BAB 18

372 11 0
                                    


YUSOF Amsyar masih membatu. Kenangan itu mengganggu hidupnya. Sejujurnya dia juga tidak akan pernah melupakan peristiwa itu. Disebabkan peristiwa itu dia dibelenggu rasa bersalah. Betul kata Ayra, dia seorang lelaki yang susah untuk meminta maaf. Namun ego mengatasi segalanya, tak perlu meminta maaf. Apa yang dilakukannya tidak setimpal dengan apa yang Ayra pernah lakukan kepada dia dan kakaknya dulu.

Ayra yang berada di hadapan Yusof Amsyar mengeluh berat. Kepala yang dibalut tudung itu dipicit lembut. Dia sudah tidak tahu nak berbuat apa-apa. Dalam keadaan sekarang dia sepatutnya tidak mengungkit kisah lama. Ini bukan masa yang tepat. Tapi kerana dia marah.

"Sepatutnya saya tak patut datang sini. Saya tak patut setuju nak tolong Zila. Saya tak patut bersama awak kat sini. Saya nak balik." Ayra mula buat drama air mata.

Yusof panik. Dia memang lemah bila ada perempuan menangis. Apa patut aku buat n?

"Kita nak balik macam mana? Sekarang walkie-talkie dah rosak. Map pula hilang. Compass pun dah pecah." Yusof Amsyar memujuk. Memujuk? Ini bukan memujuk tapi lebih kepada memusnahkan harapan.

"Awak kan ketua. Awak buat sesuatu tak boleh?"

"Kau nak aku buat apa?"

"Awak jangan soal soalan yang kurang pandai. Kalau saya tahu apa nak buat dari tadi lagi saya sudah beritahu awak."

"Ini kali pertama aku sesat dan kali pertama juga aku masuk hutan."

"What????!" Ayra terjerit kecil.

Yusof Amsyar mengangkat keningnya. Tangannya disilang.

"Awak. Awak jangan buat lawak yang tak lawak langsung."

"Aku tak tipu."

"Mak Ayra nak balik. Ayra tak nak kat sini." Ayra meraung sekuat hati. Biar satu hutan bergegar. Biar satu hutan mendengar tangisannya.

Menyesal sudah tak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur ayam. Mungkin dia tidak akan dapat bertemu mak dan abah di kampung. Selamat tinggal semuanya. Kenang daku dalam doa mu.

"Shhhhhhh! Senyap." Cepat-cepat Yusof menekup mulut Ayra.

Perbuatan Yusof Amsyar itu membuatkannya terkejut. Beberapa saat mata mereka bertentang.

Mata yang cantik. Sempat lagi Yusof Amsyar memuji. Kenapa Yusof? Kenapa kau jadi begini? Semkain hari semakin senang kau bagi discount kat hati kau untuk memuji dia. Kau tak boleh begini. Tanam sifat benci tu kat dalam hati kau.

Kerana tak mahu adegan betentangan mata berterusan, Ayra menggigit jari Yusof Amsyar.

"Arghhhhh." Yusof Amsyar mengerang kesakitan

"Sakit?" Ayra menyoal bodoh.

"Sakit lah!!"

"Itu balasan bagi orang macam awak." Hati Ayra sudah tidak berirama. Sekejap lagu Tamil, sekejap lagu Cina, sekejap lagu Thailand. Kenapa? Kenapa pandangan mata itu boleh membuat perasaannya tak tentu arah?

Lelaki itu masih lagi mengerang kesakitan. Tiba-tiba Ayra rasa bersalah terhadap lelaki itu. Perlahan-lahan Ayra mendekati Yusof Amsyar yang duduk di bawah pokok.

"Bagi saya tengok."

Yusof Amsyar mendongak. Jelingan maut dihadiahkan kepadanya.

"Sini saya tengok."

"Kau nak gigit lagi ke?" Perlinya.

"Tak. Cepat saya nak tengok."

Yusof Amsyar tidak mengendahkan Ayra yang sudah mengambil tempat duduk di sebelahnya. Tanpa disuruh Ayra menarik lengan sasa lelaki itu. Terdapat kesan giginya. Jari lelaki itu sedikit hijau.

Terkejut Yusof dengan perbuatan Ayra.

"Saya ambik ubat kejap."

AYRA menyapu sedikit ubat ke jari Yusof Amsyar. Yusof hanya memandang perempuan itu dengan tenang.

"I'm sorry. Saya tak patut gigit jari awak tadi. Saya cuma nak lepaskan geram saya kat awak." Ayra bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Kau tak salah. Aku tadi cuba nak pujuk kau. Tapi aku tak pandai nak pujuk. Aku hanya mampu tutup mulut kau."

"Tak. Saya yang salah. Saya terlebih drama tadi."

"Memang drama sangat. Menangis macam budak-budak." Yusof tersenyum sinis.

Ayra menjeling tajam. Kalau boleh nak sangat dia cincang-cincang halus daging lelaki itu. Sekali tak buatkan orang sakit hati, tak sah hidupnya.

"Betul lah tu. Sebenarnya ayat aku tadi belum habis. Kau dah asyik meraung dijiwa. Macam lagu New Boys."

"Apa?"

"Aku first time masuk hutan ni. Kem Helang. Bukannya aku tak pernah pergi hutan langsung. Baru pertama kali juga aku sesat. Sebelum ni tak pernah pula aku sesat. Nak jatuh dari bukit bagai." Yusof Amsyar berterus-terang. Dia pun panik juga bil aberhadapan dengan situasi begini. Apa tah lagi dia ketua. Keselamatan pelajar terletak ditangannya. Itu tanggungjawabnya.

"Cakap awal-awal. Ini tak. Cakap sekerat-sekerat. Kalau ini kali pertama awak datang sini. Bagaimana awak tahu tentang Kem Helang?"

"Dari kakak saya. Dulu zaman kolej dia pernah datang sini bersama teman lelakinya. Ada juga kawan-kawannya yang lain. Dia suka tempat ni. Katanya ada banyak kenangan yang dia dapat. Hari tu dia cerita dari pagi hingga subuh. Tiap-tiap hari dia akan bercerita pasal Kem Helang ni. Tak pernah jemu. Waktu tu aku baru habis form 6. Sekarang ni aku nak tengok dan rasakan sendiri apa yang dia rasa. Begitu hebat Kem Helang ini dimata dia." Cerita Yusof. Ayra mendengar cerita lelaki yang duduk di sebelahnya itu. Matanya memerhatikan wajah Yusof. Terpancar ketenangan didalam mata lelaki kacak itu.

"Tapi itu dulu. Sekarang kalau disebut mengenai Kem Helang, dia akan menangis." Sambungnya lagi.

"Menangis? Kenapa pula?" Soal Ayra kehairanan.

"Katanya dia akan ingat tentang bekas kekasihnya. Bekas kekasihnya meninggalkannya kerana fitnah seorang perempuan. Kalau mereka masih bersama sekarang, mungkin mereka sudah berkahwin. Ada anak. Bahagia." Suara lelaki itu bergetar. Air mata lelaki itu jatuh membasahi pipinya.

Yusof masih ingat lagi ketika kakaknya diputuskan oleh bekas kekasihnya. Kakaknya bagai mayat hidup. Kurus kering. Makan tak nak, tidur pun tidak, kerjanya hanya menangis dan termenung. Perkahwinan yang dirancang hanya tinggal angan. Bagai sebuah lagu Pelamin anganku musnah. Sayu hatinya bila melihat keaadaan kakaknya itu. Dia kakak yang paling rapat dengannya. Siapa yang sanggup melihat penderitaan seorang perempuan yang merupakan darah dagingnya sendiri?

"Siapa yang berani memfitnah kakak awak? Sampainya hati dia. Sekarang kakak awak kat mana?" Ayra bersimpati. Ini kali kedua dia melihat air mata lelaki yang bernama Yusof Amsyar. Senang sangat lelaki ini menangis.

Yusof menoleh. Mata Ayra direnung. Soalan Ayra tidak dijawab. Namun pandangan mata Yusof membuatkan Ayra tertanya-tanya. Apa maksud disebalik renungannya itu? Dia jadi keliru.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamOnde as histórias ganham vida. Descobre agora