BAB 23

350 7 0
                                    

"DAH habis beromance ke adik-adik aku ni?" Tiba-tiba suara garau dan serak Nadim menerpa telinga dua insan sedang hangat bercinta.

Kacau je abang Nadim ni tau! Aku nak dengar lagi ayat-ayat cinta buah hati aku. Dah terbantut suasana romantik! Sempat Zila hadiahkan jelingan maut kepada Nadim. Tapi Nadim buat tidak tahu saja jelingan itu.

"Abang Nadim. Bila masa pula abang Nadim duduk kat sini?" Tanya Haziq Syukri terkulat-kulat. Malu pula kalau dia dengar ayat manis semanis Pavlova. Yang empuk, crispy tapi lembut dalamnya.

"Aku dari tadi lagi duduk depan kamu ni. Tu lah asyik sangat bercinta. Aku yang kurus tapi tak kurus sangat ni, kau berdua boleh tak nampak." Balas Nadim. Dia tersenyum meleret. Nampak sangat ingin menyakat Haziq. Dia tahu Haziq seorang lelaki yang pemalu. Dibandingkan dengan Yusof, bagai langit dan bumi perangai mereka berdua. Belum apa-apa muka dah merah. Haziq. Haziq.

"Tak perasan bang." Zila menyampuk.

"Apa yang aku dengar tadi tu betul ke? Kau nak jadikan Zila ni isteri?" Pertanyaan Nadim membuatkan Haziq Syukri tersedak air liur. Semakin seronok pula Nadim menyakat Haziq.

Zila menepuk-nepuk belakang Haziq Syukri. Hampir tergelak dia melihat Haziq yang sudah tidak keruan. Baru ditanya begitu dah gelabah semacam.

"Betul bang. Lepas saya habis belajar, saya akan jumpa orang tua Zila." Dalam keadaan tertunduk malu, Haziq menjawab soalan tadi. Ceh! Bang kuat pendengaran kau. Bab-bab kahwin juga yang kau dengar.

"Bagus lah tu. Bukan apa aku takut Zila tu yang tak tahan nanti. Kalau dia apa-apakan kau senang Ziq. Benda dah halal dah pun." Nadim ketawa lepas. Bergema suaranya, memecah kesunyian malam.

"Abang! Apa pasal pula Zila yang tak tahan?" Terbeliak biji mata Zila mendengar kata-kata Nadim. Malu pun ada juga. Dia ingat aku ni perempuan gatal? Aku masih tahu mana halal mana haram tau! Geram!

Haziq Syukri hanya tersenyum simpul.

"Betul lah tu Zila. Ayat buah hati kau tu sweet potato sangat. Aku kalau jadi perempuan pun cair meleleh macam ice cream. Takut pula aku, kau yang ngap dia dulu." Ujar Nadim dengan ketawa yang masih tersisa. Semakin galak dia menyakat pasangan itu. Dari awal lagi dia leka memerhatikan pasangan itu. Memang secocok. Lawa dan hensem. Yang perempuan manja tapi aggressive atau lebih kepada kurang pemalu. Lelaki pula pemalu dan suka mengambil berat serta penyabar. Sesuai sangat lah tu. Saling melengkapi.

"Abang Nadim! Jahat tau! Zila bukan sejenis perempuan ulat bulu tau." Zila sudah merengek manja.

"Abang gurau je lah. Abang tahu Zila seorang perempuan yang baik. Bila nak kahwin, jangan lupa jemput abang. Kad jemputan post je kat rumah abang." Nadim kemudian meninggalkan mereka berduaan. Lega rasanya setelah puas hati menyakat pasangan itu. Hilang sedikit tekanan dan kerisauan tentang Ayra dan Yusof hilang selepas terjatuh dari jambatan Helang yang roboh.

Haziq Syukri dan Zila berpandangan. Senyuman sudah terukir dibibir. Semoga Allah menyatukan hati mereka secepat mungkin.

PERTENGKARAN di antara Ayra dan Yusof Amsyar masih lagi berlanjutan. Dua-duanya tidak mahu mengalah. Ayra menyalahkan Yusof. Yusof menyalahkan Ayra. Banyak sangat air liur dihabiskan gara-gara membahaskan perkara yang tak penting. Mereka seakan sudah lupa mereka sesat, lupa dimana mereka berada sekarang, lupa dengan segala-galanya.

"Kau nak terasa sangat aku kata kau lembab macam siput kenapa? Aku kata benda yang betul." Yusof Amsyar bercekak pinggang. Turun naik dadanya mencuba mengawal marah. Kecik besar kecik besar aku tengok minah gempal ni. Dari tadi buat aku sakit hati memanjang. Amboi, kau fikir kau punya sakit hati je Yusof, hati Ayra kau nak buat apa? Kau pun sama juga suka membengkakkan hati dia. Kutuk-kutuk dia.

Ayra menikam mata Yusof dengan renungan yang berlaser.

"Sebab awak dah keterlaluan. Sepatutnya awak memahami keadaan saya. Saya bawa barang yang beratnya macam nak angkut 3 orang manusia. Sedangkan awak hanya mebawa diri sendiri. Buta ke? Bukannya nak tolong. Eh kejap. Awak memang tolong saya. tolong membengkakkan hati ada lah!" Lelaki di hadapannya itu memang seorang manusia yang tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadapnya. Sengaja dia menyakiti hati Yusof. Biar dia tahu apa perasaannya ketika itu.

Yusof Amsyar merengus kasar. Singa rimba sudah merasuki tubuhnya. Dia merapati kedudukannya dengan Ayra. Semakin dekat dan semakin dekat. Sehingga tidak ada ruang bagi Ayra untuk meloloskan diri. Badannya kini sudah bersandar di pokok. Cemas. Gelisah. Takut. Semua perasaan bergabung meletop seperti lagu Stacy dan Adam. Apa kau nak buat ni Yusof?! Hati perempuannya menjerit.

Ayra menolak kuat tubuh sasa Yusof. Tapi lelaki itu masih lagi merapati dirinya. Tenaga lelaki itu cukup kuat untuk dilawan. Yusof tersenyum jahat. Wajah Ayra yang sudah kemerahan diterkam. Tangannya memegang lembut kepala Ayra yang dibalut tudung.

"Apa yang awak nak buat ni Yusof?!" Ayra menjerit kecil. Tangannya menepis tangan Yusof Amsyar yang semakin liat menyentuhnya. Di dalam hati sudah berbakul-bakul sumpahan dihadiahkan kepada lelaki yang menggila itu.

"Shhhh. Mulut kau bila senyum memang cantik. Tapi bila bercakap cukup pedas mengalahkan mee Samyang." Yusof Amsyar tersenyum senget. Rasakan kau Ayra. Dari tadi mulut kau asyik pot pet pot pet. Aku nak ajar sikit. Seronok pula bila aku tengok wajah kau cemas kau.

Ayra menahan air matanya. Wajah lelaki itu diratah kasar. Bencinya membuak-membuak berleluasa dihatinya.

"Nak nangis? Kau menangis lah puas-puas. Sekarang ni hanya aku dan kau kat sini. Boleh lah aku buat apa yang aku suka." Yusof Amsyar merapatkan wajahnya ke wajah Ayra. Tiba-tiba satu perasaan mengetuk dirinya. Perasaan apa ni? Ah, sudah! Kau jangan nak buat hal hati. Walau apa pun terjadi jangan pernah letakkan nama Ayra Syafinaz di dalam hati kau. Kau kena ingat apa yang dia dah buat pada hidup kau. Hidup kakak kau!

Ayra membeku. Sesak dadanya menahan nafas dan marah. Kalau Yusof nak apa-apakan kau, apa yang patut kau buat Ayra? Gila!

"Bagus. Pandai pun kau diam. Sekali lagi kalau kau bising. Aku cium bibir kau. Biar bisu terus." Gertak Yusof Amsyar. Kemudian dia menjauhkan jaraknya dari Ayra. Dia tersenyum puas bila melihat Ayra sudah menjadi patung Barbie di hadapannya. Padan muka! Tapi kenapa hati ni masih lagi mendendangkan lagu yang tak berirama. Asyik ketuk-ketuk lebaran dari tadi.

"Bongok! Lelaki Psycho!" Ayra melemparkan sumpahannya kepada lelaki itu. Yusof hanya memekakkan telinga. Yang penting perasaannya ketika itu mesti disekolahkan. Bertenang Yusof. Itu semua hanya khayalan.

Akhirnya Ayra menangis seorang diri. Apa lah nasibnya sekarang, sesat bersama musuh ketat. Ditambah lagi dengan perangai yang mengelirukan. Sekejap baik sekejap jadi hantu. Sedihnya! Ayra rindu mak dan abah!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now