BAB 15

414 11 0
                                    

ZILA asyik berleter macam mak nenek. Satu hutan boleh dengar leteran dia. Ayra menutup telinganya. Bingit!

"Semua tempat aku cari kau Ayra. Bukan main lagi hati aku risau aku pergi situ, tak jumpa, aku pergi sana pun tak jumpa juga." Leter Zila. sekejap dia duduk, sekejap dia berdiri. Tak senang duduk.

"Aku pergi tanya yang lain kata mereka tak nampak kau dari tadi. Aku semakin risau. Ingat Ayra ini hutan bukan kat luar. Kalau sesat boleh jumpa jalan keluar. Kat hutan ni susah. Kau pun first time masuk hutan." Sambungnya lagi.

Ayra masih menutup telinganya.

"Ayra!!" Zila menarik lengan Ayra. Geram hatinya bila dia tengah 'berpidato' sahabatnya itu langsung tidak mahu memperdulikannya.

"Aww, sakit!" Ayra mengerang kesakitan. Lengan itu lah yang telah menjadi mangsa keganasan Yusof Amsyar. Sehingga timbul babak Dilwalee.

"Sakit? Apa pasal tangan kau ni ada bandage Ayra?" Tanya Zila setelah lengan baju Ayra disingkap. Tangan Ayra dibelek-belek.

Ayra terdiam. Akalnya ligat mencari alasan yang bernas supaya Zila tidak mengetahui hal yang sebenarnya. Kalau dia tahu mesti dia fikir yang bukan-bukan. Zila ni suka berimaginasi lebih. Dah terlebih tengok cerita-cerita yang tak betul. Begitu lah jadinya.

"Ayra. Aku tanya ni. Kenapa dengan tangan kau?"

"Terseliuh semalam."

"Semalam? Bila masanya. Kau dengan aku 24 jam kot. Tak ada pun aku tengok kau terjatuh ke apa."

"24 jam konon. Ada lah. Kau sibuk ikut buah hati, buah pinggang kau cari kayu. Hal aku mana kau peduli. Kau tinggalkan aku sendirian kat khemah." Ayra bepura-pura merajuk. Dia sengaja berbuat demikian supaya Zila tidak bertanya lagi.

Zila tersengih-sengih. Kepala yang tidak gatal digaru. Lupa pula kau pasal hal tu.

"Tau pun diam. Tadi bukan main berpidato bagai."

"Kau kalau nak pergi sungai. Ajak aku boleh? Ini tak pergi sorang-sorang. Macam lah kau tu terrer sangat." Zila mengomel lagi.

"Aku kan guna map Cik Azila Syuhada oi."

"Guna map konon. Kau buka map tu pun baru hari ni tau."

Ayra hanya menjelirkan lidahnya. Kalau nak bertikam lidah dengan Azila Syuhada sampai tahun depan pun belum tentu habis. Caranya berdiam diri saja.

"Ayra. Aku nak ceita ni. Kau gerenti terkejut dengan cerita yang akan aku sampaikan." Zila berbisik ke telinga Ayra.

"Cerita apa?" Tanya Ayra. Dia sepertinya sudah dapat mengagak cerita apa yang akan Zila beritahu padanya.

"Ayu tadi dah balik bersama Airiel. Aku tengok muka dia habis bengkak sana sini. Berdarah-darah. Berjalan pun macam nenek si bongkok tiga." Nada suara Zila masih rendah. Tapi ekspresi wajahnya dah berubah mirip Kartina Aziz dalam cerita Mami Jarum. Dia dah jadi makcik bawang.

"Lepas tu?" Ayra berpura-pura terkejut. Tangannya menutup mulutnya. Dalam hati dia saja yang tahu betapa susahnya dia ingin menahan tawa. Zila ni kadangnya over juga bila nak bergosip.

"Aku syak mereka berdua tu ada hubungan sulit. Boleh pula mereka berpeluk-peluk tadi. Ayu siap mengusap wajah si Airiel yang penuh darah tu. Jangan-jangan si Airiel tu dah ditumbuk oleh Yusof kot. Dari tadi pun aku tak nampak dia."

Ayra hanya mengangguk. Biar lah nanti Zila tahu sendiri apa yang berlaku. Dia tak nak jadi budak mulut tempayan. Lagi pun itu aib Ayu dan Airiel. Airiel yang dikenalinya sangat pendiam rupa-rupanya....tak nak cakap lebih. Hish!! Minta-minta bertaubat lah mereka berdua tu. Ya Allah! Lindungilah hamba-Mu ini dari melakukan perkara-perkara yang terlarang.

"Ayra. Kata tadi nak buat maggi. Sampai sekarang aku masih tak nampak cawan maggi tu. Bau pun tak ada." Zila memuncungkan mulut lagak seperti menghidu sesuatu.

"Oh yeah! Aku lupa." Ayra menepuk dahinya. Mana pergi bekas air aku tadi ya?

YUSOF Amsyar duduk termenung. Dia kelihatan lebih tenang. Kata-kata Ayra tadi membuatkannya sedar daripada mimpi. Mimpi yang selama ini dia tidak pernah menyangka akan singgah ke dalam 'tidurnya.' Diawalnya mimpi itu terasa indah sekali tapi akhirnya membawa kepada mimpi yang mengerikan dan menyedihkan.

Lelaki itu tersenyum sendirian. Tatkala memandang bekas air yang terletak tidak jauh dari tempat duduknya.

"Ayra. Ayra. Ayra." Dia menggelengkan kepala.

"Bekas air pun boleh lupa nak bawa."

Selepas memberinya nasihat. Terus dia meninggalkannya seorang diri di situ. Begitu juga dengan bekas air.

"KAU letak kat mana tadi?" Soal Zila. Dia menoleh ke kiri dan kanan turut sama mencari bekas air.

"Bukan aku letak kat sini ke tadi?" Ayra menunjuk ke arah lantai. Matanya masih lagi mencari bekas airnya yang kononnya hilang secara 'tiba-tiba.'

"Aku tak perasan pula tadi kau balik bawa bekas air."

"Pelik. Jangan-jangan....."

"Jangan-jangan ada hantu raya yang curi bekas air tu." Belum sempat Ayra menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba muncul lelaki yang bersuara garau di depan Ayra dan Zila. Kening lelaki itu menari 'tango.' Ayra ternganga. Zila pula berkerut kehairanan.

"Nah." Yusof Amsyar meletakkan bekas air itu di atas meja.

"Mmmmmm...macam.."

"Kau tertinggal kat sungai tadi." Yusof Amsyar seperti sudah dapat mengagak apa yang akan ditanya Ayra. Parah minah ni. Pelupa yang amat.

"Oh. Thank you." Ayra tersenyum nipis. Didalam hatinya ada rasa malu yang menebal. Sempat juga dia terfikir benda yang bukan-bukan. Ada ke patut hantu raya nak curi bekas air. Nonsense Ayra! Padahal diri sendiri yang terlupa.

"Hal pasal hidung tu jangan beritahu siapa-siapa." Yusof Amsyar berbisik ke telinga Ayra. Ayra terundur ke belakang sedikit.

Zila berkerut. Nampak sangat dia keliru. Apa kena dengan dia berdua ni? Bisik-bisik bagai.

Ayra kemudian mendekatkan jaraknya dengan Yusof Amsyar. Tangannya memberi isyarat menyuruh Yusof Amsyar tunduk. Lalu berbisik. "Rahsia awak korek hidung sedalam Laut Cina Selatan tu ada dalam tangan saya Encik Yusof Amsyar."

"Jom Zila kita buat maggi." Ayra dan Zila beredar meninggalkan Yusof Amsyar sendirian.

Geram betul aku dengan minah pendek plus gempal ni. Dia kata aku korek hidung sedalam Laut Cina Selatan? Ouch! Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku. Yusof Amsyar memegang dadanya lembut.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now