BAB 17

359 10 0
                                    

AYRA membuka matanya perlahan-lahan. Dia mencuba untuk menggerakkan badannya.

"Allah. Sakitnya belakang aku. Berat sungguh rasa kepala aku." Ayra mengerang kesakitan. Matanya digosok perlahan. Hanya yang terlihat pokok-pokok tinggi yang berwarna hijau.

"Ehh ini ke yang dinamakan syurga? Aku dah mati?" Ayra menampar-nampar mukanya.

"Sakit. Eh aku masih hidup lah! Aku kat mana ni?"

Ayra menoleh kiri dan kanan mencari Yusof.

"Yusof! Yusof!" Ayra berdiri perlahan. Matanya masih lagi mencari Yusof. Tak nak dia di situ berseorangan. Ayra mula risau. Risau kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada lelaki itu. Walaupun Yusof Amsyar dan dia tidak pernah 'serambut' atau pun sekepala.

Tidak jauh dari tempat Ayra pengsan tadi. Terlihat seseorang yang terlantar.

"Ya Allah! Yusof!" Ayra berlari menuju kea rah Yusof Amsyar.

"Yusof bangun. Yusof! Bangun!" Badan lelaki itu digoncang sekuat hati. Ayra meletakkan tangannya ke hidung Yusof. Alhamdulillah masih hidup lagi.

Ayra memandang sekeliling, Sunyi sepi. Hmm takutnya.

"Yusof. Yusof bangun lah. Awak janganlah pengsan lama sangat. Adui!" Ayra menggaru kepalanya yang terasa gatal. Badan Yusof Amsyar digamit semula.

"Kenapa lama sangat dia ni pengsan? Entah-entah dia koma tak?" Ayra panik. Tangannya didekat ke hidung Yusof. Masih bernafas. Alhamdulillah. Lega sedikit hatinya.

"Yusof! Bangunlah" Hampir terkeluar urat tekaknya menjerit.

"Adui, sakitnya. Kita kat mana ni?" Akhirnya Yusof Amsyar tersedar. Ayra tersenyum riang. Syukur lah tidak ada apa-apa kecederaan terjadi.

"Alhamdulillah awak dah sedar. Saya ingat sampai esok lah saya kena terpekik terlolong nak kejutkan awak."

"Manalah saya tahu kita ada kat mana. Yang saya tahu sekarang kita ni macam dah sesat dan jambatan yang tadi kita naiki tadi tu dah roboh! Roboh! Faham?" Sambungnya. Tiba-tiba pula dia angin satu badan. Marah? Marah pada siapa? Pada Yusof? Memang patut dia yang disalahkan dalam hal ini. Dari tadi lagi dia memang tak nak menaiki jambatan yang usang itu. Tapi dipaksa juga. Kini sudah terjawab kenapa dia rasa tidak sedap hati dari tadi.

"Aku rasa kita dah jatuh dari kawasan bukit ni. Kau angkut barang-barang tu semua. Kita cari jalan keluar."

Ayra ternganga. "Dalam keadaan macam ni pun awak nak suruh saya angkut barang-barang tu semua?"

"Kenapa pula? Itu kan denda yang aku bagi." Yusof Amsyar mengeluarkan walkie-talkie yang ada di dalam poket jacketnya. Secepat mungkin dia kena mencari bantuan kepada AJK yang ada di atas. Sebelum bulan menyapa. Maksudnya malam lah.

"Awak tahu tak barang-barang ni semua menyusahkan saya dan membebankan saya. disebabkan beg-beg ni semua yang barat mengalahkan seekor gajah, jambatan yang usang tu roboh!"

"Kau nak salahkan barang tu pula? Kau tak ada cermin? Atau cermin kau kecik sangat sampai kau tak nampak tubuh badan kau yang sebesar gajah tu? Disebabkan kau tu berat sangat, tu yang jambatan tu tak sanggup nak tampung kau."

"Yusof Amsyar! Semua ini salah awak! Kalau awak tak suruh kita orang naik jambatan tu. Ini semua tak akan terjadi. Awak memang suka salahkan orang kan. Dari dulu hingga hari ni awak langsung tak nak mengaku kesalahan awak. Salah ke nak ucap perkataan maaf?"

Yusof Amsyar mengancing gigi. Geram aku dengan minah gempal ni.

"Kenapa senyap? Saya tak akan pernah lupa tentang apa yang awak dah buat kat saya dulu."

Ayra merenung Yusof tajam. Kenangan lalu datang menerpa.

AYRA dibawa ke bilik rehat. Bilik yang digelar 'sickbay'. Mana-mana pelajar yang rasa kurang sihat dan perlukan rawatan akan dibawa ke bilik Sickbay. Ayra berbaring di atas katil. Tidak sampai 1 minit matanya sudah terlelap. Badannya masih terasa lemah. Kepala berdenyut-denyut. Zila sudah lama meninggalkannya kerana masih lagi ada aktiviti yang hendak dibuatnya.

Tiba-tiba...

"Hoi! Budak.! Mana kau simpan duit yang ada kat dalam peti besar ni?!" Ayra membuka matanya perlahan-lahan dibuka. Matanya seperti terlihat bintang-bintang. Masih sakit lagi kepala aku ni.

"Tak payah nak berlakon. Sekarang aku nak tanya kau. Mana kau simpan duit yang ada dalam peti ni." Yusof Amsyar melemparkan peti besar itu kepada Ayra.

Ayra tersentak. Hilang sudah rasa mengantuknya.

"Apa?" Tanya Ayra. Bingung. Apa lagi mamat poyo ni merepek? Lelaki itu dipandang dengan pandangan yang kosong.

"Duit yang kat dalam peti ni mana kau simpan? Kau curi ya?" Kasar tutur bicaranya.

Mata Ayra terbeliak mendengar kata-kata Yusof Amsyar yang sangat menusuk ke hati.

"Duit?!Awak cakap baik-baik sikit. Jangan main sedap mulut je nak kata saya pencuri. Dari tadi saya langsung tak sentuh apa-apa barang kat sini kecuali selimut ni! Lagi pun saya tak tahu pun kat dalam peti tu ada duit!"

"Penipu!! Kau yang curikan?! Tak ada orang yang ada kat dalam bilik ni kecuali kau! Jadi suspect utama adalah kau!" Yusof Amsyar masih lagi dengan pendapatnya yang bodoh dan tak berasas itu.

"Apa buktinya saya yang curi? Mungkin awak yang salah letak!"

Tiba-tiba semua pelajar-pelajar baru masuk ke dalam bilik mendengar perbualan mereka. Begitu juga ahli-ahli persatuan yang lain. Mereka kelihatan bengang dengan apa yang terjadi.

"Memang aku tak ada bukti tapi aku tahu kau yang curikan? Kau sengaja pura-pura sakit semata-mata untuk curi duit $2,000 yang ada kat peti ni!"

"$2000?" Ayra melopong. Banyak tu!

"Cepat aku nak kau menagku sekarang. Serahkan balik..."

Belum sempat Yusof Amsyar menghabiskan ayatnya. Salah seorang lelaki menyampuk. Dia lah lelaki yang pernah menolong Ayra bersama Zila.

"Wait. Yusof, aku rasa ada kes salah faham kat sini. Bukan ke duit yang kat peti tu kau dah bagi kat aku semalam. Duit tu kau suruh aku simpan kat bank? Kau lupa?"

Tanpa mengucapkan kata maaf mamat poyo itu terus melangkah keluar. Ayra terlopong.

Hishhhh! Kurang ajaaaaqqq! Dia ni memang kurang gula betul. Dasar lelaki ego! Geramnya! Zila segera menghampiri Ayra. Bahunya dirangkul. Hampir sahaja Ayra menitiskan airmata.

Inilah sebabnya kenapa Ayra tidak menyukai lelaki yang bernama Yusof Amsyar. Aku benci dia!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now