🔧Bab 51: The Welcome Party🎂

392 41 14
                                    

Baekhyun

"WELCOME home, adik ipar! Surpriseeee!!!" Keluar saja dari rumah selepas berganti baju, Hanbin jerit depan aku sambil tarik tali party popper. Dan dua saat saat lepastu percisan percisan kertas beraneka warna pun bertaburan di atas lantai.

Tangan kanan aku bawa ke belakang leher, garu kulit yang tak gatal. "Thanks erm... abang ipar...?" Aku jadi teragak untuk membalas.

"Apa pulak adik ipar? Bukan ke kau lebih muda dari Baekhyun oppa?" Celah Eunha sambil tanggalkan kertas-kertas kecil yang melekat pada baju kekasih hatinya itu.

Hanbin tergelak. "Kalau dari segi umur memanglah Baekhyun hyung abang aku. Tapi kalau nak dikira dari segi pangkat dimana Yun muda dari aku lima bulan dan aku secara tak langsung merangkap abang dia jadi... memang adik iparlah kan?"

"Oohh, make sense...make sense..." Eunha mengangguk lepas dengar penjelasan dari Hanbin itu. "Kalau macam tu, aku tua dua bulan dari Yun so... Baekhyun oppa pun dikira adik ipar akulah kan?"

"Yezzaaa!" Hanbin bersorak setuju. "Adik ipar sounds good, isn't it... adik Yun?" Hanbin ubah fokusnya pada isteri segera aku yang masa ni sedang menyediakan pinggan dan cawan di atas meja.

"Good sangat... Hanbin op-pa." Nada dia menjawab tu jelas kedengaran macam dia malas layan. Sempat lagi Hanbin dijeling sekilas sebelum dia leraikan bungkusan ayam goreng perisa BBQ yang dibawa oleh couple itu lalu isinya dituang ke dalam pinggan.

"Awhhh, baiknya adik oppa ni..." Balas Hanbin pula sambil tangan kanannya menggosok-gosok kepala Hyuna.

Tak tahu kenapa, tapi bila aku nampak Hanbin buat macam tu nak je aku aku tepis tangan dia. Suka sedap hati betul pegang isteri aku. Ishh! Dan mata aku jadi lagi besar bila si tebuan kunyit juga memberi respons. Tangan Hanbin yang berada di kepalanya ditangkap lalu dibawa ke bibir. Memanglah bukan untuk dicium pun namun aku tetap rasa terkejut bila tengok dia gigit jari Hanbin. Dan tahap kebesaran mata aku jadi kuasa dua saat Hanbin peluk kepala kononnya manusia yang dia anggap adik itu untuk menghalang dari digigit dengan lebih kuat. 

"Don't be jealous, adik ipar... Diorang memang bergurau macam tu..." Sedang aku bermonolog dengan hati sendiri, Eunha berbisik perlahan. Entah bila dia berdiri kat sebelah aku ni?

"M-mana ada jealous pun laa..." Aku tahu yang aku agak gagap tapi riak muka aku kawal sebaik mungkin supaya tak terlampau nampak sangat. Tipulah kalau aku cakap aku tak terpukul langsung dengan telatah dua manusia itu bergurau. Sudahlah hari tu dia petik topik abs Hanbin lagi padu dari abs aku. Tak reti jaga hati suami betul! Aku manusia kot. Bukannya lembu yang tak perlu nak rasa apa kalau bini dia bergurau senda dengan lembu jantan yang lain. Tsk!

Eh jap! Pebenda kau ni Baekhyun? Mana datangnya teori lembu bagai ni? Haiiihh!

"Telling you... Hanbin dengan Yun memang bersahabat dari zaman masing-masing pakai pampers lagi which means diorang berdua memang selalu ada dengan each other sebelum kita wujud dalam hidup diorang lagi. So... saya harap Baekhyun oppa okey ajelah dengan jenis relationship Hanbin dan Hyuna." Panjang lebar Eunha berkata. "...macam saya. Saya okey je dengan persahabatan diorang." Tambah dia lagi, mengakhiri ayat sebelum bergerak ke arah Hanbin dan Hyuna yang kini sudah mula bergomol mengunci kepala sesama sendiri di celah ketiak. "Okey, okey... enough. Yun, mohon sedar diri yang suami kau ada kat sini. Tolong control ayu sikit."

Eunha yang mencelah, terus matikan perbuatan dua sahabat itu. Aku telan liur sebaik saja mata isteri segera aku kini memanah tepat pada pandangan aku. Gara-gara tak bersedia ditenung serupa itu, aku telan liur dan bawa mata arah lain. 

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now