BAB 58

338 5 0
                                    

PEJAM celik pejam celik, kini satu bulan setengah sudah Ayra menjadi tunang kepada Yusof Amsyar. Tinggal beberapa hari saja lagi dari tarikh pernikahannya. Hidupnya pun tidak rasa tenang bila memikirkan hari yang kononnya akan menjadi hari paling bermakna dan bersejarah buatnya. Itu kata orang, katanya? Hari pernikahan itu tak ada makna apa-apa baginya. Menjadi seorang tunang kepada Yusof Amsyar ni pun tidak ada keistimewaan yang dirasa. Buktinya sekarang dia masih lagi jadi pemandu dan dia masih menjalankan kehidupannya macam orang single diluar sana. Lainlah kalau dia bertunang bersama orang yang disayangi dan dicintai mesti bersemut-semut seluruh badan. Senyuman pun tak lekang dibibir. Kenyataannya itu hanya angan-angan percuma. Fantasi dan khayalan! Drama TV saja semua tu.

Persiapan perkahwinan Ayra dan Yusof semua telah disiapkan oleh Puan Asdinah di kampong dan Puan Yasmin. Kadang-kadang ada juga Yusriyah Amali menolong Puan Yasmin membeli barang hantaran. Ayra pula hanya ternganga dan terlopong. Mana taknya banyak sangat barangan yang dibeli mengalahkan perkahwinan raja. Dia yang nak kahwin atau bakal mak mertuanya? Dah terkeliru sekarang.

Tunangnya si Yusof? Dari hari pertunangan mereka hingga ke hari ini tak nampak bulu hidungnya. Lesap entah ke mana. Ayra sendiri malas nak bertanya pada Yusriyah mahu pun Puan Yasmin. Nanti dikata rindu pula. Haru biru jadinya. Bukan kau betul-betul rindu ke kat dia? Tiap-tiap hari lepas hantar Yusran balik, kereta mamat tu juga yang kau cari. Lepas tu malam-malam skodeng kat tingkap ruang tamu menunggu dia balik. Opps kantoi! EEE...geramnya! Wahai si hati jangan busy body! Malulah tu kan dah kantoi. Si otak membalas. Akhirnya Ayra mengeluh.

Kepulangan lelaki itu sangat dia harapkan. Bukan sebab rindu tapi...bukan rindu tapi? Ayra pun tak tahu dan tak faham tentang perasaannya sendiri. Bila bersendirian mulalah dia terbayang-bayang tunang tanpa relanya itu. Dia keliru betulkah lelaki itu serius menjadikannya sebagai isteri? Dia perlukan jawapan dan jawapan itu ada pada Yusof. Yusof yang patut menjawabnya.

"Ayra. Petang nanti kamu pergi butik pengantin ya. Fitting baju pengantin takut nanti longgar pula baju tu. Mama tengok badan kamu macam lagi kurus dari sebelum ni. Jadi pengantin tak payah diet. Dah elok bentuk badan kamu sebelum ni. Kurus sangat nanti dipanggil mayat hidup pula." Suara Puan Yasmin membantutkan angan-angan Ayra. Panggilan 'mak cik' kini dah bertukar jadi 'mama' Ayra hanya menurut saja. Lagi pun Ayra memang sudah menganggap Puan Yasmin seperti ibunya. Bukan disebabkan dia tunang Yusof tapi kerana Puan Yasmin melayannya sama seperti Puan Asdinah melayannya. Dia terasa dirinya seperti anak kandung kepada keluarga itu

"Baik mama. Ayra ajak kawan Ayra boleh? Kebetulan dia free hari ni selalu dia sibuk je memanjang. Maklum busy dengan artis-artis baru nak up." Balas Ayra.

"Boleh tak jadi masalah. Lagi satu Ayra..minggu depan kita pergi Villa nak? Kita semua pergi bercuti sama-sama. Mama nak perkenalkan kamu pada seseorang yang penting juga dalam family ni."

Ayra mengangguk tanpa menyoal kembali siapakah seseorang yang penting yang dimaksudkan oleh Puan Yasmin. Didalam hatinya ingin juga mengenali orang itu tapi dibiarkan saja perasaan ingin tahunya itu. Ayra tersenyum manis sahaja lalu Puan Yasmin memeluknya lembut kemudian membalas senyuman Ayra. Tiba-tiba beremosi pula Puan Yasmin. Dia rasa bahagia saat itu. Mungkin terbawa-bawa dengan cuaca yang agak sejuk agaknya. Ayra membiarkan saja Puan Yasmin memeluknya. Walaupun dia merasa hairan dengan tingkah laku Puan Yasmin.

"Terima kasih Ayra. Kamu sudi jadi menantu mama. Bila kamu dah kahwin nanti mama harap kamu bersabarlah dengan sikap Yusof. Yusof tu kadang-kadang angin dia bertukar-tukar. Dia anak yang baik sebenarnya. Cuma mulut dia tak ada lesen. Semua main cakap je. Ayra sabar ya." Nasihat Puan Yasmin. Tangannya menggenggam erat tangan Ayra.

"Saya faham mama. Tak perlu nak ucap terima kasih. Ayra yang sepatutnya mengucapakn terima kasih kerana menerima Ayra yang serba kekurangan ni. Pasal Yusof mama jangan risau Ayra kenal dia bukan hari ini saja tapi dah bertahun-tahun. Walaupun hubungan kami tak adalah rapat. Saya akan cuba memahami dia dan bersabar melayan kerenah Yusof."

Ya, Ayra sedar perangai Yusof selalu berubah-ubah. Sekejap dia jadi hantu, mengamuk tak tentu pasal, terjerit sana terjerit sini. Sekejap lagi dia baik dan caring. Bila dia caring mampu membuat jantung si Ayra bernyanyi alunan music lembut. Mampukah dia menerima Yusof dengan sepenuh hatinya? Bagaimana pula dengan Yusof, dia mahukah menerima dirinya sepenuh hatinya? Ayra mencari jawapan itu didalam hati. Antara cinta dan benci....apa pilihan kau?

"ORANG bila nak kahwin berseri-seri. Aku tengok kau ni macam orang mati bini." Ujar Haziq Syukri. Risau dia melihat kelakuan kawannya itu. Pagi petang siang malam termenung. Entah apa yang dimenungkannya. Pertama kali dia mendengar tentang pertunangannya bersama Ayra Syafinaz bulan lepas, ternganga mulutnya jatuh ke lantai. Ayra Syafinaz musuh ketat Yusof Amsyar. Awal-awal lagi dia dah dapat agak Yusof ada hati pada Ayra tapi ego nak mengaku.

"Diamlah!" Balas Yusof. Wajahnya diraup. "Kau kalau nak masuk bilik aku ketuk pintu dulu boleh?"

"Aku dah ketuk 10 kali. Apa yang aku dengar cengkerik berbunyi. Krik krik krik." Jawab Haziq Syukri. Nasib baik tangan aku tak berkematu mengetuk pintu dia.

Yusof mencebik. Fikirannya sekarang serabut. Mana nak fikir pasal kerjanya yang menggunung, ini lagi pasal hari pernikahannya dah nak dekat. Dia masih lagi keliru. Apa yang dibuatnya ini betul atau tidak? Tiap-tiap hari dia memikirkan hal yang sama. Jawapan yang dia dapat adalah YA dia kena kahwini Ayra. Masalahnya sekarang apa sebab utama hingga membuatkan dia mesti berkahwin dengan gadis itu? Awalnya kerana dendam. Sekarang? Itu yang membuat dia lagi keliru. Dia rasakan perasaannya sekarang bagai nak mempermainkan dirinya. Yusof menarik rambutnya, hampir saja tercabut rambutnya itu dari kepalanya.

"Kau kenapa?" Soal Haziq Syukri. Berlapis-lapis dahi bersih miliknya. Dari tadi dia perhatikan kawannya itu. Kalau tiap-tiap hari dia tarik rambut begitu, tak lama lagi botak lah dia.

Yusof memandang Haziq yang duduk berhadapan dengannya. Dia mengeluh berat. "Aku tak apa-apa." jawabnya lemah.

"Tak ada apa-apa? dari tadi aku dok tengok kau macam ada masalah besar je. Ceritalah. Aku boleh jadi telinga kau hari ni. Kebetulan Zila katanya nak temankan Ayra pergi butik pengantin. Cancel lagi date aku dengan dia." Haziq buat muka sedih. Sebenarnya dia tak adalah sedih, dia faham tunang kesayangannya itu ingin meluangkan masanya dengan Ayra. Kalau dengan orang lain memang tak ada maknanya dia nak izinkan. No way!

Berdegup jantung Yusof apabila nama Ayra disebut. Itu lagi jadi satu masalah padanya nama Ayra bagai menghantui hatinya. Sebut sikit mulalah nak berdetak dentum bagai guruh. Hampir dua bulan dia tak bersua muka buat dirinya dilanda RINDU. Dia mengaku dia merindui Ayra tapi perasaan itu ditepis jauh-jauh. Itu tidak penting baginya. Apa yang penting sekarang penderitaan Yusrina Amali perlu dibayar tunai secepatnya! Tapi...aku rasa tak boleh. Aku tak mampu lagi nak meneruskan dendam itu. Kenapa?! Sebab...sebab aku rasa aku tak mampu tengok Ayra bersedih. Gila! Memang gila!

"Aku memang ada masalah sekarang." Yusof bersuara setelah lama diam. "Kalau aku cerita mungkin kau akan fikir aku ni gila, kejam, bodoh..."

Haziq menggosok-gosok bibirnya. Dia berkerut memahami kata-kata yang disampaikan Yusof. namun dia hanya mendiamkan diri. Dia biarkan Yusof menyambung semula ceritanya. Yusof kalau dia nak bercerita tak boleh disampuk nanti kena penumbuk sulungnya, sudah bengkak bibir aku.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now