🔧Bab 66 : I More Than Like You Too 🎂

617 37 3
                                    

#WARNING! Baekhyun-Hyuna-sakawattpadifti- Miang-Mode: ON! 🚑🚑🚑

#WARNING! Sediakan baldi dekat sebelah untuk tadah muntah! 🤢🤮

***

Hyuna

"...Where is it again?"

"Brisbane." Aku tahu dia bukan tak dengar, dia cuma nak kepastian.

"Oh..."

Eh? Tu je ke respon dia? "Just 'oh'?" Pandang dia, air mukanya aku cuba baca. Aku dapat rasa rangkulannya jadi longgar sebelum dia bangkit dari baring, mengubah posisi. Letakkan jarak antara aku dan dia, dia berganjak sedikit. Belakang tubuh dia sandar pada kepala katil.

Aku ikut bangun. Betulkan baju yang terselak gara-gara tangan dia yang tak tinggal diam beberapa saat lepas, aku melipat sila. "What with that face...?"

"Nothing. Cuma...terkejut je." Jawab dia mengelak dari bertemu pandang dengan aku. Kedua-dua tangannya dibawa kebelakang leher lalu dia mendongak merenung siling.

Ada apa dekat atas tu? Aku dekat sini kot. Pandanglah sini...

Bila dia diam, aku pun ikut terdiam sekali. Masih cuba cari jenis riak diwajah Baekhyun, aku terus pandang dia.

Dua saat.

Empat saat.

Enam saat.

Sepuluh saat.

"Jauhnya..." Lebih kurang saat kelima belas sepi bertandang, dia bersuara semula. Kali ini dia cari mata aku.

Aku mengangguk, mengiakan kenyataan dia. "Jauh dari South Korea ke China."

"Jauh banyak dari South Korea ke Mongolia." Pintas dia.

Aku angguk lagi.

"Lagi dekat South Korea dengan Taiwan." Dia pandang siling semula.

Aku angguk lebih dari tiga kali. "Nak ke Malaysia dari sini pun lagi dekat."

"Australia..." Dibiar ayat tergantung sekejap sebelum dia sambung, "...banyak laut nak kena seberang tuuu..."

"Tak macam Jepun. Satu laut je kena redah."

Kedengaran satu keluhan dihela dengan sangat panjang. Tangan dibelakang leher dibawa ke pipi pula sebelum berhenti didagu. Elusan-demi elusan dia buat pada kulitnya disitu. Gaya dia sekarang tak ubah macam ketua negara sedang fikirkan masalah negara. Masalah yang sangat rumit!

Dan sepi bertandang lagi. Dia diam. Aku pun diam.

"Bila nak pergi?" Kurang dari satu minit dihuni suasana sunyi, dia menyoal.

"Dua bulan lagi..."

Kembali diam.

Kurang dari setengah minit, "Pergi dengan Eunha?"

"Ya."

Dia pandang aku. "Memang Brisbane ke?"

"Yup. Brisbane, Queensland."

Dia mengangguk dua kali, faham dengan maklumat dari aku.

Tongkat kedua-dua tangan atas tilam, aku majukan tubuh aku kedepan rapat dengan dia. Tundukkan sikit kepala, aku intai muka dia. "So... bagi pergi tak?"

Agaknya aku terlalu rapat dengan dia kot. Sebab tu la dia terus lipat leher ke arah sana. Arah pintu air. Yang tengah tunggu jawapan, aku... bukan bilik air. Kenapa dia lebih berminat untuk pandang situ? "Baekhyun..."

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now