🔧Bab 30 : A Cold Welcome🎂

936 127 21
                                    

Baekhyun

*Flashback

"OH, sh*t! Sh*t! Sh*t!" Tanpa pedulikan Changmin hyung dan Peguam Lee yang berada depan aku sekarang, perkataan carut aku keluarkan dengan mudah. Fail ditangan, aku lempar ke atas meja dengan kasar.

"Baekhyun, relaks!" Aku yang dah berjalan ke hulu ke hilir dengan muka cuak, membuatkan Changmin hyung berdiri dan mendapatkan aku. Tangan aku yang menepuk dahi berkali-kali, ditarik.

"What is this, hyung? Sh*t! Sh*t! The hell is wrong with him!? Apehal dia buat macam ni? Kahwin? Seriously? F*ck! F*ck!"

"Byun Baekhyun!" Suara Changmin hyung bergema di seluruh bilik. Dia menggenggam kuat kedua-dua bahu aku, menghalang aku dari terus berjalan tak tentu arah. "Calm down! Come to your senses, jebal!"

Tangan kawan baik Byun Changwook aku tepis. Aku tengok muka dia dengan dada yang berombak geram. Geram pada manusia yang sudah tiada di dunia ini. "Hyung... kenapa Changwook hyung buat macam ni? Wasiat tu... wasiat dia tu..." Aku tak habiskan ayat disebabkan untuk mengelak mulut aku dari terus-terusan mengeluarkan carutan yang lagi dahsyat.

Pejam mata rapat-rapat seraya nafas dalam aku sedut sungguh-sungguh. Bengang dan amarah yabg sedang mampat di dada, aku cuba untuk kurangkan.

Berita yang baru aku dengar hampir sepuluh minit lepas, hampir saja buat aku nak berhenti bernafas. Menurut Peguam Lee dan bersaksikan Changmin hyung, Byung Changwook ada meninggalkan dua wasiat untuk aku.

Wasiat yang satu tu, aku boleh pertimbangkan lagi walaupun aku memang tak berminat langsung untuk menguruskan syarikat keluarga Byun. Aku lebih berminat menguruskan bengkel kereta yang aku usahakan dengan titik peluh sendiri. Tapi memandangkan memang keturunan Byun dah cukup umur yang tinggal hanyalah aku, mahu tak mahu aku tak boleh menolak. Aku boleh pertimbangkan untuk mencuba jadi pewaris.

Yang jadi masalah besar bagi aku sekarang ni adalah wasiat kedua.

Betul! Aku bukan jenis bapa saudara yang peramah, suka bergurau atau punyai hubungan yang baik dengan anak-anak buah aku.

Tak!

Aku langsung tak macam tu. Hinggakan Triple-N tu gelarkan aku "BAEKKIE MONSTER". Dan semua tu takkan jadi hal pada aku sebab aku boleh upah berapa orang babysitter untuk menjaga tiga orang budak tu. Dan aku juga ada Chanyeol-Kyungsoo-Jongdae untuk menolong aku dalam hal ini.

Tapi!

Tapi yang jadi masalah besar sekarang ni adalah... wasiat kedua tu bukan datang secara solo. Ia datang bersama pakej. Pakej di mana... untuk aku menjadi waris kepada anak-anak buah sendiri, aku perlu berkahwin dengan seorang perempuan yang namanya tertera dalam wasiat itu. Perempuan yang aku tak pernah tahu pasal kewujudan dia dalam dunia yang serba besar ni. Perempuan yang tertulis nama 'Kim Hyuna' dalam wasiat hyung.

Aku kehendaki untuk memilih satu antara dua keadaan.Dan paling teruk, aku tak diberi peluang untuk buat pilihan yang memihak kepada aku. Samada berkahwin dengan pilihan hyung atau aku akan hilang hak penjagaan ke atas anak-anak buah aku kepada rumah anak-anak yatim.

Wohoaa! Walaupun aku bukan jenis bapa saudara yang mithali tapi untuk tengok darah daging aku sendiri dijaga oleh orang lain... aku tak pernah terlintas atau membayangkan langsung. Diorang anak buah aku. Anak abang kandung aku. Keturunan Byun yang sah. Kitorang berkongsi darah daging yang sama. Jadi, memang tak ah aku gamak nak humban diorang ke rumah anak-anak yatim. Kalau aku buat macam tu, apa fungsi dan peranan aku sebagai bapa saudara diorang? Tak! Tak! Mati hidup balik pun aku takkan biarkan diiorang berpisah jauh dari aku. Aku bersumpah takkan!

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now