BAB 31

342 9 0
                                    

SUASANA di ruang tamu sungguh meriah. Berdetak dentum bunyi suara tawa. Selesai sahaja menikmati makan malam Ayra dan Yusof Amsyar berborak-borak dengan nenek Meriam dan atuk Daniel. Berborak mengenai kisah pertemuan pasangan tua itu memang melucukan. Itu lah sebabnya mahu pecah rumah bila tawa Ayra dan Yusof Amsyar bergabung.

"Ayra. Nenek nak tanya kamu ada berapa orang adik-beradik?" Nenek Meriam menyoal. Teringin sangat dia nak tahu tentang gadis berbadan comel itu.

"Ada 3. Saya dan kakak saya kembar dan seorang adik perempuan." Jawab Ayra.

"Kembar?" Soal Yusof Amsyar, nenek Meriam dan atuk Daniel serentak. Baru pula aku tahu dia ni ada kembar.

"Ya. Tapi kembar saya dah meninggal dunia 4 tahun lalu. Ketika itu umurnya baru 19 tahun." Ujar Ayra. Sayu nada suaranya. Hubungannya dengan kakaknya, Ayda memang tidak pernah bail. Tapi rasa kehilangan itu pasti ada.

Semua kelu. Tidak bersuara. Mereka menanti Ayra untuk berbicara.

"Dia kemalangan sehari sebelum majlis pernikahannya. Mmm...hari tu sepatutnya dia nak jumpa Ayra sebab ada hal penting dia nak sampaikan. Sebelum tu Ayra dan dia ada krisis. kami bergaduh besar. Rasa terkilan dan sedih..se..sebab Ayra belum sempat meminta maaf pada dia. Kalau hari tu Ayra tak jumpa dia mesti sekarang kami masih bersama. Saya nak cuba jadi adik yang baik. Tapi susah sangat saya nak buat begitu." Berketar-ketar suara Ayra menyampaikan ceritanya. Air mata yang bertubir dikelopak mata diseka lembut.

Kesedihan yang disimpan bertahun-tahun akhirnya terluah jua. Di depan orang tuanya dia mesti menjadi kuat. Tak nak menangis dan menampakkan kesedihannya tapi di dalam hati Allah sahaja yang mengetahuinya. Walau sesedih apa pun dia, kesedihan orang tua kehilangan anaknya lagi tidak ternilai duka serta lukanya.

"Ayra tak salah nak. Semua sudah menjadi ketentuan Illahi. Jangan bersedih. Sedekahkan doa kepadanya." Nenek Meriam berdiri. Lalu duduk di sebelah Ayra kemudian dibawa tubuh Ayra ke dalam pelukannya.

Yusof Amsyar memandang sayu ke arah Ayra. Perasaan simpati bersarang di hatinya. Sebelum ini dia memang tidak mengetahui Ayra mempunyai kembar. Bagaiman kau nak tahu? Dah kau benci sangat pasal dia. Tengok muka dah benci. Ini kan pula mendengar kisah dia. Malam itu Yusof Amsyar benar-benar rasa hatinya pedih melihat kesedihan Ayra tapi bila dia teringat akan kesakitan dan kedukaan yang kakaknya alami. Semua simpatinya terhadap perempuan itu hilang.

"Yusof pula ada berapa adik-beradik?" Atuk Daniel pula yang bersuara setelah sesi air mata telah tamat.

"Ada 3 juga. Saya anak bongsu. 2 orang kakak."

"Patut lah degil dan tak mahu kalah." Perli Ayra. Dia tersenyum senget sambil memandang Yusof yang berada di sebelahnya.

Yusof Amsyar menjelingnya. Dia mengencing gigi. Sakit pula hati.

"Kalau aku degil ada aku susahkan kau?" Balas Yusof Amsyar. Serius nadanya. Muka pun dah ketat sendat.

"Memang pun." Ayra memancing kemarahan Yusof lagi. Tengok muka dah merah. Tunggu masa nak meletop lah gunung berapinya.

"Kau suka nak cari pasal. Buat aku sakit hati tau tak?"

"Saya lagi rasa sakit hati. Sakit hati, sakit jiwa, sakit mata, sakit telinga. Semua rasa sakit bila dekat dengan kau." Bidas Ayra.

Nenek Meriam dan atuk Daniel hanya mampu menggelengkan kepala. Anak muda memang begitu. Mereka pun pernah juga merasai muda. Apa yang Ayra dan Yusof Amsyar buat persis seperti mereka dulu-dulu. Ada saja yang tak kena. Itu salah ini salah. Serba serbi salah.

"Dah. Nanti nenek kahwinkan kamu berdua baru padan muka. Masa tu baru kamu tahu betapa ruginya kamu bertekak. Bazir air liur. Bila dah jatuh cinta apa yang dibenci itu lah yang kamu suka. Jangan main-main." Nenek Meriam menyampuk sambil tertawa kecil.

"Hish! Tak nak saya nek dengan lelaki yang mulutnya tak ada lesen. Asyik nak kutuk orang je kerja. Lepas tu asyik nak denda-denda orang. Tak ada kelas langsung." Ayra mencebik.

"Aku pun tak nak lah. Kalau aku kahwin dengan kau alamatnya senget pelamin aku. Itu nasib baik senget. Kalau roboh? Hah..viral jadinya."

"Saya lagi 100 kali tak ingin! Jangan kata nak bayangkan. Nak cakap kahwin dengan awak pun rasa berkudis bibir. Dah lah kepala batu, perangai pun tak cukup sifat."

"Eh perempuan. Aku 1000 kali tak ingin. Perampas!" Suara Yusof Amsyar dah naik satu oktaf.

Ayra membeku seketika. Telinganya rasa berdesing mendengar perkataan 'perampas' yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Perampas?" Ayra mengulangi perkataan itu. Matanya meratah wajah lelaki di sebelahnya itu. Temperature dah mula naik.

"Kau ingat aku tak tahu yang kau ni suka merampas kebahagiaan orang lain! Kau PERAMPAS."

Panggg!! Satu penampar hinggap ke pipi putih gebu Yusof Amsyar. Merah pipi itu. Yusof menggosok-gosok pipinyayang terasa pedas, sakit dan ngilu.

"Aku tak pernah rampas kebahagiaan orang lain Encik Yusof Amsyar. Tak akan dan tak pernah! Bahkan dalam mimpi sekali pun akan aku haramkan rampas hak orang lain!" Suara Ayra sudah meninggi. Sudah hilang perkataan 'saya-awak' dimulut Ayra. Bila dah marah tak ada maknanya ber 'saya-awak.'

"Kau yakin?" Yusof Amsyar menduganya lagi.

"Yes! Memang lah aku yakin. Aku dah tak sanggup tengok wajah kau Yusof. Kau tak habis-habis sakitkan hati aku. Apa salah aku?!" Ayra terus berlalu pergi meninggalkan Yusof Amsyar yang masih menggosok-gosok pipinya, nenek Meriam dan atuk Daniel.

Yusof Amsyar terkedu. Mata itu. Mata itu kelihatan jujur. Adakah aku yang bersalah sekarang?

"YUSOF dan Ayra ada masalah ke?" Suara atuk Daniel memecah kesunyian malam. Yusof Amsyar yang sedang berbaring di kerusi sofa di ruang tamu. Malam itu dia memilih untuk tidur di ruang tamu sebab rumah itu hanya mempunyai dua buah bilik. Satu bilik kepunyaan atuk dan nenek. Sebuah lagi digunakan oleh Ayra.

"Di antara ada dan tiada atuk." Yusof Amsyar mengubah posisi duduknya. Dia tersenyum kepada atuk Daniel.

"Begitu pula."

"Ada kenangan lalu yang membuatkan saya berbuat begitu. Saya sendiri keliru sekarang. Apa yang saya buat tadi...dah buat..dah buat hati saya sakit atuk. Saya nak sakitkan hati dia. tapi kenapa saya pula yang rasa perit?" Kata Yusof Amsyar jujur.

"Yusof. Kita jangan hidup dalam kenangan, kerana kenangan itu tentang masa lalu. Hidup lah dalam sesuatu yang disemangati oleh impian kerana impianmu adalah gambaran tentang keindahan masa depanmu. Mengingati kenangan tu boleh Yusof tapi jangan sampai ia membelenggu hidup. Kenangan ada baik dan buruk, kedua-duanya pasti ada hikmah disebaliknya. Ikhlaskan Yusof. Jangan sampai nanti Yusof yang menyesal." Panjang lebar atuk Daniel menasihati Yusof Amsyar. Ayat-ayat itu pun dia dapat dari buku yang dibacanya. Berguna lah juga kan?

Yusof Amysar menunduk. Kata-kata atuk Daniel sedikit sebanyak menghasut dirinya. Ada benarnya kata-kata itu tapi aku rasa serba salah. Bagaimana dengan dendam untuk kakak? Tapi perasaan kau? Ah, serabut! Ya Allah..Bantu Hamba-Mu ini.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now