BAB 48

383 10 0
                                    

SATU bulan kemudian.

SELEPAS menghantar Yusran ke sekolah, Ayra terus pulang ke rumah mewah milik Tuan Yazid dan Puan Yasmin. Sambil bersiul-siul Ayra membuka pintu utama rumah tersebut. Hati senang walaupun tak punya uang. Wah menyanyi-nyanyi. Apa salahnya nak menghibur hati yang penuh dengan kebosanan. Rumah mewah itu selalu terasa sunyi, tak seperti di rumahnya kat kampong. Penghuni tetap rumah itu hanya dia, Yusran, Mak Minah dan Pak Ali. Warga yang lain sibuk dengan kehidupan masing-masing.

"Suka hati nampak." Kedengaran suara garau menegur Ayra.

"Oh Mak aku cantik!" Terkejut Ayra mendengar suara itu. Tangannya siap buat langkah Ultraman yang sedang menghapus raksasa. Dia!

"Awak kalau nak tegur pun bagi salam dulu boleh? Nasib baik jantung saya masih kuat. Kalau tak, mati mengejut saya." Rungut Ayra sambil mengurut dadanya.

"Aku punya rumah. Suka hati aku nak buat apa pun." Jawab Yusof Amsyar. Wajah kacaknya dihiasi kesombongan tahap langit. Senyuman sinis dilemparkan kepada Ayra. 2 minggu aku tak tengok muka dia, semakin cantik pula aku tengok. Kau tak habis-habis memuji dia!

Ayra menjeling. "Siapa kata ini rumah saya? 2 minggu bertapa di luar negeri takkan bagi salam pun boleh lupa." Mulai hari ini kehidupan aku akan menjadi huru-hara kembali. Monster dah balik dari United Kingdom. Katanya ada urusan peribadi. Urusan peribadi atau kahwin lari...Oooo wait kau cemburu? Cemburu apa benda? Selagi nyawa dikandung badan aku tak tahu apa binatangnya 'cemburu' itu.

"Apa sal? Kau rindu aku? Rindu tengok wajah kacak ni?" Yusof Amsyar membelek-belek wajahnya. Siap buat pose seperti model tak fofular di depan Ayra.

Ayra mencebik. Nak muntah bernanah dia di situ. "Buang masa saya nak rindu..." ayatnya terhenti di situ setelah telefon bimbitnya berlagu.

Tertera nama 'Abah' diskrin telefon Ayra. Segera dia mengangkatnya.

Eleh rindu pun tak nak mengaku. Yusof bermonolog didalam hati.

"Assalamualaikum abah."

Amboi lemah lembutnya suara dia. Kalau dengan aku kasarnya mengalahkan kertas pasir. Yusof Amsyar hanya jadi pemerhati sahaja. Telinga dibuka seluas-luasnya. Teringin pula dia nak mendengar perbualan Ayra dengan abahnya.

"Ayra kena minta kebenaran dulu kat majikan Ayra. Kalau Kak Iyah izinkan, Ayra pulang kampong esok." Ayra bersuara lagi. Riak wajahnya sedikit risau.

Nak pulang kampong? Aku baru je balik. Hai Encik Yusof takkan dah rindu? Tadi bukan main menyakat Ayra kata dia rindu kau..tahu-tahu kau pula yang over merindui si bunga.

"Mak Cik Asmidah nak datang rumah? Apa kena mengena dengan Ayra, Abah?" berkerut-kerut dahi Ayra mendengar penjelasan abahnya. Yusof juga sama.

"Hal apa?" Ayra bertanya lagi.

"Baiklah. Ayra cuba berbincang dengan kak Iyah. Kirim salam kat mama ya abah."

"Waalaikumussalam." Ayra menamatkan perbualannya ditelefon. Kemudian keluhan halus diluahkan dari mulutnya.

"Kau kenapa?" soal Yusof.

Masih kat sini rupanya mamat ni. Aku ingat dah masuk bilik dia.

Ayra memandang kea rah Yusof dengan pandangan yang kosong. "Saya nak pulang kampong. Awak tahu tak bila kak Iyah balik?"

"She's now really really really busy. Why don't you just call her? Kalau dia free dia angkat kalau tak call lagi sampai dia jawab." Balas Yusof lembut.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now