BAB 28

358 7 2
                                    

PINTU rumah yang mempunyai dua tingkat itu diketuk Yusof Amsyar. Namun tidak ada tanda-tanda ada orang nak membuka. Ayra di sisi menggigil kesejukan. Angin hari itu lumayan kuat.

"Ada orang ke duduk dalam rumah ni?" Tanya Ayra. Timbul soalan yang mengarut. Hello, hello, hello ini hutan okay. Eh, macam Dato' Seri Vida pula. Siapa yang nak duduk dalam rumah kat tengah-tengah hutan?

"Entah. Tapi lampu kat luar ni pasang. Mungkin ada orang kat sini." Balas Yusof Amsyar sambil mengetuk pintu itu lagi. cepat-cepat lah buka pintu ni. Aku dah kesejukan woi.

Ayra memerhatikan setiap sudut rumah itu. Cantik. Tak berhabuk. Bersih. Aku macam pernah tengok rumah ni. Kat mana ya? Ooooo..ini macam rumah kat dalam cerita korea. Alice: Boy from Wonderland. Rumah Wonderland. Wujud juga rumah macam tu kat sini. Erk, kalau rumah ni macam Wonderland tu, bukan ke seram?

Meremang bulu roma. Ayra menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kau kenapa?" Soal Yusof Amsyar pelik.

"Hmm...ni awak perasan tak? Rumah ni sama macam rumah kat dalam cerita korea hantu tu. Alice: Boy from Wonderland. Rumah Wonderland yang kat tengah-tengah hutan tu lah." Ayra berbisik ke telinga Yusof Amsyar.

Yusof Amsyar menekup mulutnya. Matanya bulat. Seolah-olah terkesima mendengar cerita Ayra.

"Kan? Awak tengok tak cerita tu?"

"Tak. Dah. Kau memang suka jadi Drama Queen ye. Suka sangat fikir benda-benda tahyul. Itu cuma cerita. Lakonan semata-mata tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati." Yusof Amsyar membuat muka hodoh. Apa benda minah ni fikirkan? Mengarut. Wonderland lah, hantu lah. Otak TV betul. Dia tersengih.

Ayra membuat muka menyampah. Ingatkan dia betul-betul terkesima. Saja je nak kenakan aku. Aku sekeh karang. Bisu.

"Anak berdua ni siapa?" Terdengar suara dari belakang mereka. Serentak mereka menoleh ke arah empunya suara.

Seorang lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 70-an sedang berdiri memegang kotak dan payung. Lelaki tua itu tersenyum manis melihat Ayra dan Yusof. Kemudian menghulurkan tangan tuanya kepada Yusof. Yusof menyambut salam lelaki tua itu lalu mengucupnya.

"Saya Yusof dan ini kawan saya Ayra. Kami sebenarnya nak menumpang berteduh kat sini." Jawab Yusof Amsyar. Ayra hanya mengangguk.

"Kalau macam tu mari kita masuk dulu. Bawa sekali beg-beg kamu." Jemput lelaki tua itu.

Yusof Amsyar dan Ayra sempat berpandangan sebelum mengekori lelaki tua itu masuk ke dalam rumah 'Wonderland' nya. Tak habis-habis lagi dengan Wonderland? Ish ish ish.

Setelah masuk ke dalam, Ayra dan Yusof duduk dikerusi sofa. Mata mereka liar memandang sekeliling rumah. Mereka sangat mengagumi rekaan dalaman rumah tersebut. Seperti rumah di Bandar. Besar dan luas. Perabot-perabot rumah juga sangat modern. Pelik kenapa rumah begini boleh wujud di dalam hutan?

Belum lama kemudian muncul pula seorang wanita tua yang seakan sebaya dengan umur lelaki tua tadi. Yusof Amsyar berdiri serentak dengan Ayra. Ayra lalu bersalam dengan wanita tua itu. Cantik juga nenek ni. Manis dan ayu dengan memakai tudung bawal. Nenek? Pandai-pandai kau panggil dia nenek. Bila masa kau jadi cucu dia?

"Nama nenek, Meriam. Ini suami nenek namanya Atuk Daniel. Panggil nenek pun boleh." Nenek Meriam memperkenalkan dirinya dan suaminya.

Kan betul nenek! Desis hati Ayra. Eh, kejap apa pasal nama mereka macam familiar? What?! Itu nama dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam!

"Saya Yusof dan ini Ayra." Yusof Amsyar tersenyum. Kemudian dia menyiku Ayra yang tiba-tiba membatu.

"Ah..saya Ayra dan ini Yusof." Berpeluh-peluh dahinya. Segala perasaan singgah dihati. Yang paling banyak perasaan takut lah. Bergetar-getar bibirnya ketika itu.

Nenek Meriam dan Atuk Daniel ketawa melihat telatah Ayra. Yusof Amsyar mengangkat kening kanannya. Dia ni dah kenapa? Bibir pun dah vibrate. Sejuk? Tak juga tapi dahi dia berpeluh. Ada-ada je.

"Comel kamu ni Ayra. Nenek tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran Ayra. Nama nenek sama macam dalam cerita Pontianak Harum Sundal Malam kan?" Nenek Meriam memegang tangan Ayra lalu membawanya duduk di atas sofa. Dia tersenyum manis memandang Ayra. Ayra pula terkebil-kebil. Bagaimana pula nenek Meriam boleh tahu apa yang ada dalam otak aku? Betambah musykil jadinya. Dia pandai baca fikiran orang tak?

Yusof Amsyar bingung. Pontianak Harum Sundal Malam? Cerita apa tu? Tak pernah dengar pun selama ini. Tajuk cerita pun seram sejuk nak dengar. Memang patut lah kau tak pernah dengar. Dah kau memang anti cerita seram. Penakut.

"Setiap kali ada pelajar yang datang tempat ni pasti akan bertandang ke rumah nenek. Dia orang semua tu pasti akan fikir benda yang sama seperti Ayra. Nama nenek kebetulan je sama. Jangan fikir yang bukan-bukan." Jelas nenek Meriam. Matanya mengamati wajah Ayra. Senyumannya tidak pernah lekang di bibir.

Ayra tertunduk malu. Kau memang lah Ayra suka sangat berdrama. Fikir perkara aneh. Kan dah termalu sendiri. Sekilas dia memandang Yusof Amsyar yang berkerut-kerut memandang mereka berdua. Nampak sangat blur lelaki tu.

"Ayra dan Yusof ada apa-apa hubungan ke?" Pertanyaan nenek Meriam membuatkan Ayra dan Yusof Amsyar tersedak air liur sendiri.

"Tak nek. Kami ni hanya sekadar kawan tapi tak rapat. Sebenarnya kami ni terpisah dari kawan-kawan kami yang lain. Semasa saya dan Ayra nak merentasi jambatan Helang hari tu tiba-tiba jambatan tu roboh. Kami berdua terjatuh kemudian tersesat. Hampir 4 hari juga kami mencari jalan keluar. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Nak contact mereka, handphone tak ada service, harapkan walkie talkie dah rosak. Peta yang kmi bawa pun hilang." Panjang lebar Yusof Amsyar menerangkan kisah tragis mereka. Tragis ke?

Nenek meriam dan atuk Daniel mendengar dengan kusyuk. Timbul rasa simpati kepada dua anak muda itu

"Sekarang ni kalau saya dan Ayra menumpang kat sini boleh nek, atuk? Bila hujan dah teduh baru kami pulang dan meneruskan perjalanan kami untuk keluar dari hutan ni." Sambunynya lagi.

"Tak apa Yusof. Kamu berdua boleh je tinggal kat sini seberapa banyak hari kamu nak. Lagi pun dua hari ni pasti akan turun hujan lebat. Itu mengikut ramalan kaji cuaca lah. Atuk akan bantu kamu berdua keluar dari sini.. senang je nak cari jalan keluar. Dah hampir 20 tahun kami duduk sini. Dah expert dah pun pergi mana-mana. Jangan risau." Balas atuk Daniel.

"20 tahun?" Serentak Ayra dan Yusof Amsyar bersuara. Terkejut harimau mereka. Mata hampir nak terkeluar buatnya.

"Rumah ni atuk dan nenek yang reka. Dulu kami berdua ni arkitek. 20 tahun yang lalu siap dibina terus lah kami menetap kat sini."

Ternganga mulut Ayra dan Yusof. Kalau ada lalat dah tentu berpusu-pusu masuk ke dalam mulut yang ternganga luas itu.

"Hah. Apa-apa pun pergi mandi. Tukar baju. Kamu dah basah kuyup ni. Nanti demam pula." Nenek Meriam menyampuk sambil tertawa. Comel sungguh budak berdua ni. Terasa sayang pula kat mereka berdua. Walaupun baru kenal tapi melihat Ayra dan Yusof terasa seperti anak sendiri.

"Betul tu. Rumah atuk ada dua jamban. Satu di bawah dan satu lagi kat luar. Pandai-pandai anak berdua lah untuk memilih." Atuk Daniel menunjuk ke arah pintu berwarna putih di belakang Ayra dan Yusof.

"Terima kasih atuk, nek Meriam. Sudi menolong kami. Terharu rasa hati bila ada orang yang sebaik atuk dan nenek." Ujar Ayra. Dia menghampiri nenek Meriam lalu memeluk tubuh kecil nenek meriam. Dia dah mula buat drama hindustan malam-malam. Itu la Ayra yang cepat sangat emosi dan terharu. Gembira terharu, sedih lagi terharu dan meraung.

"Sama-sama." Nenek Meriam membalas pelukan Ayra. Kemudian tersenyum lembut.

"Hei! Basah baju nenek tu. Over lah kau ni." Yusof Amsyar bersuara. Ada-ada saja minah ni.

Atuk Daniel hanya menjadi pemerhati saja. Kadang dia tertawa kecil. Seronok bila rumahnya dikunjungi tetamu. Terasa meriah di Hari Raya Aidilfitri. Pula dah.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now