BAB 53

374 7 0
                                    

AYNA mengekori Ayra. Ayra ke kanan dia pun ke kanan. Ayra ke kiri dia pun turut ke kiri. Nak jadi bayang-bayang ke apa? Selagi dia belum dapat jawapan yang pasti, selagi itu dia akan buat Ayra membuka mulut untuk menjawab 'kuiz-kuiz' daripadanya. Tak habis-habis bertanya pasal Yusof Amsyar.

"Kak Ayra dan abang Yusof ada apa-apa yang special." Tanya Ayna. Jari telunjuk kanan dan kirinya berlaga. Apa maksudnya tu? Tersengih-sengih Ayna bila melihat wajah kakaknya itu merenungnya tajam. Masam mengalahkan buah lemon.

"Ayna ingat kakak dan Yusof tu Mee goreng special? Dengar sini baik-baik adikku yang sangat ku sayangi. Kakak dan Yusof Amsyar TAK ADA apa-apa HUBUNGAN SPECIAL." Balas Ayra tegas dan lantang. Lagi cerah dan terang suaranya biar telinga adiknya itu bengkak berdarah. Dia buat kerja pun tak senang. Dahlah banyak lagi yang nak dibuat untuk majlis tahlil petang nanti.

Ayna menggosok telinganya yang terasa perih. Tak lama lagi boleh jadi pekak aku! "Relax lah kak. Ayna tanya je pun. Kalau dia dan kakak ada hubungan pun tak jadi masalah. Ayna restu. Abang Yusof pun bukan main segak, hensem, berkarisma, bertubuh sasa. Fuh! Memang sumpah tak cari yang lain." Ayna memuji Yusof setinggi awan. Lepas tu buat muka comel sambil matanya berkelip-kelip.

"Amboi, amboi, amboi, bukan main lagi si Ayna ni tergedik-gedik. Memuji lebih mamat Mocacchino tu. Ayna nak kakak cincang daging Ayna kemudian masukkan ke dalam kuali besar ni? Nak buat daging rendang special. Kebetulan daging kerbau ni tak cukup. Tak payah kakak pergi pekan beli daging." Pisau ditangannya dihempas-hempas ke papan pemotong. Senyuman 'iblis' terpapar diwajahnya. Aku kerat juga budak ni kang!

Terkulat-kulat Ayna memandang wajah seram Ayra. Macam nak bunuh orang. Tak salah pun nak puji kan? "Eh, kakak jangan begitu. Ayna puji sikit je."

"Dah pergi masuk dalam bentangkan tikar. Kemas ruang tamu bersih-bersih bagi berkilat. Nanti biar buta orang datang menengoknya. Jangan kacau kakak. Lagi satu pesan kat mak kakak nak pergi pekan sekejap nak beli daging." Pesan Ayra tegas. Dia memang tegas sikit dengan Ayna. Tapi bab-bab memberi nasihat atau menjadi pendengar yang setia, dialah yang nombor satu dihati Ayna. Luaran saja keras tapi dalamannya selembut sutera kain JAKEL.

Ayna hanya mengangguk lalu beredar pergi ke ruang tamu.

KEADAAN Supermarket sangat riuh rendah ketika itu. Hari itu ramai sangat pelanggan datang berkunjung maklumlah gaji dah masyuk. Tanpa berlengah lagi Ayra pergi ke tempat barangan basah untuk mencari daging segar, diikuti oleh Yusof Amsyar. Kalau ikutkan hati, Ayra tak nak pun bawa lelaki itu tapi disebabkan Tuan Ahmad mendesaknya menyuruh Yusof ikut bersama terpaksalah dia turutkan permintaan abahnya. Katanya biar Yusof terbiasa dengan keadaan kampong dan tengok-tengok kawasan Bandar. Apa lagi Yusof tersenyum puas apabila Tuan Ahmad menyokongnya.

Dah tukar profession dah aku sekarang. Jadi tour guide yang tak bergaji. Kenapa pula mamat tu nak disuruh membiasakan diri dengan kampungnya, bukannya dia nak terus menetap di situ. Hairan betul. Dia ada pun, tak membantu sangat. Ingat dia join aku dapatlah bantu pilih daging-daging ni semua. Dia boleh pula merayap kat kedai lain. Belum sempat memilih barang dia dah lesap.

Selesai membayar barangan yang dibeli Ayra terus pergi kereta tanpa Yusof. "Alamak! Kunci dia bawa pula. Terlupa pula nak minta tadi." Ayra mengetuk dahinya. Ditoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Yusof, tapi tak juga kelihatan rambut rapunzel lelaki itu.

"Kemana dia pergi? Lenguh tangan aku nak bawa semua barang ni." Rungut Ayra. Dia berpatah balik ke Supermarket tadi. Setiap sudut dan ruang dia mencari Yusof, hasilnya tak jumpa-jumpa juga. Dia merengus. Geramnya! Menyusahkan betul! Kalau nak pergi jalan-jalan beritahu aku. Phone tertinggal pula kat dalam kereta. Aigoo!

Hampir setengah jam Ayra menunggu di depan pintu entrance supermarket akhirnya orang yang ditunggu datang juga. "Patutlah lama sangat aku tunggu dia tak muncul-muncul rupanya dia boleh pergi kedai gunting rambut?"

Yusof mendekati Ayra. Wajah tampan dipamerkan pada gadis itu. Para gadis-gadis yang berada di situ memandang Yusof. Ada yang terlompat-lompat riang, ada yang menutup mulut menahan malu, dan ada juga yang sempat mengenyitkan mata pada lelaki tampan itu. Ayra yang melihat gadis-gadis tadi itu hanya melemparkan jelingan maut. Tak malu punya perempuan! Ingat sikit dik oi kita ni perempuan ada maruah, ada harga diri jangan disebabkan lelaki semua itu hilang dan hancur punah mereput! Kau cemburu? Sorry I'm not!

"Jom balik!" Ayra bersuara. Tinggi suaranya berkata. Beg-beg plastik yang berada di atas lantai, dipaut kasar. Cuaca ketika itu sama seperti cuaca didalam hati. Panas!

Lelaki itu hanya menurut, mengekori Ayra dari belakang. "Dia tak perasan ke aku dah potong rambut."

"Cepat sikit boleh?!"

"Kau kenapa? Datang bulan?" Yusof bertanyakan soalan bodoh. Dia buat tak faham saja, gadis di depannya itu sedang marah.

Turun naik dada Ayra menahan marah. "Saya memang datang bulan pun. Sekarang cepat buka bonet!" tempelak Ayra lagi.

"Nak buka lah ni. Itu pun nak beremosi? Ganas mengalahkan singa." Lantas Yusof membuka bonet keretanya perlahan. Belum sempat bonet keretanya dinaikkan ke atas, Ayra terus menyumbatkan barang-barang yang dibelinya dengan kasar. Badan Yusof sedikit terdorong ke belakang.

"Kau kenapa? Angin tidak, ribut pun tidak yang marah-marah aku ni apa sal?" Tanya Yusof Amsyar. suaranya sedikit berketar kerana mengawal perasaan marahnya. Di situ ramai orang dia tak nak nanti bila dia meninggikan suara, mereka jadi tumpuan. Malu nanti.

Ayra hanya mendiamkan diri dan memandang Yusof dengan pandangan yang tajam. Sempat lagi dia menghadiahkan jelingan maut kepada lelaki itu sebelum dia masuk ke dalam kereta. Dah buat salah tak nak minta maaf pula! Lelaki ego! Apa dia ingat aku orang gaji kena tunggu dia lama-lama depan kedai? Sakitnya tuh di sini!

"Main jeling-jeling pula. Aku korek biji mata tu baru padan muka." Yusof menggigit bibirnya sambil menutup bonet kereta. Buk! Kuat bunyi bonet keretanya dihempas.

SAMPAI saja Yusof dan Ayra di rumah Tuan Ahmad, sepantas kilat Ayra keluar dari perut kereta. Dia sudah tak tahan lagi berdua-duaan dengan lelaki yang bernama Yusof Amsyar. Nak sangat dia cincang-cincang daging lelaki hingga lumat boleh jadi serunding buat hari raya nanti! Rasa marah masih bersarang lagi. Disebabkan lelaki itulah dia terlambat untuk menyiapkan daging rendangnya. Semasa perjalanan pulang tadi Puan Asdinah ada menelefonnya. Berdesing telinganya mendengar bebelan ibunya itu. Tahi telinga keras pun boleh cair.

"Kenapa tak balik-balik lagi? kat dapur sekarang banyak lagi benda nak disiapkan. Apa yang nak dihidangkan nanti buat tetamu bila semua makanan belum disediakan? Kamu nak mak hidangkan roti kering dan milo panas je? Bla bla bla bla...." Suara Puan Asdinah terngiang-ngiang dikepala Ayra. Tak pasal-pasal dia pula yang dimarah. Sedangkan Yusof yang salah dalam hal ni. Kalau tak kerana dia sibuk-sibuk nak pergi gunting rambut nak jadi ala-ala rambut Hyun Bin tak menjadi, dah tentu siap masakannya. Memang Yusof yang salah! Tak habis-habis Ayra menyalahkan Yusof.

Yusof Amsyar memerhatikan saja raut wajah Ayra yang masam mencuka di dapur. Kung kang kung kang kuali dan senduk berlaga. Mengalahkan chef Wan berperang di dalam dapur. Ikutkan hati dia nak menolong tapi memandangkan Ayra tengah 'hot meletop' dibatalkan saja niatnya itu. Takut nanti dagingnya pula yang dibuat rendang. Habis terkorban nyawanya.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now