🔧Bab 60 : I More Than Like You🎂

463 42 48
                                    

WARNING! Baekhyun-Miang-Mode : ON!😂😅

WARNING! 4254 words. Sediakan kolam kat sebelah untuk tadah muntah.🤢🤢

***

Hyuna

SKRIN smartphone aku gelapkan semula. Baru pukul dua empat puluh tiga pagi aku dah terjaga dari tidur. Bila sedar tak ada orang disebelah, aku buka mata luas-luas. "Baekhyun?" Panggil aku bila bayang dia langsung tak kelihatan. Tangan kanan aku panjangkan menyentuh bantal dia. Macam tak bergerak dari tempat asal. Dia tak tidur kat sini ke?

Tak menunggu lama, aku terus bangun dari katil. Keluar dari bilik, fokus aku terus menghala ke arah ruang tamu yang agak cerah. Oh, dia kat situ rupanya. Masih dengan laptop dan fail yang bertimbun.

Langkah kaki aku atur menapak ke arah dia. "Dari tadi belum tidur ke?" Dah sampai kat sofa, aku menegur.

Dia tak bersuara. Cuma merespon aku dengan mengangguk kepala. Ringkas, tanpa memandang aku.

Tak puas hati dengan tindak balas tak mesra dari dia, aku menapak satu langkah ke depan. "Baekhyun?"

"Hm?" Kali ni dia angkat muka dan pandang aku. Sekejap jelah tapi. Lepastu riak muka dia berubah. Jadi seakan macam 'Eh-kenapa-aku-pandang-dia?'. Mungkin dia sedar yang dia dah bertindak secara refleks dengan sapaan aku tanpa berniat untuk buat macam tu, cepat-cepat dia pandang laptop semula.

Aku cuma dapat tengok muka dia dua saat je namun aku sempat nampak penampilan yang tak pernah aku nampak sebelum ini. Dia pakai cermin mata. Cermin mata bingkai nipis berbentuk bulat. Agaknya aku belum pernah tengok dia yang macam ni jadi sekarang aku rasa dia macam erm...comel? Tapi tak adalah sampaikan aku rasa suasana sekeliling aku bergerak secara slow motion.

Alah, senang cerita macam babak-babak wajib dalam cerita hindi. Kan bila saat hero nampak heroin buat pertama kali tu tiba-tiba je time tu pergerakan video jadi perlahan. Lepastu entah dari mana datangnya angin kuat sampaikan beralun-alun rambut heroin dengan kadar yang sangat mendayu. Ada yang lagi over, kalau hero tu tengah berpeluh ke apa babak setitik peluh nak jatuh dari dahi ke bawah pun boleh makan masa sampai lima minit.

Memang taklah benda tu nak jadi kat aku! Aku tak perlukan bantuan 'prop' macam angin dari kipas ke, peluh ke, rambut beralun ke apa. Cukup aku cuma perlu berdiri kat sini dalam keadaan normal dan pandang dia. Itu sahaja pun dia dah nampak sangat comel di mata aku. Oh, ya! Bersertakan bantuan dari lampu. Kalau gelap macam mana aku boleh tengok dia ye tak?

Tapi betul la. Dia nampak lain. Dengan rambut hitam yang tutup dahi macam tu. Dengan round neck shirt warna putih yang dia pakai sekarang. He looks so fluffy and so cute over there. Damn!

Kim Hyuna! Boleh tak kau fokus? Niat sebenar apa tadi? Tiba-tiba boleh melencong ke arah lain pulak dah! Mungkin aku perlu pinjam cermin mata dia sekejap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kim Hyuna! Boleh tak kau fokus? Niat sebenar apa tadi? Tiba-tiba boleh melencong ke arah lain pulak dah! Mungkin aku perlu pinjam cermin mata dia sekejap. Sebab tiba-tiba aku boleh rabun dan terus nampak dia comel.

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now