BAB 2

537 15 0
                                    

SELEPAS menunaikan sembahyang subuh, Ayra keluar untuk pergi bersenam. Tak pernah-pernah pergi bersenam tiba-tiba hari ini rajin pula nak buat semua itu. Satu kampus dikelilingi. Boleh pecah rekod ni. Bangga sungguh si Ayra Syafinaz dengan pencapaiannya. Sedangkan hidungnya sudah kembang kempis menahan keletihan yang amat. Semput! Itulah bila berat badan sudah melambung tinggi menuju puncak angkasa baru sibuk nak buat senaman.

Ayra mengambil tempat dibangku yang berada depan taman. Peluh yang membasahi dahinya dilap menggunakan lengan baju. Lupa pula tadi bawa air. Hauslah pula. Ayra memandang keadaan sekeliling. Angin pagi hari tu sangat menenangkan. Terasa nyaman saja. Bunyi burung-burung yang berkicauan dilangit boleh menghilangkan stress. Cakap tentang stress, teringat pula pasal permintaan Zila. Ayra! Apa kau dah buat ni? Kenapa kau setuju juga dengan permintaan Zila? Kau pergi hutan? Kau akan masuk hutan? Kau.....hutan? H-U-T-A-N?

"Arghhhhhhhh!!!!!!! Aku tak nak!!!!!!!!!!" Tiba-tiba Ayra menjerit seperti budak perempuan kena histeria.

"Hoi!! Kau dah kenapa perempuan? Kena sampuk?" Ayra menoleh ke arah suara garau itu. What?? Buat apa mamat ni kat sini? Lelaki itu mendekati Ayra. Ayra hanya membiarkan lelaki tadi berdiri di sebelahnya. Banyak-banyak manusia dia juga yang aku jumpa. Yusof Amsyar lelaki berlagak kacak. Puih!

"Kau okay?" Tanya Yusof Amsyar ikhlas. Ikhlas ke?

Ayra hanya membisu. Meluat sungguh!

"Aik, takkan dah hilang suara? Tu lah menjerit macam Pontianak melalak tadi. Buang tebiat ke?" Yusof Amsyar tersenyum evil. Nampak sangat wajahnya sedang mengejek Ayra.

Sebenarnya dari awal lagi Yusof Amsyar memerhatikan Ayra. Susah payah dia menahan ketawa kerana melihat hidung Ayra yang sekejap besar, sekejap kecik keletihan dan semput. Setelah Ayra duduk berehat, dia pun turut sama menghentikan langkahnya, lalu duduk dibangku yang berada sebelah bangku Ayra. Ayra tak sedar akan kehadiran lelaki itu. Entah mengapa terasa seronok pula melihat gelagat Ayra. Seronok? Apa benda yang seronoknya melihat gadis bertubuh sedikit gempal itu? Yusof Amsyar menepis segala perasaan yang boleh menghancurkan martabatnya sebagai lelaki yang kacak dan popular.

"Apa awak cakap? Pontianak?" Ayra geram. Hatinya yang tadi sudah meluat dengan seorang lelaki yang bernama Yusof Amsyar itu, kini semakin membuak rasa nak menampar mulut lelaki yang memang tak ada insuran langsung. Suka-suka hati kata aku Pontianak. Kalau aku Pontianak kau tu penanggal versi lelaki!

"Eh, boleh pula bersuara. Aku ingat tadi dah bisu. Soalan senang aku tadi pun tak boleh jawab. Bagaimana nanti aku nak soal soalan yang susah? Tapi memang betul pun suara kau tadi macam Pontianak. Mengganggu ketenangan kampus." Balas lelaki itu tenang. Harap muka saja ayu tapi perangai tak boleh dibuat jadi isteri. Isteri? Nak fikirkan pun terasa seram.

Turun naik dada Ayra menahan marah. Sebelum tangan aku menarik rambut mamat yang ala-ala Lee Minho tak berapa nak jadi ni, lebih baik aku belah dari sini. Ayra menjeling tajam Yusof Amsyar. Lalu pergi meninggalkannya tanpa membalas kata-katanya tadi.

Yusof Amsyar hanya tersengih-sengih. Dia memandang Ayra yang sudah jauh berlari di depan. Tak padan dengan badan yang gempal laju juga dia lari.

SAMPAI asrama puteri, Ayra terus packing barang-barang untuk 'Kem Jalinan Kasih'. Walaupun hatinya tidak rela. Ditambah lagi kejadian tadi yang membuat hatinya bengkak bernanah kerana si Yusof yang bermulut puaka dan maut. Tapi bila mengenangkan wajah Zila yang sangat mengharapkan kehadiran dirinya, terpaksa juga dia setuju. Kesian pula aku tengok. Anggap saja ini sebagai satu pengorbanan dan pertolongan demi menyelamatkan hubungan Zila dan Zul. Manalah tau mereka berdua dapat membina mahligai istana till Jannah. Harap-harap tak ada benda yang tak baik berlaku nanti.

Inilah kali pertama Ayra pergi berkhemah di dalam hutan.Kalau bukan kerana Zila, jangan harap aku nak pergi. Lebih baik aku duduk dalam bilik dan tidur bersama penghawa dingin yang ku sayangi selalu. Selain dari baju, seluar, selimut dan yang paling penting pakaian 'ehem-ehem', habis semua makanan yang ada kat dalam peti ais Ayra sapu. Sumbat saja ke dalam beg. Berus gigi, tuala, bantal busuk pun bawa juga. Aku ni nak pergi masuk hutan atau pergi melancong?

"Hoi! Arya! Banyak bebenor kau bawa hari ni. Kau bawa apa yang penting dan perlu je lah. Buat apa kau bawa periuk, kettle, belanga ni semua? Ya Allah." Zila yang baru saja masuk ke dalam bilik Ayra menggelengkan kepalanya beberapa kali. Apa hal kawan aku ni. Nasib baik aircond tu tak muat masuk dalam beg, kalau muat confirm dia angkut sekali.

"Pentinglah ni Zila.Kalau tak penting taklah aku bawa. Benda ni semua aku gerenti kita perlukan nanti. Yang kau aku tengok, kecik sangat beg kau bawa. Cukup ke barang kau bawa tu?" Ayra memandang beg Zila. 3 kali ganda keciknya dari beg aku.

"Cukuplah, kita kan pergi hanya untuk 1 minggu.Yang kau aku tengok dah macam tinggal 1 bulan kat dalam hutan. Berat lah kalau bawa banyak sangat barang. Penat nanti."

"Aku tak kisah pun. Aku kan kuat. Tiap-tiap hari aku minum kopi kacip Fatimah. Aku yang nak angkat beg ni bukan kau Cik Zila." Sempat lagi Ayra berseloroh. Kacip tak kacip,tak ada maknanya minum kacip Fatimah tu. Selama ni aku memang dah biasa bawa beg berat-berat ke hulu ke hilir kat kampus. Sehingga aku dicop 'Cik Ayra Santa Claus' sebab bawa beg yang besar.

"Suka hati kaulah.Kalau dah siap jom kita pergi kat lobi. Mereka semua tunggu kita sekarang kat sana. Lambat kang, kita pula yang didenda oleh mamat poyo tu." Kata Zila.

Akhirnya Ayra dan Zila melangkah keluar dari asrama puteri.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamOù les histoires vivent. Découvrez maintenant