BAB 51

360 9 0
                                    

YUSOF Amsyar memerhatikan ruangan bilik tempat dia akan tidur. Sangat selesa. Walaupun ruang bilik itu tak seluas biliknya kat Bandar tapi ia sangat memadai. Ada katil, kipas, penghawa dingin, meja solek, almari. Perfect! Dia bukan seorang yang pemilih, dimana-mana pun dia boleh tidur asalkan tempat itu selesa. Tidur di dalam hutan pun dia sanggup.

Tiba-tiba saja pintu biliknya diketuk. Perlahan-lahan dia menuju ke arah pintu.

"Sorry ganggu. Saya nak bagi extra selimut dan bantal. Awak jangan risau, ini semua belum pernah digunakan lagi. Mak baru beli." Ayra menyerahkan selimut dan bantal tersebut kepada Yusof. Lelaki itu menyambutnya.

"Thanks. Aku boleh guna selimut dan bantal yang ada. Tak payah susah-susah." Kata Yusof lembut. Dia tersenyum nipis.

"Tak, saya takut awak tak selesa. Malam-malam kat sini sangat sejuk. Guna satu selimut tak cukup. Lagi satu kalau awak nak pergi tandas, awak boleh pergi kat luar. Awak jangan risau tak akan ada sesiapa yang akan intip awak. Kecuali...."

"Kecuali?" Dahi Yusof berlapis.

Ayra menguntum senyuman nakal. "Kat sini memang selalu diganggu oleh 'benda' tu."

"Benda apa pula?" Serius nada suara Yusof Amysar. Jangan-jangan kat sini ada hantu tak? Masak aku kalau ada hantu. Yusof sudah mula takut dan segala bulu-bulu yang ada mula ternaik.

Ayra cuba menahan tawa. Hah! Dia dah mula masuk perangkap. Sekali-sekala nak kenakan budak Bandar ni. "Ehem..dia berwarna putih dan berbulu lebat."

"Kau jangan main-main Ayra." Suara Yusof bergetar namun dia cuba untuk mengawalnya. Jatuh saham kalau Ayra tahu bahawa dia sekarang menahan rasa takut.

"Saya tak main-main. Saya cakap benda yang betul."

Melihat reaksi wajah Ayra yang serius itu, sedikit demi sedikit Yusof mula mempercayai kata-kata Ayra. "Apa nama benda yang berbulu dan berwarna putih tu?" soalnya lagi.

Ayra menghampiri Yusof kemudian berbisik ke telinga lelaki itu. "Kucing!"

HAHAHAHAHAHAH! Ayra ketawa lepas. Geli hatinya melihat wajah pucat Yusof. memang lawak 5 bintang!

"Ayra! It is not funny!" Merah padam wajah lelaki itu apabila dipermainkan oleh Ayra. Bodoh betul kau Yusof. Selalu terkena dengan helah Ayra. Bukan sekali tau tapi berkali-kali. Buat malu je!

Geram! Lengan Ayra terus direntap kasar. Terhenti tawa gadis itu. Yusof merapatkan wajahnya ke wajah Ayra. Dia kini tersenyum jahat. Pipi Ayra terasa hembusan halus nafas Yusof. si hati jangan ditanya memang sudah menjerit-jerit dengan nyanyian gendang Cina. Apa pula dia nak buat ni?!

Semakin rapat dan semakin rapat akhirnya Yusof menghentukkan dahinya ke dahi Ayra. "Ouuuuch!! Sakit!!!" Ayra menjerit kesakitan. Saat itu Lengannya dilepas oleh Yusof. Laju dia menggosok-gosok kepalanya.

Kini giliran Yusof pula ketawa bagai mak lampir. Renungan tajam Ayra tidak diendahkan. Siapa suruh kenakan aku tadi? Kan dah terkena.

"Adoiii!!!!" Tiba-tiba Yusof menjerit. Kakinya kini sudah dipijak oleh tumit kaki Ayra.

"Now.. kita seri. Bye!" Ayra terus berlari menuju ke biliknya, setelah hatinya puas dengan apa yang dilakukannya. Nasib baik dahi aku tak benjol!

Hish! Sakit hati aku! Tengok lah nanti, aku akan balas balik! Hati Yusof Amsyar menjerit.

AYRA mengunci pintu biliknya. Takut dikejar oleh Yusof. Dia tersenyum puas. Tangannya mengusap dahinya yang masih lagi terasa berdenyut. Namun kesakitan itu beransur hilang apabila dia mengenangkan Yusof terjongket-jongket kerana kakinya dipijak olehnya. Lalu dia ketawa seperti Aziz Satar didalam cerita Ali Baba Bujang Lapok. Dah macam orang kurang waras lagaknya.

'Kau dah gila ke Ayra? Ketawa tak ingat dunia.' Akhirnya dia tersedar sendiri. Astaghfirullah al Azim.

"AM pergi kampong Ayra?" Soal Puan Yasmin. Terkejut dia mendengar apa yang disampaikan oleh Mak Minah pembantu rumahnya itu.

"Ya, Puan. Tadi tengahari mereka pergi. Nampaknya Ayra ada masalah kat kampong. Tu yang mereka bergegas pulang." Jelas Mak Minah. Tangannya ligat mencuci pinggan mangkuk di singki.

Puan Yasmin mengangguk perlahan sambil menyusun pinggan mangkuk ke dalam almari. "Bagus juga Am temankan Ayra. Ayra tu perempuan takut nanti jadi apa-apa kat dia, risau pula kita. Tapi...Yasmin rasa sesuatu sangat. Baik sangat hati Am nak pergi hantar Ayra. Yasmin tak kisah sebenarnya Am nak buat apa pun, tapi kali ni Yasmin rasa lain macam. Ingat tak mak Minah ketika Ayu datang sini? Ayu merengek-rengek minta hantar pergi balik rumah dia. rumah dia taklah jauh sangat, Am berkeras tak nak hantar. Jangan-jangan...." Puan Yasmin menguntum senyuman penuh makna. Matanya melirik ke arah mak Minah. Mak Minah juga sama, mata mereka saling menyampaikan isyarat. 'jangan-jangan Am suka kat Ayra!'

Tak lama kemudian Puan Yasmin dan Mak Minah ketawa. Mereka berdua bagaikan adik-beradik kandung. Apa-apa saja akan diceritakan dan dikongsikan bersama. Baru menggunakan isyarat tubuh badan mereka sudah faham akan maksud itu. Memang bonding mereka sangat kuat.

"Tak lama lagi meriahlah rumah Puan kan? Ada yang akan diraikan nanti." kata Mak Minah.

"Aamiin. Kita doakan yang baik-baik Mak Minah. Tak sabar rasanya menanti saat-saat itu. Lena lah tidur saya!" Balas Puan Yasmin riang. Teruja sangat mendengar kata-kata Mak Minah. Angan-angan pun rasanya sudah cukup membuatnya bahagia. Apatah lagi bila angannya itu jadi kenyataan. Tak makan setahun aku!

Tiba-tiba telefon bimbit Puan Yasmin bordering. "Siapa pula call malam-malam ni? Tak kan abang Yazid, dia kat dalam bilik. Rindu sangat kat saya agaknya mak Minah." Seloroh Puan Yasmin mengundang tawa mak Minah.

Nama Yusof Amsyar tertera diskrin telefonnya. Laju dia mengangkatnya.

"Assalamualaikum anak teruna mama yang hensem."

"Mama baru je siap-siap cuci pinggan ni hah. Ada apa Am call ni? Ayra mana?" Soal Puan Yasmin kepada Yusof Amsyar. Reaksi wajah Puan Yasmin nampak terkejut. Mak Minah yang sedang memerhatikan majikannya yang sedang bertelefon itu berkerut dahi. 'Serius nampak perbincangan Puan dengan Am.' Bisiknya didalam hati.

"Baiklah mama faham. Kita jumpa esok ya Am." Kini reaksi wajah Puan Yasmin bertukar lagi. Bukan lagi terkejut tetapi berseri-seri. Telefon bimbit diletakkan di atas meja dapur. Dia tersenyum lebar menampakkan giginya yang putih dan bersih kepada Mak Minah.

"Kenapa Puan?" soal Mak Minah kehairanan.

"Impian saya akan jadi kenyataan Mak Minah!" Puan Yasmin terjerit keriangan. Seronoknya!

Mak Minah seakan mengerti apa yang disampaikan kepadanya. Ibu jarinya dinaikkan tanda bagus! Alhamdulillah semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aamiin!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamKde žijí příběhy. Začni objevovat