BAB 62

356 8 0
                                    

YUSOF Amsyar merasa gelisah sepanjang perjalanannya menuju ke Villa Yaz Min. Didalam kotak fikirannya telah dipenuhi dengan bermacam-macam benda yang buruk. Bagaimana kalau kak Rina tahu Ayra tu perempuan yang telah merosakkan hubungannya dengan Mikyad? Bagaimana kalau Kak Rina sakit lagi? Bagaimana..bagaimana..bagaimana... perkataan itulah yang selalu bermain difikiran Yusof. Kereta Mazda EX5 berwarna hitam laju meluncuri lebuh raya. Dia kena sampai ke Villa secepat mungkin!

"Mama pun satu kalau nak bercuti pergilah tempat lain. Nak juga pergi Villa Yaz Min buat apa?" Rungut Yusof sendiri di dalam kereta. Boleh mati berdiri dia kerana kekejutan tadi pagi. Puan Yasmin menghantar pesanan ringkas mengatakan mereka sekeluarga termasuk Ayra akan pergi ke Villa Yaz Min untuk bercuti sebelum sibuk dengan hari pernikahannya nanti. Mamanya juga ingin memperkenalkan Ayra pada Yusrina Amnani, mahu pecah kepalanya membaca pesanan ringkas tadi. Semua mesyuarat dibatalkan serta merta, Yusof mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari hingga hari pernikahannya. Dia tidak mahu Yusrina mengetahui siapa Ayra yang sebenarnya. Selagi dendam belum terbalas selagi itu perkara yang sebenarnya dirahsiakan.

Sampai sahaja di Villa Yaz Min, Yusof terus mencari Ayra. Dia menuju ke tingkat atas. Ruang tamu ketika itu kosong. Yang lain pun tidak kelihatan. Mungkin masuk di bilik masing-masing tekanya didalam hati. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Suara Ayra dan Yusrina kedengaran. Dia mencuba mencuri dengar perbualan Ayra dan Yusrina. Hatinya sudah berdetak dentum. Minta-minta tidak ada sesuatu yang buruk berlaku. harap-harap kak Rina tak tahu pasal Ayra. Doanya didalam hati.

"Tapi...kakak memang kuat. Buktinya sekarang kakak dah mampu senyum. Pada awalnya memang kakak lemah dan putus asa kan? Kakak beruntung sebab kakak ada keluarga yang selalu sokong kakak dari belakang. Cuba kakak bayangkan bila ketika itu kakak tak ada siapa-siapa. Itu lagi pedih kan? Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dugaan ini sebagai penguat diri kakak supaya lepas ni kakak jadi lebih tabah dan sabar. Jadikannya sebagai pengajaran pada kakak. Kakak kena ingat kak Yusrina masih ada kami dan yang paling penting ingat Tuhan. Saya yakin Allah akan memberikan kakak seseorang yang akan menemani kak Yusrina bila tepat pada masanya nanti."

Yusof mendengar setiap bait kata-kata Ayra. Dia mencuba memisi inti pati cerita yang mereka sedang bualkan. Hati lelakinya sedikit tersentuh mendengar suara Ayra. Mengapa dia merasa tenang ketika Ayra memberikan nasihat pada kakaknya itu? Mengapa dia tidak marah atau membenci ucapan yang Ayra berikan? Bukankah dia sepatutnya merasa marah kerana perempuan itu hidup kakaknya hancur, sekarang pandai-pandai pula nak beri nasihat? Kenapa dia rasa gembira dan bahagia? Kau memang dah gila Yusof!

"Terima kasih Ayra. Kak Rina berterima kasih diatas nasihat yang Ayra berikan. Ayra telah menyedarkan kak Rina. Mulai hari ini kakak janji kakak tak akan sedih lagi dan bangkit semula demi Allah dan keluarga kak Rina."

Itu suara kak Rina. Dalam diam mata Yusof berkaca. Kak Rina!

"Sama-sama. Ayra tak buat apa-apa pun. Cuma kita sesama manusia perlu saling mengingati. Dah jangan nangis lagi nanti rumah ni banjir pula. Tak nak lah masuk berita nanti Villa Yaz Min telah dibanjiri oleh airmata Yusrina Amnani."

Kedengaran suara tawa Yusrina dan Ayra. Baru kali ini Yusof mendengar kakaknya itu ketawa setelah beberapa tahun ditemani kesedihan. Dalam diam lelaki itu menguntum senyuman. Ayra..kau memang suka buat lawak kan? Kenapa kau lakukan semua ni sedangkan kau juga yang merosakkan semuanya? Siapa kau sebenarnya Ayra Syafinaz? Aku sendiri keliru, aku ni benci ke tak kat kau?

"AM! terkejut mama tau! Buat apa kamu mengintip bilik Ayra tu? Ya Allah budak ni. Bila kamu sampai? Tadi kata sibuk sekarang dah tukar fikiran ke datang sini ni?" Bergema suara Puan Yasmin dilorong tingkat dua. Terkejut bila melihat anak lelakinya itu berdiri tercegat di situ. Disangka pencuri atau penculik yang datang. Dadanya diurut perlahan.

"Mama! Am pun terkejut tau dengar mama menjerit tadi." Terhenjut bahu Yusof apabila disergah Puan Yasmin.

Ayra dan Yusrina yang berada di dalam bilik terus memecut keluar apabila mendengar bunyi jeritan Puan Yasmin. "Am! Bila sampai?" Yusrina bersuara.

"Baru je sampai. Semua meeting cancel tu yang Am datang sini. Am pun nak cuti juga." Tipu Yusof. Padahal dia sendiri yang membatalkan semua mesyuarat pagi tadi siap nak ambil cuti kecemasan lagi. Yusof cuba berlagak tenang dan serius.

Ayra hanya memberi pandangan yang kosong pada Yusof. Dia tidak kisah pun lelaki itu datang atau tidak ke Villa tersebut. Apa yang penting dia nak menenangkan fikirannya di situ tanpa ada gangguan termasuk gangguan manusia yang bernama Yusof Amsyar.

"Nak cuti atau rindu kat tunang." Yusrina menyakat Yusof. Lama dia tidak menyakat adik kesayangannya itu. Inilah masanya berbuat demikian. Dia tersenyum simpul. Muka pun dah macam warna cili merah itu tandanya dia malulah tu kan? Hai comel adik aku ni. Dipandang lagi Ayra di sebelahnya pun sama juga! Hmm..bau orang bercinta.

"Mana ada." Jawab Yusof laju. Pipinya terasa panas. Kalau masak telur mata gerenti dah masak. Yusof menjadi tidak keruan.

"Ya lah tu. Tu pipi Am dah macam buah delima tu maknanya betulah tu rindu. Kalau rindu cakap Am. Cuba jadi romantic sikit kat Ayra. Kan dah hampir satu bulan lebih tak berjumpa takkan tak rindu kot." Giliran Puan Yasmin pula yang menyakat. Matanya dikenyitkan pada Yusrina. Yusrina menekup mulutnya menahan tawa.

"Am pergi bilik Am dulu." Yusof menundukkan mukanya kemudian laju melangkah menuju ke biliknya yang berada di sebelah bilik Ayra. Mama dan kak Rina ni saja je kan nak bagi aku malu depan Ayra! Eleh..yang kau malu-malu tu kenapa? Kau suka kan bila diusik begitu tadi? Admit it Yusof jangan ego sangat. Lantak kaulah nak kata apa pun yang penting sekarang agenda rahsia tetap kena dijalankan!

Ayra menjongketkan bahunya ketka Puan Yasmin dan Yusrina memandangnya. Betul ke dia rindu aku? Aih! Kalau dia rindu pun penting sangat ke perasaan rindu dia tu pada kau Ayra? Aku boleh jujur tak sekarang? Sesungguhnya aku..aku pun rindu dia! Oh No!

MALAM itu semua berkumpul di luar Villa. Mereka sedang mengadakan mini barbecue. Suasana malam yang sejuk dan menyenangkan itu dinikmati Ayra sambil berjalan-jalan di halaman taman Villa. Belum pernah lagi dia pergi ke tempat-tempat begitu. Kalau pergi pun ke tempat seperti pantai ataupun pusat membeli-belah. Ini kalau pergi honeymoon dengan orang yang tersayang mesti seronok! Ala-ala drama Korea memang sweet sangat. Taman dipenuhi cucul-cucul lepas tu salji berguguran. Tanpa disedari Ayra menyimpul senyuman sambil berangan jauh. Wah kann best kalau ada oppa So ji sub, Song joong Ki, Lee Dong Wook..siapa lagi siapa lagi. Amboi berangan lebih kau Ayra. Semua nama pelakon lelaki Korea kau sebut.

"Gila ke apa senyum seorang diri di tengah-tengah gelap ni?" Satu suara garau menghentikan lamunan Ayra dengan kejam. Ayra menoleh. Hmmm..sah memang dia. Yusof Amsyar pengacau ketenangannya.

Ayra terus berjalan ke hadapan tanpa memperdulikan lelaki itu. "Kau pekak ke tak dengar apa aku kata tadi? Jangan nak pergi jauh sangat dari Villa. Kat depan tu ada sesuatu. Bahaya kalau pergi seorang diri." Yusof bersuara lagi. Dia ni memang sengaja buat aku sakit hati. Aku cakap dia tak balas. Bukannya nak tolong aku masak ayam tadi. Seronok pula dia jalan-jalan di tengah-tengah gelap gelita ni.

Langkah Ayra terhenti. Dia mula rasa cuak sedikit tapi perasaan itu cuba dikawal. "Saya tak pekak lagi baru tadi saya kurik telinga. Semua tahi telinga yang block telinga saya dah terhapus. Saya cuma malas nak bercakap dengan awak Encik Yusof Amsyar." Ayra menghampiri Yusof yang sedang berdiri tidak jauh darinya. "Tapi...betul ke kat depan tu ada sesuatu?" Soalnya. Wajahnya sudah pucat seperti tidak berdarah.

"Kata tadi malas nak cakap dengan aku sekarang boleh pula nak tanya soalan." Sindir Yusof. Matanya memandang tajam wajah gadis di sisinya itu. Ayra menggaru kepalanya yang dilapik tudung. Ouch terasa tergigit lidah sendiri bila disindir begitu.

"Diamlah. Ni lah sebabnya kenapa saya malas nak cakap dengan awak. Mesti bergaduh. Penat dan buang air liur saya je." Omel Ayra lalu melangkah menuju ke depan lagi. Hilang sudah rasa takutnya tadi. Lantaklah apa nak jadi sekali pun janji dia bahagia.

Sudah menjadi suratan takdir agaknya hubungannya dan Yusof sentiasa ditemani dengan perdebatan yang tak ada penghujungnya. Ini belum kahwin lagi tak tahu apa nak jadi bila sudah berkahwin. Lama-lama boleh cepat berkedut muka aku sebab bergaduh tiap-tiap hari dengan suami yang suka cari pasal!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now