BAB 14

402 9 0
                                    

"AWAK ambik lah ni." Ayra menyerahkan sapu tangannya kepada Yusof Amsyar. Lalu Ayra duduk di sebelahnya, di atas batu besar yang telah menjadi saksi kecurangan kekasih hatinya, iaitu Ayu. Dia menyambutnya dengan lemah.

Yusof Amsyar menangis. Sama seperti budak kecil yang sedang menangis sebab tidak dibelikan permainan. Alahai buruknya!

Dia yang selama ini dikenali sebagai lelaki gagah, ego, kasar kini sudah menjadi lemah disebabkan seorang perempuan. Tidak ada lagi keegoannya, kegagahannya dan kekasarannya. Yang hanya ada tangisannya. Ya tangisan seorang lelaki.

"Awak nangis lah puas-puas. Kang tak pasal-pasal awak menangis depan pelajar-pelajar lain. buat malu je." Ayra cuba memujuknya. Walaupun sebenarnya dia bukan jenis perempuan yang pandai memujuk.

Hampir setengah jam Ayra menunggu lelaki itu berhenti menangis. Banyak stock air mata dia. Kalau disambut guna baldi, boleh dapat 20 baldi.

"Lama lagi awak nak nangis?" Tanya Ayra selamba.

"Kalau aku nak nangis sampai esok sekali pun kau sibuk kenapa?" Yusof bersuara dengan sedikit teresak-esak.

Wah, waktu begini pun dia masih lagi ada tenaga untuk bergaduh dengan aku. Ayra menjeling Yusof Amsyar yang sedang memandangnya.

"Saya tak kisah kalau awak nak menangis air mata darah atau sampai keluar biji mata awak. Saya tak peduli. Tapi bagi pendapat saya, awak menangis tu over sangat. Over dan buruk sangat." Kutuk Ayra.

"Buruk?" Mata lelaki itu membuntang.

"Buruk sangat. Kalau awak tengok cermin. Confirm cermin tu pecah berderai. Tengok tu. Ewww banyaknya hingus!" Ayra membuat muka loya.

Cepat-cepat Yusof Amsyar melap hidungnya.

"Tak ada pun hingus. Kau saja nak kenakan aku kan?"

"Oooo, bukan hingus ke tu. Tahi hidung lah tu." Seloroh Ayra. Sekali-sekala nak kerjakan dia bukan selalu kan?

"Mana?" Yusof Amsyar meraba-raba hidungnya. Kemudian memasukkan jari telunjuknya ke dalam lubang hidungnya,. Tanpa menyedari Ayra sedang memerhatikan gerak-gerinya.

"Macam tu ke, lelaki pujaan satu kampus tengah korek hidung? Kalau mereka tengok jatuh saham awak. Muflis." Ayra ketawa terbahak-bahak. Yusof Amsyar tersedar dari pebuatannya sendiri tidak merasa keruan.

"Kau...Kau memang nak kenakan aku kan? Ketawa macam monyet." Yusof merengus kasar.

Ketawa Ayra terhenti.

"Hah! Ini lah Yusof Amsyar. Mulut berpuaka penuh dengan cili padi extra pedas. Mungkin yang tengah nangis tadi tu orang lain kot."

Yusof Amsyar memandang Ayra yang tersenyum memandangnya. Terasa jantungnya terhenti seketika bila mendengar kata-kata Ayra. Senyuman yang manis semanis kurma itu membuatkan dirinya terlupa sebentar akan kesedihannya. Cepat-cepat dilarikan pandangan matanya ke tempat lain.

"Awak tak payah menangisi perempuan macam tu. Buat rugi air mata je. Dia langsung tak tunjukkan rasa bersalah langsung, atas apa yang dia telah lakukan kat awak." Nasihat Ayra.

Yusof Amsyar hanya membatu. Fikirannya kosong. Tak tahu apa yang hendak dibalas. Ya memang betul apa yang dikatakan oleh minah ni. Tapi dia merasa amat kecewa. Kecewa kerana selama ini dia dibodohkan oleh Ayu. Patut lah sebelum ini kawan-kawannya tidak pernah bersetuju dia couple dengan Ayu. Termasuk Haziq Syukri.

Pernah juga dia mendengar berita-berita yang kurang menyenangkan di halwa telinganya. Ayu keluar dengan lelaki itu, dengan lelaki ini, pergi hotel itu, pergi hotel ini. Semua itu benar! Salahnya juga kerana dia tidak pernah menyelidiki perkara itu. Tu lah! Percaya sangat!

Ayra membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Lalu dia mengurut tangannya yang kelihatan sedikit merah dan sakit. Aku tampar dia atau dia tampar tangan aku? Pelik!

"Tangan kau kenapa?"

"Ye? Tak. Tak ada apa-apa."

Cakap sakit pun susah minah ni. Siapa suruh tampar Ayu tadi? Yusof Amsyar memerhatikan saja Ayra yang sedang mengurut-urut telapak tangannya. Tak sangka pula Ayra boleh buat benda tu tadi. Sepatutnya aku yang marah. Ini dia pula yang terlebih sudah. Itu maknanya Ayra sangat mementing maruah dan menjaga kesuciannya. Tak seperti Ayu, pegang sana, pegang sini, rapat sana, rapat sini. Kadang-kadang dia sendiri pun rimas. Rimas bila dirinya dipeluk, dicium, dipegang di depan orang ramai.

Ayra memandang air sungai yang mengalir tenang. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Ya Allah! Bekas air aku!

"Alamak, bekas air! Tunggu sini kejap. Saya nak ambik bekas air yang tertinggal." Ayra terus pergi ke seberang untuk mengambil bekas air yang ditinggalkannya tadi sebelum melihat babak 'Drama Sangat' tadi.

Matanya melilau mencari bekas airnya. Nasib baik kau ada lagi. Kalau tak mesti aku kena ganti rugi sebab menghilangkan harta benda orang. Dia mengambil bekas air itu lalu kembali menemui Yusof Amsyar.

"Kau ni dahlah lembab..kau pelupa juga ya." Yusof Amsyar bersuara setelah Ayra kembali. Dalam keadaannya yang sedang bersedih masih lagi sempat dia mengutuk. Kali ini tidak ada jeritannya yang mengherdiknya seperti selalu.

Kan sedap kalau suara dia selalu lembut macam ni.

"Sibuk! Suka hati lah saya ni pelupa ke, lembab ke. Awak jangan masuk campur." Balas Ayra. Tangannya digenggam kuat, lagak sepeti ingin menumbuknya. Tak berani aku menumbuknya. Nanti tak pasal-pasal aku jadi mangsa kena penumbuk sulungnya. Lelaki itu mengelak.

Dia ketawa kuat. Lucukah? Pertama kali Ayra melihat senyumannya yang manis yang menampakkan giginya yang rata dan putih itu. Siapa yang memandang, boleh mencairkan mana-mana hati perempuan. Patut ramai peminat. Tanpa disedari Ayra juga ikut sama ketawa. Lama mereka dalam keadaan begitu.

Lelaki yang bernama Yusof Amsyar memang seorang yang lelaki yang kacak, tinggi lampai, kulit pun putih macam model iklan sabun. Wajahnya sedikit mirip dengan Haruma Miyura, pelakon Sky of Love. Bermata sedikit sepet, hidung pun mancung dan mempunyai bibir nipis yang berwarna merah.

"Saya memang pelupa. Lebih-lebih lagi bila saya terganggu. Bunyi tadi tu lah......" Opps!!! Ayra menampar mulutnya lembut. Timbul rasa bersalah dihatinya. Yusof Amsyar menunduk. Mati senyumannya.

"Tak sangkakan..Ayu sanggup buat aku macam ni. Aku sayang dia. Aku cinta dia. Selama ni aku tak pernah sakitkan hati dia...aku.." Yusof Amsyar meluahkan rasa hatinya.Kata-katanya terhenti lalu dia menangis kembali.

Ayra memandangnya dengan perasaan simpati. Begitu sayangkah dia pada Ayu? Begitu besarkah cintanya kepada Ayu? Banyak lagi perempuan kat luar sana. Malahan jauh lebih baik daripada Ayu. Tak perlu ditangisi Yusof Amsyar. Tak ada keistimewaan yang dapat dilihat dalam diri Ayu.

"Itu maknanya Allah menyayangi awak Yusof. Allah akan menghadiahkan hamba-Nya ujian kerana DIA merindui hamba-Nya. Mungkin Ayu bukan perempuan yang sesuai untuk awak. Bila tiba masanya DIA pasti akan mempertemukan awak dengan perempuan yang jauuuuuuh lebih baik dari Ayu. Percayalah." Pujuk Ayra. Ya itu namanya ujian. Allah adalah sebaik-baik perancang kerana DIA adalah tuhan kita. DIA yang menciptakan kita dan DIA jugalah yang akan melindungi kita.

"Tapi kenapa aku? Kenapa bukan orang lain. Aku sudah merancang untuk menjadikannya isteri. Mama dan papa pun dah setuju akan melangsungkan hari pernikahan kami selepas saja aku tamat belajar."

"Siapa kita untuk bertanya soalan itu? Layak ke kita? Kalau Allah sudah mengkehendaki bahawa kita lah yang akan ditimpa ujian seperti ini maka akan terjadi lah. Kita ni manusia yang lemah. Tak ada kuasa untuk menghentikan takdir yang Allah dah berikan. Tak cukup ke dengan apa yang telah DIA berikan kepada kita. Kita dapat bernafas, melihat, mendengar, berjalan. Semunya tapi..Allah tak meminta bayaran itu semua PERCUMA. "

"Cuma yang Allah mahukan kita manusia yang lemah, yang tak mempunyai apa-apa kuasa ini melakukan apa yang diperintahkan-Nya. Ingat Yusof, cinta yang abadi dan kekal adalah cinta kepada ALLAH." Sambung Ayra. Dia dah mula berceramah. Ayra ingin dia mengerti bahawa semua yang terjadi adalah di atas kuasa Allah. Pandai juga aku buat ceramah ya. Tak sangka pula aku ni boleh jadi pakar motivasi. Bangga!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz