🔧Bab 71: Another Amazing Adventure🎂

168 20 8
                                    

#Sebelum baca tu kan cuba angkat tangan sape yang setia berharap dan menunggu cerita apek mekanik bertemu titik penamat? 🙋.Kalau taknak angkat tangan, sekadar VOTE je pun boleh. Dan kalau taknak vote pun takper, tiada paksaan. Ifti tanya je sebab curious.  Eheeeee~~~😬😄

***  

Baekhyun

DAH hampir lima belas minit aku berdiri sorang-sorang di sini, di balkoni bilik Changwook Hyung di tingkat atas sambil menebar pandangan ke luar halaman rumah yang kini sedang riuh rendah dengan suara gelak ketawa keluarga dan kawan-kawan aku.

Harini aku dan Hyuna buat open house secara kecil-kecilan sempena menyambut kedatangan keluarga baru kami, Kang Taehyun. Dua malam lepas selesai sudah majlis besar yang menjemput ribuan orang. Tapi majlis harini cuma untuk ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat saja.

Aku perhati aje kawan-kawan sakai aku sedang menemu-ramah menantu baru. Tengoklah si Chanyeol tu... aku perasan dari tadi dia yang terpaling banyak bersoal jawab. Nombor dua, Jongdae. Yang Kyungsoo pulak ada la sekali sekala mencelah.

Mamat yang baru dua bulan naik jawatan sebagai dekan fakulti di universiti dia mengajar itu lebih suka mendengar dari bertanya. Tak macam founder kilang taufu yang kini semua jenis produknya sudah terkenal di merata negara dan juga kapten pilot yang sudah memiliki empat bar epaulette warna gold di kedua bahu uniform itu... sejak tadi mulut-mulut tu tak reti duduk diam. Ada saja yang mahu dizahirkan. Walaupun aku berada di sini, agak jauh dari tempat diorang melepak namun aku masih dapat dengar dengan jelas apa yang diorang bualkan.

"Jadi Kang Taehyun, family semua memang asal dari Seoul?" Oh, ada Hanbin jugak di situ. Suami Eunha itu nampaknya taknak kalah dengan dengan Chanyeol, Jongdae dan Kyungsoo. Turut sama memeriahkan sesi soal jawab. Mujur Changmin Hyung tak dapat hadir. Sibuk menguruskan perkahwinan adik ipar di Italy. Kalau tidak makin pucatlah menantu baru keluarga Byun itu.

Samchon mohon kau bersabar banyak-banyaklah Kang Taehyun ya? Kau perlu faham satu hal. Kau berkahwin dengan perempuan yang bukan cuma ada satu, tapi enam orang ayah. Kelima-lima samchon kau tu semua sayang Nari macam anak sendiri. Walaupun semua soalan tahap KBAT, samchon harap kamu mampu bertahanlah ya? Dah kata sayang sangat dekat si Nari tu...tak ke?

Menangkap satu jeritan yang sangat familiar dipendengaran, refleks leher aku melipat ke satu arah. Aku disajikan dengan pemandangan seorang gadis kini sedang mengepit kepala seorang jejaka dengan gaya head-lock sambil menjerit-jerit ketawa. 

Ya tuhan... anak saudara bongsu aku ke tu? Kenapa nampak macam psychopath?

"Naeun! Naeun! Let go! Oppa tak boleh nafas!" Suara Namyoon tersekat-sekat, menepuk siku di adik.

"Tarik balik apa yang oppa cakap dekat Naeun tadi!"

"Banyak. Yang mana satu?"

"Yang oppa cakap Naeun kurang cantik dari IVE's Gaeul!"

"Laaa...Benda dah fakta apa. Lagipun oppa tak suka menipu. Menipu tu kan dosa." Dalam dok terkapai-kapai separuh nyawa dikerjakan si Naeun, sempat lagi Namyoon menambah bara di hati budak kecik tu. Cari pasal betul!

"Yoon oppa tipu! Naeun unni lagi cantik laaa." Suara halus itu datang dari si comel yang bercampuran DNA Chanyeol dan Injeong. Kalau tak bagitahu siapa mak bapak dia pun bila siapa-siapa tengok muka dah boleh tahu datang dari mana baka tu. Muka si kanak-kanak comel itu sebijik bapak dia.

Dari mata, hidung, bibir,dan bentuk muka memang tak lari dari bayangan Chanyeol. Part telinga aje yang lain. Itu ikut Injeong. Fuh! Nasib baik...

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now