BAB 16

386 11 0
                                    

SELESAI sahaja pelajar-pelajar menikmati makan tengahari. Mereka semua bergerak menuju ke jambatan Helang. Neraka buat Ayra sudah bermula. Denda tetap denda. Ayra sibuk mengangkat beg-beg semua pelajar yang ikut serta 'Kem Jalinan Kasih.' Bergetaran segala tulang-temulang. Patut tadi minum Anelene!

"Yusof Amsyar, kau memang kurang protein, kurang lemak, kurang asam keping! Ingatkan bila dah frust terlentang perangai berubah. Tapi itu semua khayalan menjelma ketika fikiran....Eh, itu lagu." Omel Ayra seorang diri di belakang. Terkocoh-kocoh dia berlari mengejar Zila yang sudah laju di depan. Bergandingan dengan kekasih dunia akhiratnya.

"Zila pun satu bila dah ada Haziq, lupa lah aku yang terkedek-kedek angkut barang yang berat ni! Gerak sikit barang jatuh, gerak sikit tali beg pula yang putus. Lecehnya! Ikutkan hati nak saja aku tinggalkan barang-barang ni."

"Tapi bagus juga dia pergi dengan Haziq. Tak lah dia sibuk korek rahsia aku." Kata Ayra seorang diri dengan nada berbisik.

"Kau ni kan bukan saja lembab tapi juga slow. Boleh tak kau jalan cepat sikit? Jangan disebabkan kau kita semua lambat sampai ke jambatan Helang!"

Hah, tu dia, Yusof Amsyar sudah mula dah berleter. Ayra menyangka dia dah jauh kat depan. Rupanya lelaki itu sanggup menunggunya di tepi jalan. Bukan sebab perihatin atau nak tolong tapi nak mendera telinga Ayra.

"Sabar sikit boleh? Berat kot barang-barang ni semua. Daripada awak asyik membebel macam mak nenek lebih baik awak tolong saya angkut barang ni." Ayra mengeluh. Peluhnya sudah membasahi tudungnya. Dengan tudung itu lah Ayra gunakan untuk mengesat peluh yang 'berpusu-pusu' mengalir. Terkumat kamit mulutnya mengutuk Yusof Amsyar yang berada di hadapannya.

"Itu balasan untuk orang yang bangun lewat dan sebagai denda sebab kau tuduh aku perogol." Dia menoleh ke belakang sambil tersenyum sinis memandang Ayra. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke depan. Di dalam hatinya dia terasa sedikit gembira di samping Ayra. Terubat sedikit lukanya.

Aku cekik kau hidup-hidup baru tahu.

SAMPAI sahaja di hadapan jambatan Helang, Ayra dan Yusof Amsyar berhenti. Peserta yang lain termasuk Zila sudah pun selamat menyeberangi jambatan itu. Tiba-tiba perasaan Ayra terasa lain macam. Rasa aneh. Ayra kurang yakin untuk menyeberangi jambatan yang besar itu. Jambatan itu kelihatan usang. Talinya sudah kelihatan rosak. Dia dapat menjangkakan jambatan Helang ni akan roboh bila tiba masanya nanti.

Yusof Amsyar memerhatikan perempuan yang sudah kelihatan risau di depannya.

"Hah apa lagi jom kita gerak. Kau jalan dulu lepas tu aku." Kata Yusof Amsyar.

"Biar betul. Tak ada jalan lain yang lebih selamat? Perlu ke kita menyeberangi jambatan yang hampir luput dimamah usia ni?"

"Kau nak lalu jalan mana lagi? Dah ini je jalan yang ada. Kau nak kita naik kapal terbang seberangi jambatan ni?"

"Bukan macam tu. Mana lah tau ada jalan lain nak menuju tasik yang awak cakap cantik tu kan."

"Tak ada. Sekarang jangan banyak cakap. Jangan banyak alasan. Aku nak kau seberangi jalan ni sekarang. Semua orang dah tunggu kita kat depan tu."

Ayra menggaru kepalanya. Kusut! Kalau nak buat aktiviti pun buat lah tempat yang selamat. Ini nak kena redah jambatan usang. Kesian nasib Ayra. Dah lah kena bawa beg-beg yang berat. Banyak pula. Didesak lagi oleh Yusof Amsyar yang tidak berhati perut.

"Kita sama-sama saja lah naik jambatan ni. Saya takut."Ayra memberi pendapatnya.

"Okay jom!"

Meraka berdua melangkah bersama. Setelah kaki Ayra mula menginjak ke lantai kayu yang sudah berlobang-lobang seperti digigit anai-anai, Ayra berundur ke belakang semula. Tambahan lagi memandang ketinggian tempat mereka berada. Menyeramkan! Kaki menggeletar seperti sotong yang sedang menari.

"Tak naklah..Saya takut."

"Kau ni menyusahkan betul lah. Apa yang kau nak takutkan sangat? Kita jalan terus je, tak ada apa punya. Kalau kau takut sangat kau pegang lengan aku. Cepat." Yusof Amsyar cuba memujuk Ayra sambil mendekatkan lengannya kepada Ayra. Dengan ragu-ragu Ayra memegang lengannya. Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Lengan Yusof Amsyar berlapikkan jacket. Kalau tak ada jacket tu, memang jangan harap Ayra nak memeganya. Bukan muhrim tau!

"Ayra! You can do it girl!" Zila menjerit memberi sokongan kepada Ayra. Dia tahu sahabatnya itu sangat penakut.

Ayra hanya mendengarnya tanpa membalasnya. Sekarang dia hanya fokus melangkah jambatan itu. Ya Allah! Engkau lindungi lah Hamba-Mu daripada kecelakaan. Hatinya tidak putus-putus berdoa.

Perlahan-lahan mereka menyusuri jambatan Helang itu.

"Mengapa saya terasa lambat nak sampai? Jambatan ni pun satu terhinggut sana terhinggut sini, terhayun sana terhayun sini. Buat menambah rasa takut je." Omel Ayra. Semakin kuat Ayra memegang lengan Yusof Amsyar.

Yusof Amsyar dari tadi hanya mendiamkan diri. Hanya telinganya saja yang menadah keluhan dan omelan dari mulut Ayra. Sekejap Ayra merengek. Sekejap lagi dia bersemangat. Ada masanya hatinya tercuit dengan kata-kata Ayra yang lucu.

Di pertengahan Jambatan Helang tiba-tiba satu bunyi kedengaran. Mereka berdua berpandangan. Ayra mula rasa tidak sedap hati. Yusof Amsyar cuba berlagak tenang. Badan Ayra terasa terbang terawang-awang di langit.

Ini bukan terbang! Jambatan roboh! Apa yang terjadi? Adakah aku akan mati di sini? Abah, mak! Tak dapatlah aku jumpa mereka lagi. Selamat tinggal semua...Sayonara!

"AAAAAAAAAAAAA!!!!!"

"Ayra!!!!" Zila menjerit.

"Yusof!!!!" Giliran Haziq Syukri pula yang menjerit.

Semua orang panik dengan kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka. Suasana bertukar menjadi kelam-kabut.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum