🔧Bab 12🎂

972 120 79
                                    

Hyuna

"APA benda yang kau nak beli?"

"Tepung."

"Lagi?"

"Coklat rice."

"Dua jenis tu je?"

"Gula perang. Baking powder. Esen vanila."

"Kalau benda-benda macam tu, kita takyah nak pergi pekan. Kedai kat hujung jalan ni pun ada." Omel Eunha sambil tolong rapatkan pintu besi rumah Hyuna untuk mudahkan kawan dia tu selak mangga besi.

Lepas aku selak mangga, pintu rumah aku gegar sekejap nak pastikan samada dah betul-betul berkunci atau belum. Okey, dah. "Kedai hujung tu mahal. Kalau setakat nak beli sekilo dua tepung takpe ah. Lima puluh kilo kot. Telur sepuluh papan. Coklat masakan dah tiga kotak. Gula icing. Kacang hazel, badam, gajus, kuaci, kismis, ceri, buah..."

"Okey, dah. I got it. Kalau dah barang tu banyak satu lori, maka lebih baik kita ke pekan." Faham dengan situasi aku, Eunha akhirnya akur. Dah taknak pertikaikan kenapa aku nak sangat beli barang sampai ke pekan yang jaraknya makan masa hampir satu jam setengah dari sini.

"Aww Eunha. Kau sangat memahami. I love youuuu..." Muka paling terharu dalam dunia, aku tayang kat Eunha. Tak cukup dengan tu, aku tarik muka dia untuk lagakan dahi aku dengan dahi dia, nak kuatkan lagi bukti aku betul-betul sayang dia.

"Kau jangan sampai aku tuntut hutang jawapan aku! Aku atau Han-"

Muka Eunha aku lepas dengan laju. "Aku tunggu kat bawah!" Aku sangkal sampai Eunha tak jadi nak habiskan ayat. Tutup kedua-dua telinga sambil kaki aku pecut lari turun tangga dari rooftop ke tingkat bawah bangunan empat tingkat ni. Haih! Tak habis-habis dengan topik tu! Kan aku dah cakap aku taknak buat pilihan.

Tsk!

Satu persatu anak tangga aku pijak. Mata aku tengok bawah. Risau pulak kalau tersadung ke apa. Tinggi ni wei. Kalau jatuh tergolek mahunya berkecai muka aku kena cium dengan konkrit bersegi sana sini. Masa aku lalu tingkat dua depan tingkap bilik Taehee budak sekolah menengah rendah merupakan jiran aku, telinga aku ditandang dengan satu lagu. Lagu yang sangat familiar dan jugak dah jadi kegemaran aku dengan Eunha. Call Me Baby. Tak semena muka budak-budak EXO yang tengah gigih menyanyi dan juga menari lagu yang jadi fenomena hampir satu dunia tu tiba-tiba menjengah kepala otak aku. Ringan mulut aku atur lirik yang entah betul entah tidak.

"Like BOOM BOOM BOOM BOOM BOOM.. What up? Hey girl yeongwon gatdeon chalna... unmyeong gateun sungan...nareul han sungan tdulhgoga... beongaecheoreom i segyereul... neon nae ireum bulleojumyeo... naegero dagawa.... nollawo seomgwangcheoreom gadeuk cha... neoreul majuhan sungan oh my-uh!?... oh my!? Oh maiiiiiiii!!!! Ohmai goddddddd!!! Andwaeee!!!!!"

Aku tiba-tiba macam diserang sawan babi bila saja kaki aku dah pijak tanah dan lepas tu mata aku terpaku pada van kesayangan keturunan aku yang tak serupa sebuah van!

"Andwaee!!! Baby-ah! Baby! My baby!!!!" Tak! Ini bukan salah satu lirik dalam lagu Call Me Baby yang aku nyanyi tadi. Ini tak ada kena mengena langsung pasal nyanyian pun. Ini adalah sejenis jeritan.

Ya! Aku menjerit macam tak ada hari esok!

Aku menjerit macam aku nak kena tetak dengan parang tiga puluh inci!

Aku menjerit macam ada orang nak culik aku bawak pergi sempadan!

Aku menjerit macam baru lepas kena dera!

Aku menjerit macam apa yang menerjah ruang mata aku sekarang ni adalah gambaran paling teruk dan dahsyat yang pernah aku tengok sejak umur aku dua puluh dua tahun kat atas muka bumi ni!

[COMPLETED] Mind Over Matter (Baekhyun)Where stories live. Discover now