BAB 32

353 12 0
                                    

BERGEGAR rumah mewah milik Puan Sabrina bagai gempa bumi. Ayu melemparkan semua barang-barangnya ke lantai. Berdetak dentum bunyinya. Bersilih ganti dengan bunyi meraung Ayu yang sama seperti Pontianak mengilai.

"Bodoh! Belum pernah lagi aku diputuskan oleh mana-mana lelaki. Selalunya aku yang putuskan mereka. Yusof! Aku tak akan biarkan kau tinggalkan aku. Aku akan pastikan kau kembali melutut depan aku. Aku akan pastikan!" Ayu menjerit seperti orang histeria. Terpekik terlolong bagai dirasuk polong. Rambut yang kerinting tidak lagi terurus mengalahkan hantu kak Limah.

"Ya Allah! Ayu kenapa dengan Ayu ni? Bilik habis bersepah. Menjerit-jerit macam orang gila. Apa dah jadi ni Ayu? Cuba bawa beristighfar." Puan Sabrina berdiri dimuka pintu. Risau dia melihat keadaan anak perempuannya yang tidak terurus. Itu lah kerja anaknya setiap hari, semenjak Ayu balik dari Kem Helang. Jangan-jangan anak aku ni ada terlanggar 'benda' tak?

"Ibu diam! Jangan ganggu Ayu. Keluar sekarang. Ayu kata keluar!! Ibu keluar!!" Ayu menolak kasar ibunya sehingga Puan Sabrina terjatuh ke lantai. Puan Sabrina menangis.

Ibu mana yang tidak terguris hatinya bila anak memperlakukannya seperti orang asing? Ayu dari kecil lagi sudah biasa dimanjakan. Apa tah lagi Ayu anak tunggal. Apa saja kemahuannya pasti diturutkan. Jika tidak, Ayu akan mengamuk. Oleh kerana terlalu memanjakan anak. Ayu menjadi keras kepala, degil dan kurang hormat kepadanya sebagai ibu. Ayu berani memijak kepala orang tuanya sendiri.

Tuan Shahri suaminya sendiri sekarang sudah tidak mahu memperdulikan mereka anak-beranak. Semenjak suaminya itu berkahwin lagi, jangankan bertanya khabar. Menjenguk mereka juga tidak ada. Sudah kemaruk dengan cinta isteri muda agaknya! Ya Allah aku mohon Engkau berikan kekuatan kepada Hamba-Mu. Engkau berikanlah hidayah-Mu kepada suami dan anak ku Ayu.

PAGI bertandang. Namun mata Ayra masih tidak mahu terlelap. 2 hari sudah dia menumpang di rumah nenek Meriam dan atuk Daniel. Namun tidak penah sekali pun dia dapat melelapkan matanya. Daripada asyik guling ke kanan dan ke kiri di atas katil, akhirnya dia bangun. Dia berdiri di depan meja solek.

"Arghhh!!!" Ayra menjerit. Mukanya digosok-gosok. Mengapa boleh macam ni?"

"Ayra. Ayra kenapa?" Tiba-tiba nenek Meriam meluru masuk ke bilik tempat Ayra tidur. Terkocoh-kocoh dia naik tadi bila terdengar jeritan Ayra.

Ayra memandang nenek Meriam sayu.

"Nenek! Mata Ayra. Dah macam pau dan panda." Ayra merengek sambil menunjukkan matanya yang sembab teruk. Bagaimana tak sembab? Menangis dari malam ke subuh. Tak henti-henti.

"Astaghfirullah al-Azim. Nenek fikir Ayra terjatuh ke. Terserempak hantu ke. Rupanya mata sembab. Nasib baik tak terputus jantung nenek dengar suara kamu menjerit tadi. Esok-esok baik lah tu." Nenek Meriam memujuk. Bahu Ayra dipegang lembut. Kemudian meninggalkan Ayra sendirian.

"Lekas turun. Kita sarapan dulu." Ujar nenek Meriam sebelum berlalu pergi.

"Nak turun ke tidak? Kalau tak turun nanti nenek terasa hati pula. Dah lah aku asyik berperap je dalam bilik tak keluar-keluar langsung semalam. Dikata kurang ajar pula nanti, dah lah menumpang. Kalau turun....nak hadap muka si perobek hati..Hish! tapi aku lapar." Ayra mengomel sendiri. Mundar mandir. Mundar mandir. Itu lah kerjanya.

Kejadian hari tu sudah membuat hatinya dicarik-carik. Disiat-siat. Dicincang-cincang macam serunding daging. Biar lah orang kata dia over.

"Kau ingat aku tak tahu yang kau ni suka merampas kebahagiaan orang lain! Kau PERAMPAS." Kata-kata Yusof Amsyar berlegar-legar dikepalanya. Berulang-ulang ayat itu terngiang-ngiang ditelinganya. Bagai muzik remix. Kalau kaset di 'rewind' berulang kali memang dah berkulut rosak. Bila masa aku rampas kebahagiaan orang? Tak pernah dalam kamus hidupnya merampas hak orang lain. Nak sentuh pun takut. Apa lelaki itu sedang fikirkan hingga dia menganggap aku perampas?

MEJA ruang makan sunyi sepi. Yang hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu berperang di dalam pinggan. Sekali sekala nenek Meriam dan atuk Daniel berborak-borak kecil sesama sendiri. Ayra dan Yusof Amsyar lebih selesa berdiam diri. Mulut bagai digam kangaroo.

Yusof Amsyar memandang Ayra sekilas. "Sembab je mata. Dia menangis ke?" Dia berbisik di dalam hati. Risau? Hmm..risau sikit kot.

Sehari lebih dia tidak bertemu Ayra. Walaupun mereka di dalam rumah yang sama. Ayra asyik berperap di bilik. Tidur mati agaknya? Kau rindu? Tak ada maknanya nak rindu-rindu bagai. Selagi dendam tak terbalas itu semua tak bermakna. Ingat kata atuk Daniel. "Yusof. Kita jangan hidup dalam kenangan, kerana kenangan itu tentang masa lalu. Hidup lah dalam sesuatu yang disemangati oleh impian kerana impianmu adalah gambaran tentang keindahan masa depanmu. Mengingati kenangan tu boleh Yusof tapi jangan sampai ia membelenggu hidup. Kenangan ada baik dan buruk, kedua-duanya pasti ada hikmah disebaliknya. Ikhlaskan Yusof. Jangan sampai nanti Yusof yang menyesal."

Lupakan tentang dendam kau. Sampai bila...sampai bila kau nak seksa dia? Seksa perasaan kau? Yusof Amsyar berperang dengan dirinya di dalam hati. Kusut!

Ayra fokus memandang nasi goreng yang berada depan matanya. Nasi goreng itu lebih sedap mata memandang daripada melihat lelaki di sebelahnya itu. Dari ekor matanya dia perasan, Yusof sedang memandangnya. Nak minta jolok dengan garfu ke? Tak pernah tengok mata orang sembab? Meluat betul!

"Ayra, Yusof lepas makan kamu bersiap-siap lah. Atuk nak bawa kamu keluar dari sini. Nanti bila gelap susah nak keluar. Hari pun cerah je. Lewat nanti takut turun pula hujan." Atuk Daniel memulakan bicara. Memecah kesunyian.

"Baik atuk." Jawab Yusof Amsyar. Ayra hanya mengangguk.

"Kalau kamu datang sini lagi. Jangan lupa singgah rumah nenek. Lepas ni nenek pasti merindui kamu berdua." Air mata nenek Meriam sudah mula bertakung di bibir mata. Sensitif pula hari itu.

Ayra pula sudah menangis. Memang dasar perempuan yang rapuh dan kaya dengan air mata. Dia menghampiri tempat duduk nenek Meriam lalu memeluk tubuh orang tua itu.

"I miss you too nenek. Nenek pun singgah lah rumah Ayra kat kampong. Kampong Ayra best." Ayra mengeluar kertas putih di dalam poket seluarnya. Lalu memberinya kepada nenek Meriam. Di dalamnya tertulis alamatnya.

Atuk dan Yusof jadi pemerhati. Perempuan memang suka beremosi. Serentak mereka menggelengkan kepala kemudian berpandangan. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Nenek pasti datang. Kalau kamu kahwin jemput-jemput lah kami. Nak juga merasa nasi minyak daripada kamu berdua." Ujar nenek Meriam. Senyuman penuh makna dihadiahkan kepada Ayra dan Yusof Amsyar.

"Hah?" Terbuntang mata Ayra dan Yusof dibuatnya.

"Bukan maksud nenek Ayra dan Yusof berkahwin. Maksud nenek siapa pun pasangan kamu..jemput nenek datang." Jelas nenek Meriam. Namun di dalam hati dia berharap sangat Ayra dan Yusof Amsyar bersatu dijenjang perkahwinan. Mudah-mudahan harapannya itu menjadi kenyataan. Hashtag doa yang baik-baik.

"Oooo." Serentakmereka menjawab. Masing-masing mengurut dada. Lega lah tu. Atau...mereka jugaberharap benda itu menjadi kenyataan? Tepuk dada tanya selera.    

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now