🔧Bab 67: The Simple Workout🎂

317 31 37
                                    

#WARNING! Baekhyun-Hyuna-sakawattpadifti- Miang-Mode: ON! 🚑🚑🚑

#WARNING! Sediakan baldi dekat sebelah untuk tadah muntah! 🤢🤮

***

Hyuna

"ARE you really going to leave me? Sampai hati..." Baekhyun menggumam di bahu aku. Perbuatan dia sekaligus membuatkan aktiviti ulang alik aku dari almari ke katil untuk mengisi kain baju di dalam beg, terbantut di tengah jalan.

Guling biji mata, aku menggeleng mendengarkan itu. Aku usap belakang kepala dia. "Cara bercakap tu macam nak kena tinggal sampai bila-bila. Padahal paling lama tiga hari je."

"Hmmm..." Dia merengek, masih tak mengangkat wajah dari bahu aku. "Tiga hari tu lama kot. Macam tiga puluh tahun. "Dari bahu, dia jalarkan puncak hidungnya naik ke leher aku pulak. Dan-dan aku rasa macam bulu roma menegak.

"Jangan nak mengada eh... Tiga puluh tahun konon. Padahal pejam celik pejam celik sekejap je." Tangan dia yang sedang melingkar kejap dipinggang aku, aku tolak. Tapi tak bergerak pun. Malah pelukan dia makin ketat. "Ni apa kes manja mengalahkan Naeun pulak ni?"

Haih! Kalau gini ni punya cara macam mana aku nak tinggal? Dia dah lupa ke, aku ada bakery yang nak kena jenguk dekat Yeoncheon tu?

"Aku ikut boleh? Sunyi la... Kau takder, Triple-N pun ikut kau balik sana."

"Ha, jangan buat hal. Tak sampai tiga bulan masuk ofis dah nak ngelat. Tunjuk perangai baik-baik sikit dekat staff tu boleh tak, CEO Byun?"

Dia merengek lagi. Angkat muka dari bahu aku, pandangannya dilagakan dengan pandangan aku. "Haah. Tak boleh cuti. Minggu ni schedule aku full. Kena attend banyak meeting. Perlu pergi jenguk site. Dengan seminar yang berlambak-lambak..."

"Tahu pun." Pipi dia aku elus lembut. "Ingat kau sorang je ke reti busy? Aku pun sama apa. Bezanya company aku kecik, company kau berganda-ganda besar. So, tanggungjawab kau pun berganda-ganda besar."

"Biasa aku balik kerja kau ada. Tengok kau je terus segala penat hilang. Kau kan my healing gemstone... my energy booster. Nanti kalau kau tak ada--"

"Oh, come on... Aku repeat, it's only three days, dear. Bukannya seminggu, bukan sebulan. Sekejap sangat. Macamlah--"

"Sekali lagi?" Aku tengah membebel, boleh pulak dia mencelah. Lepastu aku perasan muka dia bersinar-sinar. Baru sekejap tadi lemau tak bermaya, sekarang tiba-tiba je boleh senyum macam tu. Dah kenapa?

"Apa?"

Dia mengulum senyum. "Can you do that again?"

"Do what?"

"Call me dear again..."

Oh, itu ke... Pipi aku jadi panas tiba-tiba. Aku ada sebut dear ke tadi tu? "Aku tersasul je. Lupa, ingat tengah bercakap dengan Naeun sekarang sebab mengada, manja kau bukan tahap biasa." Sengaja aku bermain tarik tali. Seronok mengusik. Selalunya dia yang usik aku, buli aku itu ini.

"Tak kira! Panggil aku dear lagi sekali! Kalau tak, malam ni jangan harap kau dapat keluar bilik jenguk diorang sebelum tidur. Aku kurung kau sampai esok."

Ugutan dia buatkan mata aku terbuntang besar. "Eh!? You can't just force me to--"

"Bukan setakat kurung je tau. Kurung yang bakal terisi dengan aktiviti, harap maklum. Dah dua hari aku tak sempat workout ni... Kau teman aku workout dalam bilik jom?"

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now