklumlah hari tu kali pertama dia buat video call. Telefon bimbitnya terlalu dekat sehingga hanya menampakkan hidungnya saja. Nak adjust Ayra tak tahu pula caranya. Akhirnya mak cik Asmidah hanya mendengar suaranya dan lubang hidung saja.

"Suka gelakkan orang ya. Nak kena siku ke abang Mik?" Ayra berpura-pura merajuk. Dia bukannya merajuk tapi menahan malu. Terasa dirinya bodoh pula bila mengenang peristiwa itu.

"Betul-betul lawak. Aduh sakit perut abang."

"Ketawa lah abang sampai esok pagi. Ayra nak pergi mandi." Ayra berdiri, dia ingin meninggalkan sepupunya itu. Sebelum dia sumbat mulut lelaki itu dengan batu bata lebih baik dia beredar. Tak nak pula dia tengok Mikyad Muqri tercekik batu-bata kan?

Belum sempat dia melangkah lengannya digenggam. "I'm sorry dear. Abang janji lepas ni dah tak gelak dah. Kita sembanglah dulu." Pujuk Mikyad Muqri.

"Tau pula nak pujuk orang. Tadi bukan main gelak sakan. Masuk lalat kat dalam mulut abang tu baru tahu." Ayra duduk kembali di tempatnya tadi. Genggaman dilengannya sudah dilepas Mikyad Muqri

Lelaki itu cuba menahan tawanya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Okay Mikyad jangan gelak. Jangan gelak. Dia berdehem. "Abang nak tanya. Itu kereta Mazda CX5 warna hitam tu kereta siapa? Kereta Ayra baru ya?" Dia menunjuk ke arah kereta yang terletak elok di sebelah kereta Kia Cerato Tuan Ahmad.

"Itu bukan kereta Ayra, itu kereta majikan Ayra. Dia yang hantar Ayra ke sini." Jawab Ayra.

"Majikan? Lawa tak? Abang nak try pikat boleh?" seloroh Mikyad.

Ayra mencebik. "Lawa sangat siap ada halkum lagi."

"Halkum? Perempuan ada halkum spesis rare tu." Mikyad Muqri tidak sedar dia sedang ditipu. Memang pembaris betul!

Ayra tayang muka bosan. Harap muka saja yang hensem tapi sayangnya lurus bendul yang amat. Senang-senang je orang boleh tipu sepupu aku ni. "Dia lelaki lah!"

"Lelaki? Oooo...faham abang faham sekarang. Ayra saja je kan nak mainkan abang." Mikyad menepuk dahinya kemudian tergelak. Sibuk dengan kerja yang bertimbun sehingga terlupa adik sepupunya ini suka mengenakannya.

Ayra turut tergelak juga. Tanpa mereka sedari ada yang sedang memerhatikan mereka berdua. Wow mesranya! Like Romeo and Juliet. Aku tak akan pernah biarkan kau bahagia Ayra! Disebabkan kau kakak aku menderita! Yusof Amsyar menjerit didalam hati.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now