🔧Bab 59 : Over-Excited🎂

376 41 35
                                    

Hyuna

"YEKE?"  

"Yelaa..." Eunha pandang aku. 

Aku kuis dagu yang tak gatal. "Kau fikir dia betul-betul jealous ke? Aren't we just overthinking?"

"Overthiking kemender? Kau jugak yang cakap sejak pagi tadi dia tak bercakap dengan kau. Lepas soal siasat, buat analisis bagai, aku rasa betul la..."

"Betul la apa?" 

"That he's jealous."

"Seriuslah!?" Aku pandang Eunha dengan muka tak percaya. "Kau ni biar betik. Sukahati je jump to conclusion. Entah-entah dia diam sebab tengah fikir pasal company. Isnin ni kan first time dia masuk ofis sebagai official CEO of Byun Generation. Aku rasa sebab tu la..."

Aku terima satu rengusan dari Eunha. "Yah! Kau jangan lupa that I'm an expert in getting jealous over Hanbin. Aku tahulah firasat aku tak pernah salah. Bila aku cakap dia jealous tu memang dia jealous la... Case closed!"

"Nope! The case cannot be close yet! Bukak balik!" Aku menebak sambil tangan menepuk bahu Eunha. Mendesak supaya dia tarik balik kata-kata dia tadi.

Guling biji mata ke atas, dia pandang aku dengan muka menyampah. "Haih kau ni..." 

"Bukak balik!"

Aku tahu dia tengah rasa annoying dengan aku, tapi permintaan aku dia turutkan jugak. "Halah! Kes belum selesai. Dengan ini aku umumkan kes tadi dibuka semula!"

Keting! Keting! Keting!

Itu bunyi spatula yang berlaga dengan bekas pengadun doh yang dihasilkan oleh Eunha. Over betul perempuan ni. Aku suruh buka balik je, dia siap pergi buat gaya macam orang zaman raja dulu-dulu buat penguman wajib kena ketuk gong aje. 

Tahu tak apa yang tengah serabutkan aku sekarang? Tak lain tak bukan siapa lagi? Seketul Byun Baekhyun la... Entah kena sampuk dengan angin apa entah tiba-tiba taknak bercakap dengan aku. Sepuluh patah aku tanya, sepatah aje dia jawab. Lepastu dia macam mengelak dari bertembung dengan aku. Lebih banyak melepak kat balkoni luar rumah sambil menghadap laptop dan fail-fail yang bertimbun. 

Jemput makan tengah hari tadi pun kena guna orang tengah. Aku sendiri panggil dia cakap kenyang. Bila aku hantar Naeun, datang pulak dia join kitorang makan. Pagi tadi okey aje. Masa kes Naeun bergaduh dengan Namyoon kat dalam bilik air tadi pun dia macam okey lagi dengan aku. Nampaklah dia agak marah dengan telatah anak-anak buah yang bergaduh. Lagi-lagi si Nari tu. Aku sendiri terkejut dengan amukan budak tu. Siap hentak-hentak kaki. Sebab tulah tadi aku mencelah. Tujuannya sebenar nak halang dia dari mengamuk dekat anak-anak buah. Dia baru aje berbaik dengan Triple N kot. Karang tak pasal-pasal diorang declare war balik dengan si samchon. 

Okey... sampai situ pun dia masih okey. Dia dengar cakap aku. Tak jadi nak melenting. Dah tu part yang mana buat dia terus taknak cakap dengan aku? Takkan part aku berkeras nak masak air panas untuk Nari mandi dan suruh dia duduk kat depan sedangkan dia beriya nak buat kerja tu? Macam tak logik. Atau dia jadi macam ni sebab aku halang dia dari marahkan Nari? Macam tak logik jugak. Atau sebab aku tolak niat baik dia yang nak belikan aku water heater baru disebabkan aku yakin benda alah tu masih boleh dibaiki. Tapi betul apa cakap aku. Benda boleh repair.

Tengok sekarang lepas aku panggil Wonwoo jiran rumah bawah ni datang repair petang tadi, water heater tu dah boleh berfungsi macam biasa. Patutnya dia perlu berterima kasih kat aku sebab dia tak perlu nak keluarkan duit. Dan dia patut berterima kasih kat Wonwoo jugak. Kawan aku dari kecik tu bertegas tak mahu khidmatnya dibayar. Dia cuma minta aku buatkan air kopi ais je. Dari dulu lagi dia memang suka kopi ais buatan aku. Siap puji melambung depan Baekhyun lagi tadi tu. Tapi... takkan dia jealous Wonwoo puji kopi aku sedap dan tak puji kopi dia? Sebab tu ke?

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now