🔧Bab 7🎂

871 132 3
                                    

Baekhyun

DENGAN langkah berat juga dalam dada bersarat dengan rasa bersalah aku menapak masuk ke ruang makan. Belakang badan hyung sambut kedatangan aku. Esakan Naeun masih lagi kedengaran walaupun tak sekuat tadi. Tapi orangnya tak nampak pun. Yang ada Nari dengan Namyoon saja kat meja makan panjang yang muatkan dua belas kepala. Dan jugak si tua Byun Changwook.

Makin aku dekat makin jelas suara tangisan Naeun masuk telinga. Oh, aku dah nampak dia. Dia ada kat atas riba hyung rupanya. Peluk badan appa dia macam taknak lepas pun. Heh!

"Morning." Nasib baik pagi. Ada jugak perkataan proper yang aku boleh guna pakai untuk menyapa empat kepala yang ada di sini. Aku tarik kerusi yang kebetulannya berhadapan dengan Nari. Anak sulong hyung merangkap anak sedara pertama aku merangkap kepala cucu keturunan Byun.

"Morning." Walaupun ada empat ulas bibir selain aku kat sini, hanya satu bibir saja yang bagi respond. Yang sorang tu memang tak angkat muka dari dada appa dia. Nampak sangat kewujudan aku kat sini tak dialu-alukan. Naeun ah... Mian.

Tapi yang lagi dua depan aku ni gaya pandang tu macam nak ajak aku lawan hapkido je. Tak pernah lupus. Tak pernah nak senyum dekat samchon maha kacak diorang ni. Semedang tayang muka baru lepas telan cuka getah! Hmmm...

"Stop it, guys!" Suara Changwook hyung tanpa salam matikan terus aktiviti lawan pandang-pedang-berapi yang disertai oleh aku-Nari-Namyoon.

"Nari-Namyoon... Behave. Greet your samchon first."

Sebab kena marah dengan si appa, Nari tarik muka masam. "Morning, Mons-"

"Byun Nari..." Suara Changwook hyung tak kuat pun tapi ada aura ketegasan dan amaran di situ.

"...samchon." Perkataan Monster yang tak habis disebut tadi diganti dengan gelaran yang sepatut dan sesopannya untuk aku pada diorang.

Aku hanya angkat kening sebagai terima sapaan dia. Macam biasa. Kan aku dah cakap, dalam teori Byun Baekhyun dan anak-anak buahnya mana ada istilah rapat atau bergurau mesra.

Tak ada!

"Byun Namyoon?" Target hyung beralih pulak kepada anak lelaki tunggal dia.

"Morning samchon."

Riak ke-tidak-ikhlasan si Namyoon sangat jelas dan ketara. Dan sumpah! Aku tak berkecil hati langsung. Macamlah samchon korang ni peduli. Heh!

Masih sama. Gaya aku bagi respond dekat Namyoon sama dengan aku bagi kat Nari. Hanya jungkit kening.

Adil dan saksama bukan?

"Byun Baekhyun..."

Dah aku agak. Hyung takkan lepas aku. Bukan saja Nari dengan Namyoon je dapat renungan amaran tu. Aku pun tak terkecuali. Bakat lakonan yang aku ada, aku praktikkan. Kedua-dua pinggir bibir aku paksa naik ke atas untuk hasilkan senyuman maha palsu dan payau, aku buka mulut. "Nice to meet you, kiddos. How are you guys? I missed you so much. To the moon and back."

"Appa, can we start with our breakfast already?"

Mintak siku punya perangai anak sedara! Dia boleh buat gaya macam aku bercakap dengan tunggul? Dah lama aku anti dengan riak yang macam tu. Byun Nari dan riak arrogant dia.

Pernah aku mengadu dekat hyung pasal aku tak berkenan langsung dengan perangai arrogant anak sedara sulong aku tu. Aku fikir dia nak back-up aku lah kan. Nak suruh anak dia tu ubah perangai ke apa. Tapi harem! Aku pulak yang dipersalahkan. Siap hyung tembak satu peribahasa kat depan muka aku.

'Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi'

Tu hyung maksudkan siapa tu? Sinis bebenar bunyinya. Siapa kuah? Dan siapa pulak nasi? Haih!

Deheck!

"Nae, appa. Dah la kita membazir banyak masa tunggu orang yang paaaaaling lambat bangun. Nasib baik Yoon tak pengsan sebab tahan lapar."

Eleh! Kau fikir kalau jeling macam tu boleh buat samchon gentar sampai terkencing dalam seluar ke, Namyoon? Pfthh!

Aku sedar. Aku tahu. Disebalik jenis tindak tanduk, gerak geri, perbuatan, pandangan diorang terhadap aku adalah disebabkan oleh aku sendiri. Dari diorang kecik aku dah ajar diorang tentang cara nak jarakkan diri diorang dengan aku. Aku sendiri yang letak satu tembok antara aku dan diorang. So, untuk apa yang aku dah buat dulu memang layak aku terima balasannya sekarang. Darah daging sendiri yang dianggap seperti orang luar. Hmmm...

Aku ni menyedihkan tak?

"Betul. Bangun lambat lepas tu buat Naeun nangis. Perangai apa macam tu? Tsk...tsk...tsk..."

Okey, untuk soalan tadi dengan ini aku sendiri nak jawab. Tak! Aku tak menyedihkan langsung! Mulut sorang-sorang macam mintak kena tenyeh dengan cili memang tak ah aku nak sedih! "Yah-"

Aku dah karang ayat dalam kepala nak dibidas pada Nari tapi hyung cepat-cepat masuk line. "Okay... okay. Jangan bergaduh lagi. Dah boleh makan."

"Yehhh!!!"

Sorakan itu datang dari orang yang aku tak jangka dia nak bersorak. Aku lipat leher ke kiri. Muka ceria Naeun yang tengah bertepuk tangan menyapa penuh pandangan aku. Cepat betul mood budak ni berubah. Janganlah anak sedara aku ni ada simptom bipolar disoder ke manic depression ke apa. Tadi meraung bukan main. Sekarang boleh pulak gelak macam tak ada apa-apa.

Kejap!

Tadi macam kuat betul bunyi hentakan kepala dia kat lantai. Entah-entah... Naeun-ah... Jangan buat samchon rasa bersalah sampai ke akhir hayat. Mohon jangan sakit otak wahai anak sedara.

"Aww... finally my princess and her adorable smile. Are you happy baby?" Suara lembut hyung dan ciuman penuh kasih dia pada ubun-ubun kepala Naeun berjaya tendang fikiran merapu aku. Aku sebenarnya kagum kuasa sepuluh dengan Changwook hyung. Walaupun dia bapa tunggal, dia mampu besarkan anak-anak dia dengan kasih sayang yang sempurna.

Yang buat perasaan kagum aku dekat dia tak pernah berkurang malah makin bertambah bila dia seorang bapa tunggal yang perlu membesarkan tiga orang anak dalam masa yang sama dia boleh uruskan syarikat keluarga Byun yang bukan calang-calang besar dan gah dengan sempurna.

Bravo, hyung... bravo!

"Yes, appa. I'm very happy." Naeun mengekeh menjawab soalan appa dia.

"Taknak kongsi dengan appa ke kenapa my princess ni senyum sampai telinga?"

"Sebab..." Naeun sengaja tak habiskan ayat dia terus. Dia bergerak turun dari ribaan Changwook hyung dan menuju ke arah aku. Belum sempat aku nak halang, tubuh kecil milik Naeun dah pun berada di atas riba aku.

Yang buat aku lagi terkedu bila Naeun bertindak melingkarkan kedua-dua tangan dia kat leher aku. Dengan senyuman bahagia yang tak lekang, dia pandang mata aku dalam-dalam "...sebab hari kita breakfast dengan samchon. Samchon dah balik rumah kita. Yehhhh..." Dan tanpa aku bersedia, dia daratkan satu ciuman kat dahi aku.

Cup!

"Naeun rindu samchon... We are gonna be a 'one happy family' forever..." Sama dengan luahan perasaan, dia peluk aku. Ketat! Kejap! Macam taknak lepas.

Entah kenapa, tiba-tiba aku diserang satu rasa yang semacam. Aku rasa dada aku sempit. Mata aku panas. Dan aliran darah mencanak naik sampai kepala. Aku tak perlu susah payah buat kajian untuk cari istilah yang betul bagi menggambarkan perasaan aku sekarang ni. Sebab aku tahu perasaan yang semacam ni dipanggil... sebak.

Ya, sebak.

"It feels like you are finally home, aren't you?"

Kata-kata duda anak tiga yang super duper annoying tu serius tak membantu langsung!

F*ck!

Apehal aku nak emo membabi buta pulak niii!!!???

Haishh!! Chincaaa...

*****

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now