🔧Bab 16🎂

788 125 18
                                    

Baekhyun

TIGA kali! Dah tiga kali aku buat aktiviti tawaf keliling van Volkswagen Kombi 1960 warna kuning yang lahaiii... aku rasa kalau aku sepak tayar depan eh, tak payah sepak. Tiup. Aku rasa hanya dengan tiup tayar je pun van warga emas ni dah boleh rebah terburai menyembah tanah. Sadis dan sangat menyedihkan. Keadaan luar dalam tak mengujakan langsung!

Aku tak tipu. Ini memang fakta dan kebenaran. Sejak dua puluh empat tahun aku hidup atas muka bumi tuhan yang indah, inilah kali pertama aku tengok pemandangan teruk yang macam ni. Dan sejak dua tahun workshop aku beroperasi, okey memang ada kereta yang yang remuk disebabkan kemalangan malah lagi teruk remuk dari van 'warga emas' ni aku kena hadap tapinya ini memang betul-betul dahsyat. Tahap dahsyat yang aku tak tahu nak diistilahkan dalam perkataan apa. Jugak aku sangat curious bercampur kagum dengan ketebalan muka dua orang perempuan tu. Memang betul-betul tak tahu malu. Kalau perempuan lain jangan harap ah nak bernafsu bawa kenderaan uzur ni cari workshop sepanjang hari. Nak lalu sebelah pun belum tentu! Tsk! Tsk! Tsk!

"Eh, jauh tu. Datang cari workshop sampai ke sini?"

Soalan tu datang dari Chanyeol.

"Macam mana boleh jadi sampai macam tu? Accident ke? Langgar lari?"

Haih! Si Jongdae tu pun. Soalan Chanyeol belum sempat dijawab, dia boleh pergi selit soalan lain pulak. Berdas-das pulak tu. Tak menyabar langsung!

"Satu-satu, bhai. Diorang tak tahu nak jawab yang mana dulu. Sabar boleh tak?"

Bagus, Kyungsoo bagus! That's ma boy. Jangan lupa panahkan sekali mereka dengan renungan scary kau yang tak bersempadan tu.

Sekali sekala aku curi pandang ke arah ruang menunggu yang dipenuhi oleh lima kepala tak jauh dari tempat aku berdiri sekarang. Sambil tu aku juga pasang telinga untuk dengar topik apa yang diorang sedang bincangkan. Tak putus-putus soalan dari Chanyeol-Jongdae dan sesekali Kyungsoo menyelit sama. Tapi tak ada satu soalan pun yang dibiar tergantung tanpa jawapan. Yang hairannya boleh pulak kawan-kawan aku tu beramah mesra dengan orang asing. Dan boleh jugak dua orang asing tu melayan kerenah dan soalan diorang yang kadang-kadang buat aku ada rasa soalan tu tak logik dan tak layak untuk ditanya. Hinggakan aku ditambat dengan nafsu nak baling spanar semua jenis saiz dari kecil sampai paling besar tepat pada kepala dua ekor tu dan Kyungsoo si skema dikecualikan. Sebab dia masih nampak waras lagi setakat ini.

Dan perkara yang paaaaling tak boleh blah. Diorang boleh riuh rendah bergelak sana. Aku kat sini dibiar keseorang macam anak yatim piatu. Ya, betul tu memang fakta. Aku Byun Baekhyun merupakan lelaki yatim piatu. Tak berayah dan jugak tak beribu. Aku hanya ada abang, tiga orang anak buah dan tiga ekor manusia tak guna yang aku gelarkan sebagai sahabat sejati. Tapi sejati tu dah tak nampak serupa sejati bila aku kat sini rasa tersisih. *Dah ah Ifti jilake pun sisihkan aku. Tsk!*

Ah! Malas aku nak pasang telinga lagi. Bukan ada faedah satu apa pun. Ni... sekarang ni. Apa aku nak buat dengan besi buruk depan aku ni? Kalau tak disebabkan cupcake dia yang mengingatkan aku pada mendiang Hyerin noona memang aku tak berdiri kat sini. Dan hati aku ni, apehal macam lembut sangat? Tak boleh ke nak kekal keras macam biasa?

Penat bercakap dengan hati sendiri, aku masuk dalam pergi belakang untuk salin baju. Tak sampai lima minit, aku datang balik ke garaj, badan yang sempurna berbalut dengan baju seragam kerja aku, mechanic jumpsuit.

"Macam mana?"

Haih! Si Tebuan! Suka sangat muncul tak bagi salam macam ni. Aku tengah pegang jack kereta kot ni. Berat gila! Nasib aku bukan jenis yang melatah. Kalau tak ada jugak manusia yang kena ketuk dengan jack tenggelam ke bawah lantai simen yang aku tengah pijak ni dengan gaya penukul ketuk paku dekat dinding tu. "Kau tahu kan cara nak bersabar tu macam mana?" Aku balas soalan dia dengan soalan. Bukan tadi dia meriah berborak dekat sana ke? Bila masa dia datang sini? Jack aku letak di lantai.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now