BAB 12

381 10 0
                                    

"SEMALAM teruk Ayu mengamuk." Luah Yusof Amsyar kepada Haziq Syukri. Mereka masih lagi berbaring di dalam khemah.

"Dah kau kata suara dia tak sedap. Memang lah dia marah." Haziq Syukri ketawa kecil. Dia mengakui suara makwe temannya itu sangat. Sangat, sangat, sangat sumbang. Sorry bro!

"Tapi tak perlu lah mengamuk bagai. Badan aku ni dah rasa macam bengkak kerana ditampar-tampar oleh dia."

"Marah dia tak lama tu. Kau pujuk sikit, okey lah tu nanti." Haziq Syukri cuba untuk menenangkan Yusof Amsyar. Dia sudah cukup masak dengan kisah pergaduhan pasangan of the year itu. Setiap kali ada masalah, dia juga yang dicari. Dia juga yang akan menjadi 'kaunter ubat' untuk memulihkan hubungan Ayu dan Yusof.

"Kali ni lain Ziq. Dia tak pernah mengamuk begitu. Siap nak putuskan hubungan pula. Pening aku. Memang perempuan suka bawa masalah ke?" Yusof Amsyar kusut. Kepalanya digaru kasar. Hilang dah fesyen rambut ala-ala Lee Min Ho tak menjadi.

"Tak semua perempuan begitu Yusof. Setiap perempuan itu diciptakan lain-lain kelebihan atau kekurangan. Kau kena lah sabar. Kau tau kan dia tu perempuan yang sensitive, tak boleh salah sedikit. Jadi kau kena juga jaga hati dia.Try pujuk dia lagi. Aku yakin dia kata begitu sebab dia sedang marah. Dah kau kutuk dia."

"Aku tak boleh lah tipu dan beritahu dia suara dia sedap. She need to know the reality. Lagi satu ada ke dia kata aku syok kat Ayra. Tak masuk akal."

"Apa pasal dia kata begitu?"

Yusof Amsyar terdiam. Fikiran terbayangkan kejadian kelmarin. Ayra dan dirinya buat adegan Dilwalee, seperti apa yang dikatakan Nadim. Haziq tak patut tahu benda ni. Malu aku! Ayu yang kebetulan baru sampai, melihat babak bersemut tak bersemut itu. Panas hatinya melihat adegan itu. Tapi Ayu pura-pura tidak tahu akan kejadian itu sehingga semalam baru dia luahkan 'lava gunung berapinya.' Itu lah sebabnya Ayu cemburu kepada Ayra. Tapi bila dia berada dekat dengan Ayra, hatinya merasa tenang dan....

"Yusof."

"Yusof, kau okay tak?" Haziq Syukri menepuk lembut bahu Yusof Amsyar. Berangan pula mamat ni. Tadi bukan main kusut. Sekarang senyum-senyum pula.

"Ah? Sorry bro. Kau tanya apa tadi?" Yusof Amsyar baru tersedar dari lamunannya. Apa yang sedang kau fikirkan Yusof Amsyar? Kau dah ada Ayu. Ayu! Bukan Ayra!

"Kenapa Ayu boleh kata kau syok kat Ayra? Sedangkan aku tengok kau dan Ayra macam Tom & Jerry. Asyik gaduh memanjang."

"Ehem. Entah aku tak tahu." Yusof Amsyar semakin tidak keruan. Berpeluh dahinya mendengar soalan itu.

"Aku pergi cari Ayu kejap." Sambung Yusof Amsyar keluar dari khemah meninggalkan Haziq Syukri. Sebelum dia tanya banyak lebih baik aku mengelak.

Yusof, Yusof, aku rasa ada benda yang tak kena ni. Sesuatu sangat. Haziq Syukri tersenyum dengan penuh makna.

"HA HA HA." Zila ketawa terbahak-bahak. Perutnya dipegang kuat. Dari semalam hingga pagi ini, tak henti-henti dia ketawa.

"Dah dah lah tu. Tak baik kau ketawa kan dia."

"Memang patut pun aku ketawa. Lawak giler wei. Suara dia sebijik macam suara Bawang Putih dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih. Malahan lebih teruk dari tu. Itu ke makwe yang si Zulkarnaien dan Yusof tu banggakan? Nasib baik semalam tak ribut."

"Zila, dah lah tu. Merah padam muka kau aku tengok." Ayra membaling bantalnya kepada Zila yang semakin galak ketawa.

"Lagi satu aku nak kutuk dia. Aku ingatkan dia nak nyanyi lagu Mariah kari, atau pun lagu Christina bergelora rupa-rupanya lagu Rasa Sayang. Memang lawak. HA HA HA. Buat malu Yusof je. Tu lah kalau confident terlajak tinggi menggunung, tak sedar diri ada hati nak lawan kau." Zila 'berhujah' a.k.a mengutuk.

Kali ini Ayra sudah tidak tahan, dia juga 'join venture' ketawa. Bergema suara mereka. Mahu runtuh khemah kerana gegaran hebat gabungan ketawa mereka. Seperti Zila, Ayra juga terfikir benda yang sama. Perempuan seperti Ayu kebanyakkannya menyukai lagu-lagu barat, ini tidak, lagu kanak-kanak pula yang dinyanyikan.

"Okay. Stop Zila. Tak ada maknanya dia nak lawan dengan aku. Aku bukan ada apa-apa yang menarik pun. Adui, sakit perut aku. Sekarang aku rasa lapar. Aku pergi keluar nak cari buat maggi. Kau nak tak?"

"Ye lah. Aku tak akan ketawa lagi. Aku tak nak lah. Aku nak tulis surat untuk bakal suami aku."

Ayra mencebik. Zaman sekarang ada lagi ke orang tulis surat untuk kekasih? Seingatnya dia buat begitu ketika dia masih lagi budak sekolah rendah. Zila kata tulis surat di zaman sekarang memang rare sebab tu Haziq Syukri nak bercinta melalui surat. Tak sangka juga Haziq Syukri sebenarnya mempunyai perasaan yang sama terhadap Zila. Terus saja Haziq menerima lamaran Zila. Perempuan ni memang tak tahu malu, main redah je luahkan soal hati dan perasaanya. Berbeza sangat dengan aku.

AYRA mencari bekas air yang berisi air panas. Air dah habis lah pula. Kebetulan hari ini, air tak ada. Terpaksa lah pergi ke sungai untuk mandi atau nak ambik air. Lecehnya.

Bekas air tadi Ayra bawa. Jarak tempat perkhemahan dan sungai tidaklah jauh sangat.Hanya mengambil masa 8-10 minit saja. Ayra menyeluk seluarnya mencari peta yang diberikan semasa mereka sampai di situ. Jalan yang mudah pun dia perlukan peta. Sebab takut sesat. Bagi menghilangkan rasa takut, Ayra menyanyi didalam hati. Entah lagu apa yang dia dendangkan.

Sampai sahaja ke tempat yang dituju Ayra pun terus mengambil air sungai. Tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat aneh. Ayra mula rasa tak sedap hati. Bunyi itu kedengaran lagi. Dia mencari bunyi itu. Pagi-pagi mana ada hantu kan? Perlahan-lahan Ayra menuju yang sebuah batu besar yang ada berdekatan dengan sungai.

"Ahh..Ahh.."

Bunyi yang seperti keluh-kesah. Sekejap kedengaran bunyi orang mengerang kesakitan. Sekejap lagi bunyi hembusan nafas yang kasar dan kuat.

Hish! Bunyi apa pula tu?

Rasa takut sudah menguasai diri.

"Dah lah aku sorang-sorang kat sini. Kalau nak jerit memang tak didengar oleh mereka.macam mana kalau aku dibunuh? Atau di rrrrro.. Ya Allah Nauzubillah mulut aku ni celupar sangat." Ayra berbisik sendiri. Ayra menampar lembut mulutnya.

Perlahan-lahan Ayra melangkah menuju ke batu besar. Jaraknya kini lebih dekat. Lagak seperti pencuri Ayra merangkak. Suara itu lebih jelas kedengaran. Ini suara manusia.

"You dah lah tu. Nanti kalau Yusof tengok kita berdua-duan macam ni mampus I" Terdengar suara lunak dan halus di balik batu itu. Eh, ini suara perempuan. Siapa? Ayra menyorok dan mencuri dengar lagi 'bunyi' itu.

"Sayang, dia tak akan tahu kita kat sini. Dia kan tengah sibuk. Jomlah kita teruskan 'aktiviti' kita ni. Rindu I dengan belaian manja you." Kali ini suara lelaki pula yang kedengaran.

Apa yang mereka lakukan kat sebelah batu besar ni? Jangan-jangan.........Ayra terkedu.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now