BAB 4

435 12 1
                                    


SEMUA pelajar mula menaiki bas. Selepas peperangan di antara Ayra dan Yusof Amsyar berlaku. Ada juga peminat setia si Yusof menjeling Ayra. Jelingan maut tau bukan jelingan manja. Sakitnya tuh di sini!!!! Aku bukannya cari gaduh dengan peminat dia pun. Macamlah dia tu artis. Ada peminat konon. Tak ada maknanya!

"Kau okey tak?" Zila bertanya kepada Ayra dengan nada berbisik sebab takut didengar oleh pelajar lain. Sengaja mereka mengambil temoat duduk di belakang sekali. Ada juga privacy. Dia risau sebab dari mereka bertolak sehingga separuh dari pejalanan Ayra hanya mendiamkan diri. Ayra bukan orang yang pendiam. Tak biasalah tengok Ayra diam.

Mood Ayra dah hilang entah ke mana. Sesungguhnya dari mula lagi memang aku tak ada mood. Tambahan lagi aku duduk satu bas dengan mamat gila tu. Aku nak balik!!!! Tak nak masuk hutan!! Tak nak tengok muka dia!!!

"Tak okey." Jawab Ayra jujur. Ayra meneguk air mineral untuk menghilangkan rasa dahaga. Kerongkongnya terasa kering dan pedih kerana menjerit tadi. Sekaligus menyejukkan hatinya yang masih panas. Siapa yang tidak marah apabila diherdik depan orang ramai?

"Kau sabar sajalah. Jangan difikirkan sangat si Yusof tu. Aku pun hairan kenapa setiap kali kalau dia bertemu dengan kau asyik gaduh saja. Dari hari pertama orientasi pelajar baru lagi dia dok cari pasal."

"Dia period agaknya. Dah lah malas nak cakap pasal dia. Aku nak tidur. Nanti kalau dah sampai just wake me up." Zila hanya mengangguk.

Kesian Ayra disebabkan aku, dia jadi mangsa Yusof. Aku yang beria sangat ajak dia ikut kem ni. Kalau aku tak ajak dia dah tentu perkara ni tak terjadi. Hubungan Ayra dan Yusof memang seperti minyak dan air, bila bertemu tak dapat bersatu. Betul ke minyak dan air? Lantaklah! Aku punya teori, suka-suka akulah. Hmm...apa khabar buah hati aku ye? Rindu rasa hati ini bertemu wahai kekanda ku pujaan adinda. Ewww! Geli pula aku dengan ayat aku sendiri.

SETELAH 2 jam perjalanan, mereka pun tiba di hutan simpanan yang bernama 'Kem Helang'. Dengar cerita ia diberi nama 'Kem Helang' disebabkan pada zaman dahulu terdapat sebuah perkampungan yang mana penduduknya suka memelihara burung helang. Suatu hari banjir dan ribut melanda dikampung ini menyebabkan seluruh rumah dan penduduknya tenggelam. Tidak ada sesiapa yang selamat. Satu perkara yang menjadi misteri, tidak ada satu pun bangkai rumah dan manusia yang tertinggal. Hanya yang ada bangkai burung helang. Dari situlah timbulnya nama 'burung helang'. Setelah lama terbiar perkampungan ini menjadi hutan yang terbiar sehingga satu masa ia telah dijadikan hutan simpanan yang mesti dipelihara.

"Nampak macam seram saja hutan ni." Zila memegang erat lengan Ayra. Matanya memerhatikan sekeliling hutan.Wajahnya menampakkan dia takut dan tidak selesa berada di situ.

"Mana ada seram. Itu cuma perasaan kau saja. Mulut jangan celopar sangat. Kita kat dalam hutan, banyakkan baca doa." Ayra memujuk Zila. Dalam pada masa yang sama memujuk hatinya yang juga merasakan apa yang Zila rasakan.

Dahlah ini kali pertama aku datang kat tempat ni. Ditambah lagi dengan kawasan yang nampak seperti menyimpan sebuah misteri. Ya Allah! Engkau lindungilah Hamba-Mu ini daripada segala perkara yang boleh mendatangkan keburukan. Aamiin.

Alhamdulillah perjalanan mereka semasa menuju ke tempat perkhemahan berjalan dengan lancar. Semua pelajar sibuk mendirikan khemah masing-masing. Tapi Ayra masih lagi membaca manual book, cara-cara memasang khemah. Satu benda pun dia tak faham. Apa benda semua tulisan didalam bahasa cina ni? Tak ada bahasa English ke? Serabut, serabut, serabut!

Satu per satu besi dipegang tapi tak tahu apa fungsinya. Zila pula cuba membantu. Pun tak jalan juga. Nasib kau berdualah. Harap khemah mereka yang paling besar tapi tak tahu cara nak pasang. Ayra memandang kiri dan kanan. Semua sibuk dengan kerja masing-masing. Ahli jawatan kuasa yang lain ada yang menyediakan makanan untuk mereka menjamu selera sebagai majlis pembukaan program 'Kem Jalinan Kasih'. Tak ada seorang pun yang prihatin dengan keadaan mereka berdua. Mamat poyo tu sibuk menolong pelajar-pelajar perempuan lain mendirikan khemah. Jadi herolah kononnya. Meluat!

Nampaknya malam ni tidur kat luar je lah. Berlantaikan rumput, beratapkan langit.

. "Assalamualaikum. Sorry mengganggu awak berdua. Saya Haziq Syukri." Tiba-tiba Ayra dan Zila disapa oleh pembantu ketua program. Inilah mamat yang tolong aku tadi semasa aku dan Yusof Amsyar bergaduh. Amboi~manis bebenor senyumannya. Semanis kurma.

"Waalaikumussalam." Jawab Ayra dan Zila serentak. Mereka berdua memandang Haziq Syukri dengan muka kesian.

"Kamu berdua okay? Dari tadi saya perhatikan khemah kamu ni tak ada ciri-cirinya nak siap." Tanyanya dengan senyuman yang masih tidak lekang dibibirnya. Menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya.

"Memang kami ada masalah pun nak mendirikan khemah ni Haziq. Ada buku panduan pun tak guna langsung. Semua bahasa Cina. Kami bukannya reti nak baca pun." Jawab Ayra jujur. Dia menggaru kepalanya yang sudah terasa gatal. Zila pula hanya mengangguk laju.

"Ha Ha Ha! Macam tu pula. Baiklah mari saya tolong."

"Betul ke awak nak tolong?" Soal Zila teruja. Wah, kau pula yang over Cik Zila.

"Betul lah. Benda ni tak susah pun sebenarnya. Hanya tinggalkan masukkan besi ni ke dalam kain dia. Ikat itu, ikat ini. Nah dah pun siap." Haziq Syukri menerangkan cara-cara nak memasang khemah. Sambil tangannya ligat berkerja. Tak sampai 1 minit semua dah siap. Ternganga mulut dua gadis yang sememangnya 'kurang ilmu' tentang pemasangan khemah. Tak seperti mereka hampir setengah jam mereka 'berperang' dengan khemah tapi tak ada satu benda pun menjadi. Memalukan keturunan.

"Terima kasih awak. Nasib baik awak ada. Baru pertama kali kan masuk hutan. So faham-faham je lah." Kata Zila. Tersipu-sipu malu. Badannya digoyangkan kiri dan kanan, kedua-dua tanganya diletakkan ke belakang. Dah seperti Minnie Mouse la pula.

Ayra mencebik. Dia dah mula menggedik lah tu. Zila sahabat ku ingat-ingat orang yang kau tinggalkan kat darat tu. Buah hati pengarang jantung. Zulkarnaien.

"Terima kasih." Ucap Ayra ringkas sambil menghadiahkan senyuman bergula extra lemak krim.

"Sama-sama. Anyway saya dah beritahu nama saya..apa nama kamu berdua?"

"Oh yah..lupa pula, nama saya Azila Syuhada dan perempuan paling garang ni Ayra Syafinaz. Kami ni bestfriend forever till jannah." Jawab Zila dengan ceria. Ayra hanya mengangguk sambil tersenyum. Tangan kanan mencubit lengan Zila. Kutuk orang garang ye! Ambik kau!

"ouch!" Zila mengaduh kesakitan. Budak ketam ni! Rasa nak tercabut kulit aku.

"Senang berkenalan dengan korang berdua. Kalau ada apa-apa bantuan just ask me. Okay lah kalau begitu saya pergi sana dulu. Ada benda saya nak buat." Haziq Syukri beredar. Meninggalkan Ayra dan Zila. Dia tersenyum senget melihat aksi dua orang gadis itu. Zila pula masih memerhatikan lelaki itu sehingga lelaki itu hilang dari pandangannya. Baru dia sedar Ayra sedang merenungnya dengan penuh makna kepadanya. Keningnya menari agogo. Alamak kantoi!

"Jom masuk khemah." Zila terkocoh-kocoh masuk ke dalam khemah. Meninggalkan Ayra yang masih lagi merenungnya.

Kau jangan buat hal Zila. Mahu perang dunia ke 3 nanti bila Zul tahu kau skodeng mamat lain.

Tanpa disedari sepasang mata sedang memerhatikan mereka. Baik sangat hati kau Ziq. Yusof Amsyar menendang batu yang berada di depannya. Awwwww! Sakit! Kau jangan buat hal batu. Nanti hancur berkecai kau, aku kerjakan! Benda tak berdosa jadi mangsa amarahnya.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now