BAB 39

352 8 0
                                    

ACARA pementasan Ayra dan Zila berakhir juga. Semuanya berjalan dengan lancar. Ramai yang kagum dengan bakat Zila. Siap ada director terkenal datang mendekati Zila seperti Michael Ong, Raja Aladdin, Yusof Oslam dan Osman Adi. Belum apa-apa Zila sudah dapat tawaran berlakon drama dan filem. Hebat ke idok? Michael Ong nak Zila berlakon dalam drama terbarunya 'Rahsia Hati Gadis' manakala Osman Adi pula nak dia berlakon filem yang bertajuk 'Pinjamkan jantungku'

Meletop letop nanti nama Azila Syuhada. Ayra hanya mampu mendoakan semoga sahabatnya itu berjaya di dunia dan akhirat. Ayra? Tak usah ditanya. Watak orang gaji mana ada orang nak pandang. Lagi pun Ayra sendiri tak berminat dengan dunia lakonan. Sumpah! Buat penuh screen TV saja.

Semua pelakon-pelakon 'Kekasihku Kekasihmu Jua' berkumpul di ruang makan. Suasana memang kecoh ketika itu. Sesi meluahkan perasaan masing-masing oleh para pelakon-pelakon bermula. Ada yang lupa skrip saat-saat akhir kemudian menukarnya dengan ayat yang lain. Nasib baik tak kantoi oleh direktor. Kalau kantoi memang dipancung-pancung. Selamba badak saja tukar skrip. Ada juga yang menahan air kencing. Memang muka tak dapat nak kawal. Bayangkan lah bila air kencing sudah dihujung-hujung rindu lepas tu nak luahkan dialog. Pilu tau. Tapi penonton tak nampak benda tu yang nampak pelakon yang bersamanya di atas pentas. Memang terpaksa menahan ketawa.

Tengah orag lain sibuk medengar sesi luahan rasa, Zila memandang Ayra dengan pandangan yang nakal. Keningnya menari-nari. Ayra berkerut dahi.

"Kau dah kenapa heroin? Lain macam je aku tengok kau pandang aku." Ayra bersuara . Tangannya membetulkan tudungnya yang senget.

"Aku ada benda nak cerita kat kau. Dengar cerita aku ni elok-elok." Ujar Zila sambil menongkat dagunya.

Ayra hanya mengangguk perlahan.

"Macam ni. Ada seorang perempuan ni, dia tak suka dengan seorang mamat ni. Asal jumpa gaduh. Asal jumpa mesti berlaku perang mulut. Satu hari perempuan tu pergi rumah kawan dia. Tak sangka pula terserempak dengan mamat yang sangat dibencinya ni." Cerita Zila.

Ayra mendengar dengan kusyuk. Mencari inti pati cerita yang nak disampaikan Zila.

"Lepas tu, lelaki tu cuba nak cium perempuan tu. Tapi nasib baik perempuan tu cepat-cepat menolak dia." Sambung Zila.

Apa pasal aku macam familiar dengan situation perempuan yang Zila cerita ni? Ini macam...macam... Ayra terlopong. Matanya membulat. Mati aku!

Zila tersengih-sengih. Kemudian ketawa terbahak-bahak. Dah masuk perangkap!

SUBUH tadi, selepas Ayra keluar dari kereta. Zila juga keluar sama sebab dia takut duduk dalam kereta seorang diri. Lebih-lebih lagi kawasan rumah sewa Haziq Syukri gelap sangat ketika itu. Nanti tak pasal-pasal dia duduk bersama 'penumpang' yang tak diundang. Seram kau!

"Zila. Buat apa datang rumah Ziq subuh-subuh macam ni?" Haziq Syukri mendekati Zila. kebetulan dia baru balik daripada memancing bersama rakannya yang lain, sedang melintas depan kereta Ayra. Wajahnya kelihatan risau.

"Zila...Zila nak bagi Ziq surat. Tapi surat tu ada pada Ayra." Jawab Zila tersekat-sekat. Dia tak marah lagi ke?

"Zila tau kan sekarang ni dah pukul berapa? Tak baik anak dara berjalan subuh-subuh begini. Kalau ada apa-apa terjadi nanti macam mana? Tunggu lah bila matahari naik. Bahaya tau tak. Zila suka sangat buat Ziq risau. Ni nasib baik pergi sama Ayra. Kalau sama orang lain Ziq tak percaya. Janji lepas ni jangan buat lagi." Panjang lebar Haziq Syukri memberi ceramah free pada Zila dengan nada yang keras. Bila dah jadi isteri aku memang aku peluk kuat supaya tak merayau subuh-subuh buta.

Zila menunduk. Rasa bersalah bersarang dihati. Selepas mendengar ceramah dari Ustaz Haziq laju dia mengangguk. Haziq kalau marah memang menyeramkan. Bukan marah tapi lebih kepada tegas. Selama ini tak ada lagi lelaki yang buat dia menurut kecuali Haziq Syukri. Dia lah lelaki yang mampu melenturkan kedegilannya. Keras kepalanya. Dalam ketegasannya terselit juga kelembutan dan sifat penyayang.

Haziq Syukri tersenyum tampan memandang wajah insan yang dirinduinya. "Ayra mana? Jom kita sembang kat garage." Suaranya bertukar lembut.

Zila mengangkat kepalanya. Wajah Haziq direnung lama. Alahai hensemnya! Memang mirip Sunny Suwanmethanot. Zila tersenyum manis. Bahagianya hati.

Zila dan Haziq Syukri berjalan beriringan menuju ke garage. Tiba-tiba langkah mereka terhenti tatkala mendengar suara Ayra dan Yusof Amsyar. Mereka mengintip dibalik pokok yang berada di sebelah pagar garage.

"Awak gila! Apa dah jadi dengan awak?! Jangan sentuh saya Encik Yusof Amsyar! Ini milik suami saya!"

"Siapa suami kau Cik Ayra Syafinaz? Mikyad Muqri?"

"Kalau ya pun itu bukan urusan awak. Itu urusan hati saya. Suka hati saya lah nak kahwin

dengan siapa."

"Kenapa pula bukan urusan aku? Urusan hati kau akan menjadi urusan hati aku. Sebab hati aku akan sakit bila kau pilih lelaki lain. Terutama sekali Mikyad Muqri."

Perbualan di antara Ayra dan Yusof Amsyar jelas kedengaran. Zila dan Haziq Syukri berpandangan. Masing-masing menjongketkan bahu. Tak faham apa yang sedang sahabat mereka itu bicarakan. Nampak macam serius. Mengalahkan masalah isteri curang. Tanpa melepaskan peluang, Zila dan Haziq menyambung aktiviti mengintip mereka.

Kali ini mulut Zila dan Haziq berbentuk O besar. Kawan mereka nak ber...ber...bercium?! Ini dah lebih. Ini dah lebih.

"Macam mana ni Ziq? Sergah ke tidak? Habis lah kawan Zila. Dicium Yusof!" kata Zila separa berbisik. Kuku jari digigit. Ya Allah selamatkan kawan aku Ayra!

"Jom kita sergah." Haziq Syukri bergerak ke depan. Ingin mendekati Yusof Amsyar dan Ayra yang masih dalam keadaan berpejam mata. Zila di belakangnya mengikuti.

Belum sempat mereka 'kacau daun' Ayra terlebih dahulu bertindak menolak Yusof Amsyar. Terkocoh-kocoh Haziq dan Zila melarikan diri. Zila terus masuk ke dalam kereta. Haziq Syukri pula bersembunyi di belakang pokok. Fuh! Nasib baik sempat!

"HAH, begitu lah ceritanya. Aku pura-pura tidur je tadi." Zila tersengih-sengih.

Terkebil-kebil Ayra memandang Zila. Kantoi. Kantoi. Kantoi. Ingatkan nak dijadikan rahsia. Dah terbongkar segalanya. Mati lah nak. Ayra menepuk dahinya yang berpeluh.

"Aku nak tanya sikit. Lepas Yusof buat benda tu kat kau. Benda yang 'tak sempat' tu, kau ada rasa apa-apa tak?" Soal Zila. Dia teringin sangat nak mengetahui tentang isi hati Ayra. Ayra dah lama hidup solo, sekali-sekala dia nak juga kawannya itu menemukan pasangan hidup.

Soalan Zila membuatkan dada Ayra sesak. Dah tak cukup nafas lagi nak dihirup. Dia jadi tidak keruan.

"Aku..tipu lah kalau jantung aku tak berdegup kencang malam tu. Tapi....soal perasaan yang satu tu tak ada lagi kot." Tersekat-sekat Ayra menjawab. Jarinya dimain-main. Sungguh dia masih keliru dengan perasaannya. Benci dan perasaan yang lagi satu itu bercampur aduk.

Yusof Amsyar tidak pernah pun menunjukkan rasa suka terhadap dirinya. Apa tah lagi dirinya sendiri pun tak pernah membagi apa-apa harapan. Apa yang dilakukannya semasa di Kem Helang hanya sekadar membantu lelaki itu. Lagi satu Ayra bukan perempuan yang termasuk dalam carta ciri-ciri isteri kepada Yusof Amsyar. Perkara itu harus dia ingati sampai bila-bila. "Kau bukan perempuan yang termasuk dalam kriteria calon isteri aku. Kau memang tak layak. Tengok lah badan kau. Bulat mengembang macam pau. Kulit tak putih. Ketot, kurang tinggi bagai tak cukup minum susu. Semua tentang kau, aku tak suka." Kata-kata Yusof terngiang-ngiang kembali.

"Tepuk dada tanya selera. Aku sokong je apa yang kau kata. Kalau suatu hari nanti kau dan Yusof bersama. Aku lah orang yang paling bahagia. Kalau bukan dengan Yusof pun aku akan tetap bahagia juga." Zila merangkul bahu Ayra. Aku yakin Ayra kau sebenarnya dah suka pada dia. Mata kau tak boleh menipu. Aku harap kau akan temukan kebahagiaan kau.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now